Sunday, December 06, 2015

Pergi tak kembali.. :'(

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya.. Terima kasih diucapkan. Doa saya semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu.

Umum tahu bahawa tanggal 5.12.2015 jam 7.11 petang merupakan tarikh kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim. Allahyarham mangkat di wad Diraja, Hospital Sulatanah Aminah Johor Baharu akibat kanser hati tahap 4.

Sejak semalam juga ramai blogger telah update entry berkenaan kemangkatan Tengku Laksamana Johor itu. Namun saya juga ingin mengabadikan tarikh ini di blog saya mengikut versi saya sendiri.


Sebelum itu, marilah kita sama-sama sedekahkan surah al-fatihah kepada Allahyarham Tunku Abdul Jalil. 

Al-fatihah...



Sebelum ini saya sering mengikuti perkembangan Allahyarham melalui Instagram TJ untuk mengetahui perkembangan kesihatan Allahyarham, lama-kelamaan terasa dekat di hati dek sikap Allahyarham yang mesra, peramah, suka menyakat adik-beradik yang lain di samping keperibadian Allahyarham sebagai putera raja yang sungguh luhur dan rendah diri.

Perasaan saya ketika ini dapat digambarkan seperti puisi berikut :

"Bertemu tidak pernah
Apatah lagi bertegur sapa
Namun getarannya dtg tiba2
Seimbas khabar mendengar berita
Sedihnya menyelinap rasa
Merintih hati menahan duka
Pergimu buat selamanya
Meninggalkan jejak yang telah tiada

Kaulah Putera Raja
Baik budi tutur bicara
Mengukir senyum dalam duka
Di anjaknya rasa sakit menimpa
Kerana jiwa sentiasa redha
Doa untukmu sentiasa bersama

Insan berhati mulia
Kau umpama bunga syurga
Menggamit rindu mendalam di jiwa
Pada dikau yang telah tiada
Moga perjalananmu damai di sana
Doa untukmu mengiringi sentiasa.." - dipetik dari salah seorang commentator di Fb JOHOR Southern Tiger

Satu persatu gambar Allahyarham saya belek, tanpa sedar airmata mengalir hingga saya menangis tersedu-sedu seolah-olah Allahyarham dekat dengan saya.

Perasaan yang sama saya rasa ketika arwah abang dan adik lelaki saya meninggal beberapa tahun dahulu.


Satu persatu gambar sepanjang istiadat pemakaman Allahyarham saya kumpul untuk diabadikan di sini.


SUASANA pilu mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dari Istana Besar menaiki Pedati Diraja yang ditarik perlahan-lahan kira-kira tiga kilometer menuju ke Makam Diraja Mahmoodiah. Mengiringi Pedati Diraja ialah Sultan Johor,  Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. 
 (Sumber Berita Harian Online)










Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail (5.7.1990 - 5.12.2015).


Sekadar berkongsi :

"Kenapa orang baik-baik ramai yang pergi dulu?"
"Kalau kamu jalan-jalan di taman dan ternampak bunga yang begitu cantik, apa kamu akan buat?"
"Saya akan petik bunga yang cantik tu.."

Begitulah, orang yg baik ibarat bunga-bunga cantik di taman.. mereka disayangi Allah..

Sumber dari Berita Harian Online & NST.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu

"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahannya"

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum..
Sekian, wasalam..



14 comments:

  1. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu
    "Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahannya"

    Kami Bangsa Johor sudah ketiadaan Tunku Laksamana Johor kak..subhabAllah..auranya begitu hampir dijiwa kami Bangsa Johor malah rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat keluarga diraja Johor

    ReplyDelete
  3. Kami warga Johor lebih2 lagi kesedihannya.Setiap kali berita disiarkan di media2 tak dapat menampung air mata mengalir.
    Semoga anak ini dimasukkan di suryga Mu YaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن (Amin Ya Rabbal 'Alamin).. Moga dimakbulkan Kak Saniah..

      Delete
  4. Replies
    1. Samalah kita FS.. :'(
      Tak boleh tengok gambar Almarhum TJ, mesti bergenang airmata..

      Delete
  5. Al fatihah.... samalah akak pun nangis ni baca N3 Lz. Apa lagi semasa pemakaman Almarhum TJ semalam. Semuga Allah ampunkan dosa Almarhum TJ dan Almarhum TJ termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal saleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن (Amin Ya Rabbal 'Alamin)..

      Sedih masih terasa Kak notie.. :'(

      Delete
  6. Ya Allah, kau ampuni dosanya,kau lapangkan lah kuburnya,ringankan siksa kuburnya Ya Allah..semoga segala amal ibadat semasa hidupnya kau terima..Al-Fatihah..sedihnya bila baca kisah hidupnya battling with cancer :( walaupun dia bukan seorang cancer survivor but he still a hero and been loved by many Malaysian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn.. Semoga dimakbulkan doa kita, Emy Omar..

      Indeed..

      Delete
  7. cik kak gi ziarah smpi makam mahmoodiah ke? sibbaik x jumpa wak kann ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pegi Wak..
      Tengok live kat TV & Fb pun seharian nanges apalagi pi sana, tak mau balik nnti..

      Wak ada sana nape tak kongsi cerita?

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...