Thursday, August 18, 2016

Weekend outing penuh nostalgia..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Post kali ni tentang #throwback  so mohon jangan kecam sebab hampir seminggu baru berkesempatan untuk dipaparkan.. >_<

Kisah begini, Sabtu lepas waktu pagi dalam pukul 7.30 camtu saya mengemas ruang di belakang rumah. Ada sedikit tanah kosong saya gunakan untuk bercucuk tanam. Saya tanam beberapa pasu pokok serai dan pokok daun kari. Selama ni saya biarkan dan siram setiap petang. Itu pun jika berkesempatan.. Kiranya penjagaan pun ikut sesedap rasa tapi tak ku sangka pokok daun kari tersebut hidup sangat subur seperti dijaga rapi. Pokok serai macam biasa takde perkembangan positif, hehehe.



Jadi saya cantas pokok daun kari so daun kari yang banyak dan sihat saya packing, sedekah kepada jiran setaman dan officemate yang sudi. Alhamdulillah habis diedarkan, itulah orang kata rezeki.. Okay habis satu bab..

Lepas 'berkebun' saya terus bersiap untuk ke Bandar Klang. Misi kali ini tukar tayar kereta yang dah haus or dalam bahasa pasar 'tayar keta dah botak'.. Memandangkan saya kurang familiar dengan kedai tayar di Bandar Seremban dan bagi mengelakkan ditipu, jadi saya sibuk tanya officamate mana kedai tayar yang menawarkan servis terbaik dengan harga yang berpatutan. Officemate sorang ni memang terrorlah bab-bab bengkel so dia mensyorkan saya pergi ke sebuah kedai tayar di Klang. Walau pun jauh saya gigih juga pergi sebab keadaan mendesak, malas survey banyak tempat, leceh..

 

Maka saya dengan En. Husband pun menuju ke Bandar Klang.. Bandar yang mempunyai kenangan pahit manis sepanjang saya belajar di sebuah kolej swasta mengambil jurusan perniagaan for the past 10 years.. Masa tu tinggal di Shah Alam so berulang ke Klang setiap hari. Belum lagi citer tentang cinta monyet yang ntah apa-apa, melepak dengan kawan-kawan, berdating etc. Zaman remaja yang kononnya ingin berdikari, gunakan alasan tak mahu bergantung kepada keluarga padahal inginkan kebebasan, itulah zaman remaja saya. Parents sponsored so financial semua cukup apa lagi enjoy!

Kenangan di Bandar Klang ini juga saya mendapat kerja pertama iaitu di sebuah pejabat peguam (legal firm) di Jalan Goh Hock Huat.  Pengalaman cari duit sendiri yang memberi kesan hidup hingga kini. Kesan makian dan dibaling fail oleh bekas majikan saya untuk kesalahan kecil sesuatu perkara biasa. Maka dari situ saya berazam menjadi peguam suatu hari nanti.. Saya kena sabar demi pengalaman dan ilmu. Ingat lagi masa kena lempar dengan fail, sambil mengutip kertas yang berselerak di lantai, hati memaki : "Apa ko ingat kau sorang saja boleh jadi lawyer? Ko tengoklah satu hari nanti aku pun boleh jugak jadi macam kau!" memang serious sampai mati pun tak akan saya lupakan wajah manusia itu dan situasi ketika itu seperti baru semalam berlaku.

Lepas habis pengajian di kolej swasta tersebut, saya terus sambung Law di sebuah Kolej University di Kuala Lumpur. Alhamdulillah bertitik-tolak dari situ saya berjaya menjadi apa yang saya ada sekarang dan pencapaian diri sendiri yang boleh dibanggakan..

 

Kompleks Shaw Centerpoint (gambar atas)  tempat paling gah untuk dating dan tengok movie pada masa itu.. Dulu masih cantik shopping mall ni tapi sekarang dah lusuh, mungkin sama nasib dengan  Kompleks Kotaraya di Kuala Lumpur...

Maka tibalah kami di Jalan Kapar, tempat yang dituju..

 

Keadaannya masih sama seperti dulu..

 

Inilah yang dicari-cari.. Perjalanan jauh dari Seremban ke Klang semata-mata mencari tayar..Maklumlah zaman ekonomi tak stabil, kita mesti bijak berbelanja.. Hasilnya, memang benar harga yang ditawarkan di bandar Seremban dengan harga di Klang sangat berbeza. Saya dapat jimat hampir RM150.00.. sangat berbaloi-baloi..

 

Selesai urusan, kami pulang ke Seremban..

 

Ketika perjalanan pulang, saya lalu di taman perumahan yang pernah disewa masa zaman bujang iaitu di Berkeley Garden dan di Taman Rashna. Memory yang tak boleh dilupakan.. Ketika melalui kedua-dua tempat tu terasa sayu dan bergenang juga airmata.. Macam-macam kenangan bermain di fikiran.. susah diungkapkan.

Itu sahaja cerita kali ini..
Kepada pembaca atau rakan blogger yang ingin berkongsi pengalaman sewaktu membina kerjaya bolehlah komen di bawah.. By the way, terima kasih sudi singgah di blog ini..
Semoga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan selamanya, in shaa Allah.


15 comments:

  1. perghhh... daun karii.. sangat subur dan cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu officemates saya masak kari Lia, hehehe :-)

      Delete
  2. terkesan dgn pglmn kena cmpk fail tu..sy prnh kena prkara yg hmpir serupa.Huhuhuhu..sodiyh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pasti terkesan kann Mas, hanya yang merasa dapat memahami..

      Delete
  3. Seremban ke Klang...? Rajinnya sis dan hubby. :) Banyak jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kitaorang suka berjalan Maman Reen.. Alhamdulillah berbaloi2.. :-)

      Delete
  4. Jauhnya beli tayar. Kalau boleh jimat RM150, berapa pulak harga tayar yg jual kat seremban tu eh? Saya baru beli Goodyear, RM185 siap pasang kt kL. huhu

    Take care !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup exactly Zhi, itulah hakikat sebenar.. Mgkn supplier dari Klang Valley so diaorg mark up sekali transportation kot.. ;-)

      Delete
  5. tahniah dah jadi org yg berjaya :) tak sia2 apa yg ditempuh dulu..

    tapi bos lama tu mmg tak patutlah..baling2 plakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dengan tahap skrg tp masih blh berusaha ke arah lebih baik..

      Tu lah hakikatnya Yana.. :'(

      Delete
  6. perghhh... betoi2 rajin ni... jauh nk tukaq tayar ja. harap betoi2 berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisaha inspiring. pengalaman dari kena maki terus jadi skrg. hmmm.. adakah itu turning point terbaik. heee

      Delete
    2. First of all, terima kasih sudi singgah blog ini.

      Hahaha kisah tukar tayar tu memang berbaloi2 dari segi nilai then lepas tukar tayar boleh pi shopping kat Shah Alam..

      Yup pengalaman mendewasakan kita.. Cuma cara kita ambil pengalaman tu dari sudut +ve atau -ve sahaja..

      Delete
  7. daun kari kalau selalu cantas memang naik elok. kt rumah pon buat mcm tu. hehe
    wah tahniah dh jd lawyer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga salah satu factor pokok daun kari ni subur.. hehehe alhamdulillah n.i.n.a berkat kesabaran.. ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...