Monday, May 23, 2016

Movie : Captain America : Civil War

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. 
Hari ni Isnin dan saya ambil cuti..Cuti bukan untuk enjoy tapi cuti menyiapkan kerja office yang tak siap dan sekian lama tertangguh. Kerja ni perlu dihayati dan dibuat dalam suasana yang sunyi serta tiada gangguan persekitaran. Jadi, tempat yang sesuai saya buat di rumah. 

Okay, tak mahu cerita tentang kerja. Kali ni saya nak cerita tentang movie, release tension sikit..
Sebenarnya lama saya tak tonton wayang.. Last pada 26.4.2014 can you imagine dah berapa lama? Last movie Captain America : Winter Soldier. Memandangkan last movie Captain America, so saya tak mau miss kesinambungan movie tersebut sebab tu gigih tonton Captain America : Civil War untuk sambung jalan cerita terkini. Bertempat di TGV DPulze Cyberjaya.

Captain America : Civil War poster

Captain America : Civil War ini mula ditayangkan pada 6.5.2016 lalu. Hampir sebulan ditayangkan tapi hanya berkesempatan berkongsi cerita hari ini..


Filem ini diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo manakala barisan pelakon terdiri dari si hero yang handsome - Chris Evans (Steve Rogers / Captain America), Robert Downey Jr. (Tony Stark / Iron Man), Scarlett Johansson (Natasha Romanoff), Sebastian Stan (Bucky Barnes / Winter Soldier), Anthony Mackie (Sam Wilson / Falcon), Don Cheadle James ("Rhodey" Rhodes / War Machine), Jeremy Renner (Clint Barton / Hawkeye), Chadwick Boseman (T'Challa / Black Panther), Paul Bettanym (Vision), Elizabeth Olsen (Wanda Maximoff / Scarlet Witch), Paul Rudd (Scott Lang / Ant-Man), Emily VanCamp (Sharon Carter), Tom Holland (Peter Parker / Spider-Man), Frank Grillo (Brock Rumlow / Crossbones),William Hurt Thaddeus ("Thunderbolt" Ross) dan Daniel Bruhl (Helmut Zemo).

TGV DPulze Cyberjaya



Jalan cerita filem kali ini agak berlainan dari Winter Soldier ditambah watak Raja T'Chaka dari Wakanda dan putera raja tersebut iaitu T'Challa yang menuntut bela atas kematian ayahanda baginda yang terbunuh semasa serangan di persidangan Vienna.

T'Challa

 

Dalam banyak-banyak plot cerita, saya tak boleh terima bila anggota Avengers berpuak dan berlawan antara satu sama lain hingga menyebabkan Rhodes lumpuh. Tak bestlah hero semua bergaduh.. Wahhh penuh perasaan LZ menghayati cerita.. hihihi

Siapa dah tengok filem Captain America : Civil War? Kongsi sikit pendapat anda tentang filem ini? Overall saya bagi 3 bintang, saya lebih suka Winter Soldier compare to Civil War. Kira okaylah setakat hiburan bersama keluarga.. Jalan cerita tak berat sangat.

Okay sebelum mengakhiri cerita, saya belanja sekeping gambar selepas keluar panggung ;-)

Captain America 

Okay itu sahaja, thanks for reading..
Have a great day everyone..
Wsalam, bye! 
*Photos credit to Google

14 comments:

  1. Replies
    1. Masih belum terlambat Lia, cepat2 ke panggung..hihihi

      Delete
  2. Bila dah menonton sebelumnya itu yg ada keinginan utk menonton sambungan seterusnya. Kakak ni memang dah laaaaama bukan dua-tiga tahun tapi bertahun-tahun dah tak pergi panggunglah LZ.

    Kalau anak-anak kakak sukalah ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali Kak, perasaan ingin tahu kesinambungan filem tu buat saya excited kak, hihihi

      Betul kak, budak-budak memang suka pi cinema.. Kadang2 siap movie marathon lagi.. :-)

      Delete
  3. Da tengok jugakk..! Hehehe..
    Awal awal jln cte dia agak slow sikt. Same goes to me, bgi 3 bintang. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah citarasa kita Aina, so-so kann.. ;-)

      Delete
  4. best ek citerni? boleh tengoklah

    ReplyDelete
  5. Teringin nak tengok, tapi tak sempat2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak sempat & suka tgk boleh beli DVD Farrah, hehehe

      Delete
  6. Waalaikumsalam Kak LZ.. ^^

    Lama tak jenguk sini..Honestly, ain tak tengok lagi Kak, huhuhu..Ada anak kecik, tak nyempat nak tgok cinema dah sekarang..Hehe! Alamatnya beli CD or tgu Astro Best jela.. :)

    Officemate kate best, siap nak tengok lg sekali haha..Maybe die layan cite ni dari Part 1 kowt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay Ain, akak pun pernah melalui fasa tu.. Fasa x blh masuk panggung sbb anak masih kecil, hehehe

      Bila ditayangkan di ASTRO nnti blh tgk sambil relax dpn TV lebih syiokkk.. ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...