Thursday, February 04, 2016

Mi segera ketam or Maggi Ketam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Bersemangat hari ni saya nak post entri tentang mi segera ketam. Maklumlah first time cuba. Biasa masak mi segera cuma letak telur dan sayur. So cerita dia camni...

Al-kisah malam tadi tak terasa ingin makan berat untuk dinner so I decided to cook mi segera ketam. Sempat beli ketam lepas balik kerja.

Ni hasilnya. Maaf takde accessories sangat, cuma letak sayur sawi putih dan cili api.
Walaupun senang dimasak dan sangat mudah bagi sesetengah orang, saya nak share jugak resepi ni..


Resepi Mi Segera Ketam or Maggi Ketam

Bahan-bahan
1 bungkus mi segera kari
1 ekor ketam bunga 
1 sudu besar minyak
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji bawang putih - hiris
Sedikit halia - hiris
1/2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar sos cili
Sepokok sawi putih
1 biji limau kasturi - potong 2 buang biji
Sedikit daun sup & daun bawang
1 biji cili besar - hiris

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali.
 Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia. 
Tumis dengan api perlahan hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari dan perencah mi segera.
 Kacau hingga pecah minyak. Masukkan secawan air, tunggu hingga air mendidih. Kemudian, masukkan ketam.
 Angkat ketam yang sudah masak.
Masukkan sawi dan mi segera ke dalam kuali bersama kuah ketam tadi. 
Bila mi telah masak, tuang semua ke dalam mangkuk. Letak ketam dan tabur bahan-bahan hiasan. Perah limau di atasnya, sedia dimakan..

Marvelous.. marvelous..
Selamat mencuba!

Okay itu sahaja untuk dikongsi bersama..
W'salam.. ;-)

14 comments:

  1. BESARNYA KETAM...SEDAP TU MKN DGN MEGI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak isi ketam tu Kak PI.. Skrg musim ketam kot sebab ketam kat Mydin S2 ni besar2 belaka.. :-)

      Delete
  2. maggie seafood ni kak LZ..hihihihihihi..terliur PC..lagi tengok ketam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup PC..
      Selamat mencuba, sedap tau.. hihihi

      Delete
  3. Fuh lapor tenguk gambar... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi Kak notie, maggi ketam satu! Hihihi ;-)

      Delete
  4. ok..teruja..terliur..nanti nak buat la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba SA.. Thanks sudi singgah.. ;-)

      Delete
  5. Buat megi sup ketam pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Aziela, terasa manis ketam dalam sup tu kannn.. Best!

      Delete
  6. Wow! Ketam favorite anak-anak Mrs. A tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nnti Mrs. A cuba, harap2 diaorang suka.. ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...