Friday, November 13, 2015

Kagum dan syukur..

Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua pembaca blog saya. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup di atas muka bumi ini..

Entry kali ni sekadar luahan hati mengenai rasa kagum. Kagum tentang apa? 

 Al-kisah, lately saya suka sangat menonton channel Dr. Zakir Naik di Youtube.com/drzakirchannel atau Cahaya Islam Channel mengenai soal jawab berkenaan kemusykilan non-Muslim tentang Islam.

 Dalam masa yang sama kagum dengan ilmu yang ada pada tokoh dakwah Islam tersebut kerana mampu menghafal setiap surah dan ayat dalam kitab-kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran sekaligus beliau membidas / mematahkan persepsi songsang non-Muslim tentang Islam.


Terus terang saya katakan, kadang-kadang bila saya baca tafsir Al-Quran, saya kurang faham apa yang dimaksudkan tetapi bila menonton video ceramah dan soal jawab macam ni ianya lebih mudah faham maksud yang disampaikan.
Apa yang boleh saya katakan sungguh menakjubkan apabila setiap persoalan yang dikemukakan dikaitkan dengan surah dalam ayat Al-Quran sehingga ada antara audience terus memeluk agama Islam setelah segala persoalan mereka terjawab dan tiada was-was dalam diri mereka tentang Islam.


Apa yang terkesan kepada diri saya bila setiap ayat di'extract' dari Al-Quran dan dikaitkan dengan kehidupan kita seharian.
That's the easiest way to muhasabah diri..

Untuk pengetahuan, Dr. Zakir Naik pernah datang memberi ceramah di Malaysia zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Sekarang Dr. Zakir Naik sedang mengadakan ceramah di Japan.


Syukur kita dilahirkan sebagai seorang Muslim and now we just delevop our self to be a great Muslim.

Ini sahaja perkongsian saya.
Tak sabar tunggu hujung minggu..
Okay, sehingga berjumpa lagi di lain entry..
Jaga diri..
Wasalam..

6 comments:

  1. Syukur aras nikmat iman dan Islam..Allahu...seronoknya kalau boleh hafaz setiap ayat Al Quran..rasanya itulah nikmat yang teramat besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alangkah bertuah jika kita dikurniakan kelebihan itu kann PC.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...