Pages - Menu

Tuesday, July 26, 2016

Jamuan Aidilfitri..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Ini kisah semalam (25.7.2016) iaitu Jamuan Aidilfitri yang diadakan di Bangunan Ibupejabat. Actually, paling  tepat di rooftop Bangunan Ibupejabat.. I like the environment.


Lihatlah officemates mengambil tempat sebelum majlis bermula. 


Bahagian tempat duduk wanita..


Ini pula bahagian tempat duduk lelaki.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan pembukaan dari Pengurus Besar yang mewakili Pengarah. Big bos kami bercuti minggu  ini.




Selesai bacaan doa dan ucapan maka jamuan dimulakan. Konsep jamuan secara port luck, sumbangan dari setiap unit/bahagian.. Jadi setiap satu menu diletakkan di bawah satu khemah. Bahagian Undang-Undang & Kesetiausahaan bergabung dengan Bahagian Korporat & Pengguna. Kami beri cendol, hehehe


Officemates mula queue mengambil makanan. Saya terjah dulu khemah nasi briyani.. So marvelous nasi briyani yang dihidangkan bersama ayam masak kurma, yummy! 

Selain itu bawah ni sate dan ada juga minuman.


Pakcik ni offer laksa utara RM3.. "Mai pekena dulu..." itu tagline dia.. 


Sesiapa berminat untuk order bagi majlis open house atau keramaian boleh contact owner di bawah:


Sambung balik ke khemah desserts dan buah-buahan.


Ada chocolate cake, roti jala dan kuah kari, pendek kata bermacam-macam jenis manisan ada.. belum makan dah menjilat jari I tell you macam kawan kita sorang ni.


Lepas penat ambil gambar, rehat sebentar. Kita makan dulu...


Lepas makan, tapau sikit bawa masuk ke office.. Sambung makan lagi di workstation kawan-kawan sambil  bersembang..


Jom tengok gambar gang I, khusyuk menjamu selera memakai baju raya.


Kalau kebiasaan hari Isnin diwajibkan memakai uniform tapi hari ini masing-masing all out menggayakan baju raya. Saya pun tak ketinggalan juga memakai baju raya.. Izinkan saya sesekali melaram ;-)


Matchy-matchy jubah gold lining dan gold plated heels, ahaks!

Begitulah cerita Jamuan Aidilfitri kecil di peringkat Ibupejabat.. Sambutan  Hari Raya secara grand Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan pula akan diadakan di Dewan Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi pada 28.7.2016 nanti.

Terima kasih sudi singgah di sini..
Alang-alang singgah sila komen untuk sesi kunjungbalas dan mengeratkan ukhuwah.
Sekian, wasalam.

8 comments:

  1. Bukan baju raya aje all out dik, diet pun out kalau dah duduk depan makanan yg menggoda mata macam itu. Next jamuan dah menanti lagi dan lagi pulak tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha exactly Kak Zakie, so sorry kepada mereka yg senang naik berat badan.. alhamdulillah berat saya susah naik Kak.. hehehe

      Ha'ah Kak, kita tggu Majlis seterusnya.. ;-)

      Delete
  2. Hhehheeeehe... ini baru raya

    ReplyDelete
  3. wah meriah kak... =) hihihi. Aina hari ni ada jamuan raya jugak.. esk pun ada jugak invitation jamuan raya. Hehehe raya sebulan kan. Jamuan pun sebulan. off diet.=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Aina rezeki bulan Syawal..

      Makan selagi mampu, kalau sakit tak lalu nak makan pulak nnti.. Tapi of course berpada2.. diet lupakan sebentar ;-)

      Delete
  4. Meriah! Buat kat rooftop lagi. Best2. Cantik langit 😍 raya sebulan kak. Siqah pulak baru je ada jamuan raya company. Memang makan tak ingat lah. Makan je. Kalau takde kat seat, maksudnya carilah siqah di pantry. Hehe. Tak diet for a month 😁 Alhamdullilah, rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer lah Siqah, alhamdulillah bulan ni meriah dengan makanan sedap-sedap.. Alahai tak perlu diet sangat yang penting kita jaga makan & amalkan pemakanan sihat kann, hehehe

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..