Saturday, August 13, 2016

Resepi Korea : Eggplant sidedish (gaji-namul)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Semoga sihat selalu.. Selamat berhujung minggu juga diucapkan..

Kali ni saya nak share resepi sidedish Korea iaitu gaji-namul atau terung kicap. Sejak jumpa channel Chef Maangchi dalam YouTube banyak resepi Korean menarik untuk dicuba. Contoh post sebelum ni tentang Kimchi Project, itu Korean food pertama berjaya saya hasilkan..

Jadi selepas ni akan menyusul mana-mana resepi Korea mudah untuk dicuba sebagai kelainan dalam hidangan menu seharian.

Bila hasil memuaskan hati gembira bukan kepalang, cewah!


Sebelum tu saya kenalkan inilah Chef Maangchi comel. Cuba tengok channel YouTube dia, anda akan tahu kecomelan Chef Maangchi ni, hehehe


Berikut resepi gaji-namul:

Bahan-bahan 
Terung saiz sederhana
Bawang putih 
Daun bawang 
Serbuk cili kasar @ chilli flakes 
Mintak bijan
Sos ikan
Kicap masin 

Cara-cara:

Sediakan steamer dan air untuk mengukus. Basuh terung dan potong seperti saiz di bawah.


Apabila air steamer mendidih, masukkan terung ke dalam steamer dan kukus selama 5 minit atau hingga terung layu. 

Sementara terung dikukus, kita siapkan sos. Campur bawang kecil mayang, daun bawang hiris, 1 sudu besar sos ikan dan kicap soya, 1 sudu kecil chilli flakes serta 2 sudu kecil minyak bijan. Kacau hingga sebati.

Bila terung layu, keluarkan dari steamer dan biarkan sejuk. Kemudian, siat terung kecil-kecil. Masukkan ke dalam mangkuk sos tadi dan gaul rata.


Hias dengan daun bawang. Inilah hasilnya:


Sangat mudah dan sedap dimakan bersama nasi panas. Untuk resepi asal sila rujuk di website Chef Maangchi : Gaji-namul Recipe.


Gambar di atas version Chef Maangchi (credit to www.maangchi.com) manakala gambar berikut dari hasil tangan saya, hehehe


Nampak kurang menarik tapi rasanya sedap. Satu kebanggaan kepada diri sendiri.. Selamat mencuba!


14 comments:

  1. SEDAP TU MKN DGN NASI THARI NI LZ

    ReplyDelete
  2. Siqah tak makn terung. Hehe.. Menarik resepi ni. Suka kak LZ mencuba resepi baru eh =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Siqah x makan terung, resepi ni boleh ganti dengan sayur pak choy juga..

      Ha'ah Siqah sebab simple dan sedap, hehehe

      Delete
  3. Singgah malam sini... Hoiss resepi korea... Sedapke?? Hurmm lea x mkn terung.. x leh la cuba.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lea sudi singgah..
      Don't worry dear, kalau nak cuba tp x makan terung boleh ganti dengan sayur pak choy.. ;-)

      Delete
  4. Haaa saya pun ada subscribe juga Chef Maangchi ni kat YT tapi tak pernah terfollow lagi resepi-resepinya. Keke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kita serupa peminat Maangchi.. Suka tengok cara dia masak.. Sekarang sis sdg addicted utk cuba masakan dia.. ;-)

      Delete
  5. Menarik ni kak. Ok boleh cuba! dpt jugak mempelbagai kan skill memasak ni. hihihi. =) yg penting bahan nya pun simple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Aina, akak suka sangat cuba resepi sedap dan mudah.. Kalau complicated akak x rajin, hihihi :-)

      Delete
  6. pergh macam sedap je. teringin nih. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau teringin, apa tunggu lagi VM moh ler cuba.. Hehehe

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...