A blog about lifestyle, shopping, recipe, foods, hobby, activities, craft and so called whatever apa-apa sahaja..
Pages - Menu
▼
Sunday, July 24, 2016
Terpaksa kering hati..
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Entry ini sepatutnya saya publish pada 9.5.2016.. Tetapi hanya malam ini saya 'berani' tekan butang 'Publish' untuk berkongsi cerita bersama rakan pembaca..
Ini kerana saya dibelenggu rasa tak senang hati. Serba tak kena dibuatnya. Tak tahu bagaimana ingin memulakan bicara.
Hari ni rasa terbuka hati untuk saya kongsi pengalaman ini. Pengalaman baharu untuk lebih 'kering hati' semasa berdepan dengan tugasan yang melibatkan perasaan kerana saya soft hearted person. Bila berdepan dengan sesuatu kes yang menyayat hati, hati saya mudah tersentuh.
Saya sedang diuji. Kali ini tentang satu kes kemalangan yang melibatkan kematian. Kejadian menimpa seorang wanita berumur 21 tahun dan saman difailkan boleh ibubapa si mati untuk tuntutan gantirugi.
Tugas saya sudah tentu untuk melindungi kepentingan syarikat. Dalam kes ini saya bersungguh-sungguh mencari bukti untuk memastikan bahawa Plaintif / wakil si mati gagal dalam tuntutannya. Panel peguam yang dilantik akan deliver kes ini di Mahkamah berdasarkan fakta kes yang saya berikan kepada mereka.
Jadi, segala gambar-gambar berkaitan malah rupa si mati semasa kemalangan juga 'terpaksa' saya tatap bagi mencari bukti yang boleh dikaitkan sebagai punca kemalangan untuk digunakan semasa perbicaraan. Secara tak langsung saya terbayang kes abang saya yang pernah saya failkan suatu ketika dulu. Saya pernah merasai harapan untuk menang kes bagi membela keluarga si mati iaitu bekas kakak ipar saya dan anak-anak saudara saya yang telah kehilangan ayah mereka. Sama jugalah keluarga si mati iaitu ibu ayah arwah yang dinamakan sebagai Plaintif dalam kes ini.
Apa yang cuba saya sampaikan ialah perasaan tak sampai hati dalam hal ini. Bila perbicaraan berlangsung, saya dapat melihat raut wajah ibubapa si mati yang sudah tua menanti dengan penuh harapan ditambah pula gambar keadaan si mati semasa kemalangan sangat menyayat hati sentiasa berlegar-legar di fikiran. Sesekali saya meletakkan diri saya di tempat mereka. Rasa bersalah semakin membelenggu diri.
Gambar ikhsan Google
Salahkah saya? Berdosakah saya? Andai anda berada di tempat saya, apa perasaan anda?
Namun, saya tiada pilihan lain. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya iaitu amanah majikan yang saya galas. Saya cuba buat yang terbaik. Dalam hal ni, saya serahkan kepadaNya. Itu saja jalan terbaik untuk melupakan rasa hati ini. Apa pun saya tunggu keputusan Hakim, itulah yang terbaik. Tarikh keputusan kes telah ditetapkan pada 21.7.2016. Saya harap mereka terima dengan hati terbuka. Tak sabar habiskan kes ni. Really stressful!
Akhir kata, doa saya agar roh si mati tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..