Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus hidup bagi mengejar impian dan matlamat kita.
Semalam saya nyaris kehilangan blog ini. Semalam juga saya seharian di depan laptop mencari punca di mana kesilapan saya hingga menyebabkan blog ini seakan diserang virus malware. Jadi entry saya kali ini saya share sikit Bagaimana Cara Scan Virus di Blog anda bagi mengenalpasti script bervirus.
Kisah bermula apabila saya tak puas hati dengan prestasi blog ini. Pantang kita click mana-mana link, terus pop up website iklan yang ntah apa-apa. Bukan iklan Google AdSense tapi lebih kepada spam.
Bila rasa tak best saya scan blog ini menggunakan Sucuri.
Hasil scan seperti di bawah, sah infected with malware. Lebih mengejutkan bila result menunjukkan "Warning: Malicious Code Detected on This Website".
Mula-mula saya syak dari code blogger template. Untuk pengetahuan, inilah salah satu risiko bila kita guna free template responsive untuk blog. Bila check coding satu persatu baru discover ianya berpunca dari code widget.
Coding di atas memang terdapat dalam blogger template dan cepat-cepat saya clean up. Buat clean up sendiri, takde mau nyer si Sucuri ni tolong kita tanpa bayaran. Kalau kita click 'Clean Up My Site' maka terpaparlah caj yang dikenakan. Hurrmm marketing strategy sangat.
Lepas clean up semua detected script guna Sucuri, keputusan masih sama. Jadi pada pendapat saya Sucuri hanya membantu dari segi detect malicious script sahaja. Selain itu ianya lebih kepada marketing strategy supaya pengguna subscribe plan mereka. Jadi tak mustahil jika anda scan berkali-kali masih keluar result yang sama.
Buktinya, bila saya check semula blog ini menggunakan VirusTotal Scanner untuk kepastian, hasilnya berbeza.
VirusTotal Scanner
VirusTotal Scanner merupakan anak syarikat Google yang menyediakan service scan percuma untuk analisa fail-fail yang mencurigakan dan membolehkan anda mengenalpasti ulat-ulat, virus, phishing linkdann sebagainya. Memandangkan VirusTotal Scanner ini sumber dari Google jadi kita boleh percaya tahap kerberkesanannya.
Caranya copy URL ini : https://www.virustotal.com/en/#url ganti 'url' ke blog URL anda. Kemudian click 'Scan it!'.
Sekiranya blog anda pernah dianalisis, maka akan keluar pop up berikut. Sila abaikan dan terus click 'Reanalyse'.
Maka akan terpapar keputusan hasil scan kita. Bebas virus!
Ini hasil analisa blog saya selepas scan menggunakan VirusTotal Scanner. Yeayyy.. blog sudah kembali sihat seperti sediakala.
Syukur alhamdulillah. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Jadi para pembaca sekalian, elok scan blog anda secara berjadual bagi mengelakkan serangan virus. Mana tahu ada sang virus bersembunyi. Bila virus menyerang sia-sia usaha kita berblogging selama ini.
Okay itu sahaja.. Thanks for reading. Wasalam..
Nervous pastinya bila ada malware
ReplyDeleteAlhamdulillah dah pun diselamatkan..
Sudah pasti Kak zakie, tak tentu arah saya dibuatnya.. Tanpa bertangguh saya terus jejak dan hapuskan virus jahat tu.. ;-)
Deletealhamdulillah, pandai juga awak buat scan. kalau saya entah apalah yg akan terjadi. mahu virus merebak agaknya. saya mmg tak pandai bab-bab ni, mesti kena mintak tolong orang buatkan.
ReplyDeleteAlhamdulillah KB, saya praktikkan ilmu yang tak seberapa masa saya belajar dulu..Alhamdulillah membantu.. ;-)
DeleteGood info sis.. Done Follow.. Follow me back ;)
ReplyDeleteThanks wanihasmi,
DeleteSure, will do.. ;-)
Datang sini menegoknye.. ada lagi tu kod tu.. cuba check betul2.. expand semua html nye kod.. pastu try guna search (ctrl+F) dkt html try search code yang efek tu..
ReplyDeleteso far sucuri site paling boleh percaya bab scan2.. :D :D
selamat mencuba la ya..
Sedang diusahakan utk clear up coding bervirus jika masih ada..
DeleteTerima kasih banyak Ahmad Hasif sudi membantu.. :-)