Monday, March 28, 2016

Ais kacang..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya..
Pada 20.3.2016 lalu, lepas ambil anak dari kelas tusyen, seperti biasa saya akan tanya : "Hari ni ada homework?" 

Dia jawab : "Ada homework music.. Lagu ais kacang.. Mama tau tak macam mana nyanyi?"..

Aduhai, so mama kena flashback zaman sekolah rendah yang dah ditinggalkan berpuluh tahun lepas? - bisikku dalam hati.. Tapi muka kena lagak tahu, depan anak jangan kata tak tahu. hihihi

You all masih ingat lagi lagu zaman sekolah rendah? Mungkin ingat-ingat lupa kann.. Samalah dengan saya.. Nasib baik pakcik Google ada, so mama si Arief ni terus mengoogle lirik lagu ais kacang..

Lirik Lagu Ais Kacang
Ais kacang, ais ais kacang
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai, ais kacang diminta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkong
Air gula berwarna...

Campur semua
Enak rasanya
Kegemaran kita semua..

Nah kau, lirik siap dengan resepi lagi cuma takde sukatan bahan-bahan tu.. Kalau tidak semua pakat business ais kacang..

Sebut ais kacang-ais kacang, panas-panas camni sedap jugak pekena ais kacang macam ni kannn :


Hurrmmm sedap.. Ais kacang atas ni namanya ABC special ada kat Restoran Periuk Belanga, Kelana Jaya..

Haaa ni pulak hasil tunjuk ajar mama mencari lirik lagu ais kacang..


Maka siaplah homework Arief hari itu..
Nama lain ais kacang, ABC (air batu campur).. Ada nama lain tak selain ABC?
Rasanya takde tapi teringat ada orang panggil ais kepal.. 

Okay itu saja..
Terima kasih sudi baca..
Have a great day peeps!
W'salam.. ^_~


18 comments:

  1. Hihi. Sampai mama pun flashback zaman sekolah dulu. Siqah tak boleh nak recall. Lupa sungguh lagu ni. Hii.

    Sedapnya ABC! Best makan tengah panas camni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ingat sikit2 Siqah tapi tak confident betul sbb tu kena mengGoogle.. :-)

      Yummy tgk coklat & aiskrim melting tu..

      Delete
  2. Replies
    1. Sejukkkkkk tekak kann Anum kalau dapat makan.. :-)

      Delete
  3. Time cuaca panas ni sedap kalaudapat semangkuk! Nyumm nyum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat dibayangkan rasa nyaman dan sedap bila pekena cendol or ABC time panas camni kann Farrah.. Mables!

      Delete
  4. Cantik dan kemas tulisan anak LZ :)

    ReplyDelete
  5. huiii~! sedap nya pekena ais kacang time cuaca panas2 ni.. aina pun x blh recall lagu ais kacang ni. Huhuh.. kalau Itsy bitsy spider igt sbb pernah keje taska dlu. Nyanyi dengan kiddo. =D Hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohuiii mmg sedap aina.. Sesuai sgt cuaca panas pastu pekena ABC dgn rojak or pisang goreng.. Yummmmmmy!

      Oh aiNa ada experience kerja Taska yer.. Mesti best nyanyi dgn kiddos ;-)

      Delete
  6. Anak kak LZ umur berape niy? Kemas nyer tulisan dia. Hehe !

    p/s : Menyelerakan sungguh la ais kacang Kak LZ ni siap ade eskrem atas dier. Hihi. Colourful. ♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak akak umur 8 tahun Ain..
      kemas yer tulisan dia.. tu pun puas kena bebel, hihihi :-)

      Dapat minum ABC tgh hari mmg best!

      Delete
  7. zizie pun xtahu kak lagu ni.. hahahaha.... nasib baik waktu malam ni.. xtergoda sangat tgk gmbr abc. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lagu zaman akak dulu2 sklh rendah zizie.. X tau zaman zizie ada lg ker idak.. ;-)

      Fuhhh nasib baik ABC tu x menggugat iman.. hehehe

      Delete
  8. gambar tu mencabar iman tu..huhu~

    sy pun x ingat dah lagu tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa bersalah pulak ltk gmbr tu Yana, takpe moga ada rezeki Yana yer..

      Lagu laaaaammmmmaaaa sgt.. X sangka zaman skrg ada lagi. ;-)

      Delete
  9. ho ho ho lama da tak jamah abc.
    yummy! next weekend nak ke jb, mau pekena abc glamer di larkin.
    aida sebeno nyer prefer cendol tau LZ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeeeiii bestnya dapat pi jalan2 dan makan2.. Sy asal Johor tapi tak familiar dengan JB setakat area Muar lepaslah.. ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...