Sunday, September 18, 2016

Review : The Innocent Man

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers..
Cuti hujung minggu kali ini agak panjang berikutan cuti Hari Malaysia pada Jumaat lalu..
Alhamdulillah cuti panjang ini dapat juga meluangkan masa bersama keluarga, berehat, membelek-belek tanaman di halaman rumah.. Selebihnya membuat kerja-kerja rumah sepertimana kebiasaan pada hujung minggu..

Hujung minggu kali ini agak luar biasa sikit.. ehem..ehem..
Kenapa luar biasa? Kerana... masa luang saya dihabiskan dengan movie maraton iaitu menonton drama Korea. Opsss! terbongkar rahsia.. Al-kisah saya bukan lah peminat tegar artis Korea or K-Pop tapi saya layan drama Korea.. Tapi jangan tanya saya siapa pelakon dia sebab saya tak ingat. Pelakon popular ke idak, wallahualam.. teman cuma tengok jalan cerita.. Genre kegemaran teman mestilah berunsur romatik, misteri dan dendam. Lagi satu saya tak kisah cerita lama atau baharu, belasah jer. Janji jalan cerita best! Cenggitu kisah dia..

Masih ingat lagi CD pertama drama Korea ialah Snow Queen, genre romantic drama lakonan Hyun Bin dan Lim Ju-Hwan dan CD kedua The Way Home lakonan Yoo Seung-Ho dan Kim Eul-Boon. Sejak itu terus falling in love dengan drama Korea. Satu perkara saya 'malas' layan drama Korea kerana berhantu! Maksud saya berhantu bila mana kita start tonton terus tak boleh berhenti.. Dah laa lama nak habiskan satu plot cerita. Bayangkan CD sampai 3 keping mengalahkan filem hindustan Kuch Kuch Hota Hai kannn.. Tak sesuai langsung bila tengah syok menghayati cerita tetiba anak panggil nak makan or tolong buat itu ini, iskkhhhh... (sapa pernah alami mesti tau camne perasaan masa tu, hehehe..)

Oh seperkara lagi, saya akan tonton drama Korea ni melalui www.viki.com, sekiranya drama tersebut best dan memenuhi citarasa, saya akan cari CD untuk koleksi peribadi. Okay sekarang saya nak citer Korean Drama yang saya layan kali ni..

Tajuk : The Innocent Man
20 siri
Ditayangkan pada tahun 2012 
[...saya dah kata, citer lama baru tengok sekarang, tolong jangan gelak >_<]

Drama Korea
Foto credit to www.yesasia.com
 
Korean Drama 
Credit to www.viki.com

Pelakon utama Song Joong-ki, Moon Chae-won and Park Si-yeon.
 Berikut barisan pelakon yang menjayakan drama ini..

Drama Korea 

 
Saya cerita sikit jalan cerita drama ni..

Kisah bermula apabila top scorer medical student bernama Kang Maru jatuh cinta dengan jiran lama merangkap kawan sewaktu kecil, Han Jae-hee seorang wartawan tv. Dia sanggup membuat apa sahaja demi cintanya kepada Jae-hee.
 
Nice Guy 
Photo credit to Google

Satu hari Jae-hee meminta pertolongan Kang Maru untuk menyelamatkannya kerana membunuh seorang lelaki tanpa sengaja dalam sebuah bilik hotel. Oleh kerana perasaan cinta yang mendalam, Kang Maru sanggup mengaku bahawa dia adalah pembunuh lelaki itu untuk mengelakkan Jae-hee ditahan polis. Akibatnya, Kang Maru dibuang dari universiti dan tidak dapat menamatkan pengajian. Apabila Kang Maru habis hukuman dan keluar dari penjara, dia dapati Jae-hee telah berkahwin dengan President Seo, seorang tokoh korporat kaya dan memiliki seorang anak kandung, Seo Eun Seok dan seorang anak tiri bernama Seo Eun Gi. Kang Maru terasa dirinya dikhianati oleh Jae-hee dengan janji palsu.

The Innocent Man 
Photo credit to www.koreandramafashion.com
Cantik Park Si-yeon,gambar ni nampak dia iras Marion Caunter

Maka, sejak itu Kang Maru berdendam hinggalah dia menggunakan anak tiri Jae-hee, Seo Eun Gi untuk mendapatkan apa yang diingini daripada Jae-hee. Macam-macam halangan dilalui oleh Kang Maru. Seo Eun Gi pula jatuh cinta dengan Kang Maru dan mendapat tentangan hebat dari bapanya.

Jalan cerita senang faham boleh tengok diagram ni..

 
Photo credit to anaktertua.wordpress.com 

Selepas mengharungi omak berduri, lautan api akhirnya, Kang Maru melamar Seo Eun Gi.
Itu pun setelah mereka mulakan hidup baru apabila Kang Maru hilang ingatan..


The Innocent Man 

 

Mereka pun hidup bahagia.. Happy ending. 
Kalau nak tahu jalan cerita lanjut boleh click di sini : The Innocent Man

 So far pada pendapat saya cerita ni biasa-biasa dibandingkan Snow Queen. Sebelum ni saya ada tonton drama Korea lebih best. Nak tahu cerita apa? Tunggu review seterusnya.. Siapa pernah tonton drama ni atau nak suggest drama Korea lebih best dari cerita ini, boleh recommend saya. Tulis dalam ruangan komen di bawah yer..  Sharing is caring kannn ;-)
Okay itu sahaja.. Terima kasih sudi baca..




18 comments:

  1. okei la jgak bleh layan cite :)

    ReplyDelete
  2. Reen minat drama yang ada unsur comedy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooh mesti menghiburkan..
      Mungkin satu masa nanti Maman Reen, saya cuba tonton drama comedy pulak.. Cerita comedy biasanya saya layan English movie. :-)

      Delete
  3. samalah kita, LZ.
    saya tak layan sangat bab2 KPop ni, saya betul2 kena satu group je. Big Bang. sebab BB selalu buat parody drama2 korean yang femes tu yg boleh terlekat tengok kat youtube tu. hehe.

    tapi bab drama memang saya layan. drama yg dorang buat memang bagus2. walaupun tak kenal sape berlakon, itu tak penting. yg penting jalan cerita semua best.

    si zirafah kwang soo pon ade.. hehe.. citer ni saya tak layan lagi. citer baker king ada layan tak LZ? citer tu boleh tahan juga bestnya. master sun ke, arang & magistrate ke, remember ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila tahu Gee pun suka drama Korea.. Kumpulan KPop satu apa pun saya tak tahu..

      So far ini cerita keempat saya layan drama Korea. Cerita yang Gee namakan belum layan lagi.. Tapi pasti akan saya cari..

      Thanks Gee for sharing.. Really appreciate it :-)

      Delete
  4. Yeaahh mmg suka sgt drama2 korea ni..!!!

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Waaa mummy_ayu dah layan citer ni yer.. Best jugak kann. :-)

      Delete
  6. Wah citer korea... Dah tenguk citer ni... Masa ni Song joong Ki belum femes lagi tapi lakonan dia best dalam citer ni. Terbaru lakonan dia dalam Descendants of the sun dengan song hye kyo lagi sweet citernya. Tenguk lah mesti terjebak terus.

    Akak start terjebak citer korea ni masa winter sonata start dimainkan di malaysia. Lepas tu autumn in my heart lepas tu my girl. Tapi paling suka stairways to heaven.... fuh memang suka sekali dengan lakonan kwon sang woo.

    Cerita korea ni kalau bab memainkan perasaan memamg terer. Kadang ayat dia simple je tapi ayak mata merembes tanpa disedari. Lepas tu lagu yang di selitkan juga membuai kalbu. wah banyak dah komen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahhh akak lebih advance bab2 citer Korea.. hehehe

      Tu lahh saya kata drama Korea ni berhantu Kak.. Bila tengok mesti terjebak. Belum lagi bermain dengan emosi..

      Delete
  7. Ramai yg kata kalau dah terperangkap menonton drama Korea ni memang terus melekat LZ
    Tu yg anak-anak kakak pun sama. Cuti sekolah itulah kerjanya. masing-masing kalau tak depan lappy depan PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yer ker Kak Zakie.. Anak akak pun addicted to Korean drama jugak, hehehe

      Delete
  8. kalau korean ni saya layan running man je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fazleyatul, Running Man sampai sekarang saya masih blm faham motif sebenar citer tu.. Confused mak tau.. hehehe

      Delete
  9. Song Joong Ki! ❤️

    Siqah tak tengok lagi drama ni. Boleh masuk list lah. Hehe. Tak kisah tahun bila kuar kak LZ, yang penting tengok kan. Dah best. Hehe

    Siqah suka tengok drama Korea. Lagu pun banyak suka yang ost je. Kalau K-pop lagu2 tu, tak minat sangat kecuali Big Bang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah lbh advance dari akak.. At least Siqah kenalah jugak actor dia berbanding akak yg mmg x tau langsung.. hihihihi

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...