Monday, February 22, 2016

Travel journal @ Langkawi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan blogger.. Hujung minggu yang ditunggu-tunggu sejak tahun lepas.. Apa? Tahun lepas? Punyalah lama menunggu.. 

Alhamdulillah diberikan jugak kesempatan itu.. Kesempatan pergi ke Langkawi buat pertama kali, haha... orang lain dah lama sampai, kita baru merasa jejakkan kaki kat Langkawi.. Motif trip jalan-jalan, makan-makan, beli coklat dan shopping kat duty free shops sahaja. 

Ticket telah ditempah sejak tahun lepas tapi perancangan perjalanan baru dibuat tahun ini.. Itulah kisahnya..

Flight pukul 1.30 petang hari Jumaat (19.2.2016).. 





Alhamdulillah everything went smoothly.. Takde masalah kecuali flight delay 15 minit seperti dijangka dan sesak sikit ketika masuk pesawat.. Ramai peloncong naik flight yang sama. Final call pun kitaorang masih belum masuk sebab queue panjang. 


Sampai balai ketibaan di Langkawi, kereta dah ready. Saya booked Nissan Serena (RM130.00 sehari) via MRP Langkawi Tour. Unfortunately last minute kereta yang diminta ada masalah, terpaksa tukar Toyota Inova dengan harga sewa yang sama. Brother tu kata Nissan Serena lampu pecah.. Tak kisahlah kereta jenis apa, janji selesa dan condition okay.. 


Saya sewa 2 hari so total RM260.00. 
Booking fee RM100.00 (bayar online), balance RM160.00 bayar habis bila ambil kereta + RM50.00 deposit katanya. Deposit  akan dikembalikan bila hantar kereta nanti.

Kereta dah ada.. Apa lagi, jom ronda!
Opss! Tak boleh ronda dulu.. Kita kena pi check in hotel. 


Check in pun settled dengan lancar. Booked awal through agoda.com.  Semasa check in, kami diberitahu bilik hotel kami terletak opposite main hotel. Saya agak kurang happy so terpaksa upgraded bilik hotel. Adik di kaunter yang sweet dan sangat sabar dengan karenah saya telah berjaya aturkan 1 bilik family dan 2 bilik deluxe. Part hotel kita citer asing naa.. Panjang citer dia chek nak khabaq sini..

Check in done dan lepas settled apa yang patut, next agenda cari tempat makan.
Ronda-ronda Pekan Kuah, jumpa Restoran 1 Malaysia ni.. Lokasi exactly sebelah Dataran Lang.. Main redah, perut masing-masing lapaq.


 Cuaca sana panas terik tekak pun kering so order ABC..


Makanan menu biasa, ingat tomyam Langkawi ada beza tapi ternyata sama..


Rasa makanan okay, environment pun best.
Total bill 9 orang makan around RM70.00 sahaja dengan segala macam minuman. Awat murah sangat? Terus terasa nak menetap kat Langkawi, hehehe

Bila perut kenyang, tiba masa untuk ronda. Pusing-pusing sekitar pekan Kuah sambil pegang map Langkawi. Nampak sangat 'first time'nya di situ, hihihi

Lepas solat Maghrib, kami ke Kompleks HIG.. Sapa tak kenal Kompleks Haji Ismail Group kann.. Tempat shopping and one of the famous complex kat Langkawi..



Kompleks ni dekat sangat dengan hotel penginapan kami. Tengok apa yang ada.. 


Ohh no! Macam-macam ada.. Rambang mata.. Coklat punyalah banyak, menggunung.. Pilih saja mana yang berkenan..



Di luar komplek ni banyak kiosk dan kedai-kedai menjual cenderamata dan minyak angin. Minyak gamat tak usah cakap, kiri kanan depan belakang mana-mana pergi mesti ada. Nak melawat kilang minyak gamat pun boleh.


Orang muda borong coklat, orang veteran borong minyak.. Segala macam minyak mak beli.. Buat stok katanya, hihihi 

Ni share sikit 'hasil tangkapan' malam semalam.


Esok plan ke mana pula?
Tunggu next update okay..
Thanks for reading.. ^_~


8 comments:

  1. wah coklat wittaker slab...sodap yumyum... kita dah pergi rasa nak pergi lagi le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe memang best kat sanakan Kak notie, macam-macam ada pastu tenang-tenang jer persekitaran dia, tak busy pekan dia..

      Delete
  2. ABC tu mengancam. Banyakknyaa coklat!! <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ABC tu Ana bila minum time cuaca panas, duk teduh bwh pokok tepi laut.. ;-)

      Delete
  3. Seronoknya cuti santai shopping Langkawi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok Farrah, lupa sekejap masalah, hehehe mmg plan x mau pergi tempat sejarah takut tak cukup masa cover semua tempat.

      Delete
  4. Lorrr... lupa nak kirim minyak gamat satu bundle huhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa kita beli coklat jer untuk Mrs. A tak terfikir lgsg ttg minyak gamat.. huhuhu

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...