Pages - Menu

Sunday, October 16, 2016

Journal : Melawat tempat menarik di Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu kepada semua pembaca blog saya.. Semoga kalian dirahmatiNya selalu.. Dalam sibuk melakukan urusan seharian tak sedar blog ini sudah 2 minggu tiada update terkini.. Alhamdulillah hari ini ada cerita yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan blogger.. Cerita tentang jalan-jalan merangkap percutian singkat saya dan keluarga ke Tanah Tinggi Cameron atau orang lebih suka sebut Cameron Highland..

Mengapa saya kata percutian singkat? Sebab percutian saya ke Cameron Highlands kali ini balik hari, saya tak check ini hotel memandangkan saya pernah stayed di Strawberry Park Resort few years ago for 2 days 1 night tapi tempat-tempat hot spot dari Brinchang ke Tanah Rata semua habis dikunjungi dalam masa sehari sedangkan harga penginapan mahal dengan keadaan hotel standard biasa-biasa sahaja. Agak tak berbaloi-baloi untuk repeat keadaan yang sama.. 

Peta Tanah Tinggi Cameron
Credit to Google Image

Satu perangai saya apabila ke sesuatu tempat percutian, saya akan buat study terlebih dahulu lebih-lebih lagi melibatkan percutian singkat begini. First, saya akan teliti map dan cari tempat-tempat menarik yang ingin dilawati selain itu cari maklumat berkenaan tempat percutian tersebut berpandukan cerita-cerita dari bloggers yang pernah berkunjung ke tempat tersebut. Sekiranya saya ingin check ini hotel, saya akan meneliti dan membaca hotel reviews dari website seperti agoda.com, www.tripadvisor.com dan booking.com. Pilih mana yang terbaik mengikut budget yang diperuntukkan.

Berikut 11 senarai tempat menarik yang ingin dilawati (dari Ringlet ke Blue Valley) :

1. Bharat Plantation Cameron Valley Tea House
2.  KHM Strawberry Farm, Tanah Rata
3. Taman Agro Teknologi MARDI
4. Big Red Strawberry, Brinchang
5. Cactus Valley Brinchang
6. Time Tunnel Museum, Brinchang
7. Rose Centre, Kea Farm
8. Taman Rama-Rama, Kea Farm
9. BOH Plantation Tea Centre Sungei Palas
10. Honey Bee Farm Ee Feng Gu
11. Lavender Garden 

Bertolak dari Seremban seawal 6.30 pagi melalui Lebuhraya Utara Selatan dan tiba di exit tol Tapah pukul 9.04 pagi dengan bayaran tol RM29.80. So referring to map kita akan jumpa kawasan Ringlet dulu menuju ke Tanah Rata and so on..

 

Laluan ini kita akan jumpa air terjun Lata Iskandar di sebelah kiri tak berapa jauh dari exit tol Tapah dan selepas itu kita akan melalui kampung orang asli.

 Gambar ikhsan website Virtual Malaysia

Gambar terpaksa pinjam sebab saya tak sempat berhenti kerana selekoh tajam dan ruang parking di bahu jalan penuh.. Atas faktor keselamatan, perjalanan diteruskan.. Selepas Lata Iskandar waterfall bermulalah perjalanan berliku-liku, selekoh tajam dan jalan sempit mendaki ke Tanah Rata.. Masa ini perut rasa berangin dan kepala pening. Nasib baik my husband selaku driver takde masalah padahal dia kurang rehat. Sepanjang laluan ini saya kerap tutup mata sebab pening dan takut dengan selekoh tajam lebih-lebih lagi ketika berselisih dengan kenderaan dari depan. Alhamdulillah kami berjaya melaluinya tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Sampai di Ringlet jam 10.32 pagi, tempat pertama kami kunjungi Bee Farm Highlands Apiary Farm [HAF] di Jalan BOH Estate.

Ladang Madu Cameron Highlands

Bee Farm Bertam Valley Cameron Highlands 
Fridge magnets dan keychain : 4 for RM10.00

Kawasan ni agak terpencil tetapi kami puas hati sebab kurang pengunjung di sini dan strawberries masih banyak. Kita boleh petik sendiri strawberry dengan caj RM30.00 setengah kilo [minimum berat sekali petik tidak kurang dari setengah kilo]. Strawberry yang sudah dipetik RM25.00 setengah kilo.

Bee Farm Strawberry 

Bee Farm Cameron Highlands 

Bee Farm Cameron Highlands 

Selain strawberry dan bunga segar terdapat juga rumah-rumah lebah merata-rata di sekeliling Bee Farm ini. Yer laa nama pun ladang lebah tentu lah merata lebah. Oh ya, madu lebah asli dan hasil madu turut dijual di sini.

Madu di Bee Farm  

Ladang Madu Cameron Highlands 

Memandangkan pengujung tidak ramai, jadi kami diberi penerangan oleh pemilik ladang mengenai kitar hidup lebah hingga proses penghasilan madu lebah.  
PERINGATAN : di sini lebah berterbangan macam lalat so jangan tepuk sekiranya ia berterbangan di sekeliling anda.

 
 Bunga-bungaan yang terdapat di sekeliling Bee Farm HAF ini..
 Kami meninggalkan Bee Farm ini lebih kurang jam 10.45 pagi.

Next destination, kami tiba di Bharat Plantation Cameron Valley Tea House pukul 11.01 pagi. 
Cameron Valley Tea House tagline 'Anytime is Tea Time..' yolah tu!
Jom tengok gambar...

Cameron Valley  

Tea House 

Cameron Valley Tea House 

Cameron Valley Tea House
Kedai cenderamata dan teh

Tak lengkap kunjungan ke Cameron Highlands jika tak menikmati teh segar dari ladang. Masa kami sampai sini pun just nice for breakfast memandangkan dalam kereta hanya makan roti dan nescafe panas yang dibancuh dari rumah. So kami minum dan berehat di Cameron Valley Tea House..

Cameron Valley Tea House 

Sambil menikmati strawberry scone dan teh panas, sambil itu juga menikmati pemandangan ladang teh yang terbentang hijau, terselit air terjun dicelah-celah laluan pokok teh. Masya-Allah terpukau mata di tambah pula angin bertiup agak nyaman..

Cameron Valley Tea House 
 Kami meninggalkan Bharat Plantation Cameron Valley Tea House lebih kurang pukul 11.40 pagi.

Semasa tiba di Tanah Rata terpandang signboard Smurf Inn Homestay (Royal Chateau) di sebelah kiri. Jam menunjukkan pukul 12.45 tengah hari. Teringat semasa study tempat-tempat menarik di Cameron Highlands ada bloggers buat reviews tentang Smurf Inn Homestay ni. Jadi saya pun tak melepaskan peluang untuk singgah dan saksikan sendiri tempat ni.. Hotel ini baru dibuka dan merupakan satu tarikan baru di Cameron Highlands. Lokasi hotel di Tanah Rata.

 

 

 

 

 
 Jika ingin melihat bahagian dalam hotel boleh search Google images.. Kalau dah design ala cottage style homes tentulah susunatur perabot pun moden English style. Memang superb cantik dan bersih. Malangnya harga tak dapat dipastikan sebab memanjang fully booked!

Lokasi Smurf Inn Homestay ini menuju ke Kasimanis Starwberry Farm di Tanah Rata. Parking sekejap di situ dan boleh turun ambil gambar di Royal Chateau. Sebelum beredar boleh singgah Kasimanis Strawberry Farm shop untuk tengok gifts.

 

Lepas keluar dari Smurf Inn Homestay at about 12.30 tengah hari, kami terus menghala ke kiri main road dan stucked dalam jem. Kereta slow moving.. Adus memang suatu yang spoil. Bukan nama Cameron Highlands kalau tak jumpa jem selain jem strawberry, lol

 

Sementara menunggu lama dalam kereta, snap lah pemandangan kiri kanan merakamkan gambar hotel-hotel budget sekitar Cameron Highlands di Tanah Rata.

Hotel budget Cameron Highlands 

Hotel budget Cameron Highlands 

Condition hotel-hotel budget begitu poor namun tak pasti berapa bintang dan level service yang ditawarkan. Nama pun hotel budget, you get what you pay for.. 

Puas membebel, kereta masih jalan merangkak-rangkak hingga ke Brinchang.. Tiba-tiba terpandang signboard : TIME TUNNEL Gallery. Hati berkata yes! Muzium Time Tunnel ni memang ada dalam senarai tempat yang ingin dilawati. Tapi husband kata NO! Jalan jem susah melintas dan susah nak berpatah balik ke atas. Jadi untuk perjalanan lancar, kita turutkan kata pemandu. Say bye-bye to Time Tunner Gallery. Hasil study bayaran masuk Time Tunnel Gallery : RM5.00 (Adult) and RM3.00 (child).

Muzium Time Tunnel 

Muzium Time Tunnel 

Muzium Time Tunnel 
 TIME TUNNEL Gallery : Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam..
ceeewah!

Disebabkan kereta bergerak macam siput, nun jauh di depan saya nampak signboard Fragrance Nursery yang terletak di kanan jalan. Awal-awal bagitahu husband saya nak singgah situ. Jadi saya aim parking di sebelah kiri bahu jalan. Andai ada parking kita singgah, jawab husband. Alhamdulillah, ada ruang parking.. Maka keluarlah kami dari kereta setelah menempuh jem sejak pukul 12.30 tadi dan tiba di sini pada pukul 1.15 petang.

 

 

Apa tarikan di Fragrance Nursery ini? Jom kita tengok..

 
 

Hasil terjebak, (atas dari kiri) saya beli pokok rosemary, pokok lavender, pokok strawberry (tergantung) dan pokok stevia.. Mohon jangan gelak sebab beli pokok strawberry dan pokok lavender.. Sekadar mencuba nasib menanam pokok beriklim sejuk, masalah tahu berhasil, huhuhu

Overall, harga yang ditawarkan agak mahal, lebih kurang di nursery Sungai Buloh! Semua pokok saiz atas berharga antara RM10.00 ke atas. Sepasu pokok bunga rose RM15.00 bergantung kepada saiz pokok.

Berhadapan Fragrance Nursery terdapat gerai menjual sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan.
Rambang mata..

 

 

Selain sayur-sayuran dan buah-buahan, fresh flowers turut dijual di sini.. Harga sekitar RM10.00 and above. Saya banyak membeli stok sayuran-sayuran dan beberapa bekas strawberry di sini. Kita kena pandai survery harga kerana setiap gerai menawarkan harga yang berbeza-beza dengan barang yang sama.
So bijak berbelanja.. Kami meninggalkan Fragrance Nursery sekitar jam 1.43 petang.
  
Trafic flow masih merangkak-rangkak.. Kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Kea Farm. Hajat di hati ingin kunjungi Rose Centre, Taman Rama-Rama dan Honey Bee Farm Ee Feng Gu. Tempat pertama di Kea Farm, kami singgah di pasar Kea Farm pukul 2.02 petang..



Pasar Kea Farm 

Pasar Kea Farm
Pasar Kea Farm 

Hasil tinjauan saya, harga cenderamata di sini lebih murah berbanding tempat lain. Fridget magnets and keychains 5 for RM10.00.  

Selepas membeli-belah di Kea Farm market, maka melilau mencari Rose Centre. Menurut bloggers jarak pasar Kea Farm dan Rose Centre dekat, just walking distance.. Puaslah berjalan sampai ke hujung rupanya Rose Centre terletak antara gerai sebelah kiri dan gerai sebelah kanan area pasar Kea Farm.. Ingatlah pusat menjual pokok rose, beriya mencari.
Inilah Rose Centre, pokok rose hanya beberapa buah pasu (tak lebih 10 pasu) dan bunga-bunga lain yang ada antaranya dah layu, hurrrmmmm

Rose Centre Kea Farm Kami meninggalkan Kea Farm pukul 2.21 petang. Jalan masih jem dan kereta masih bergerak terhegeh-hegeh sehinggalah kami melepas Taman Rama-Rama yang terletak di sebelah kanan. Melihat kepada premis yang seakan lusuh, saya membatalkan hasrat ke sana.. Nanti kita susah-susah melintas jalan dan berpatah balik menempuh jem, Taman Rama-Rama tak seperti yang difikirkan, agak membuang masa.. So bye-bye Taman Rama-Rama..

Destinasi seterusnya, hajat di hati ingin ke Ladang Teh BOH Sungai Palas (BOH Sungei Palas Tea Centre), Honey Bee Farm Ee Feng Gu dan Lavender Garden. Bila menyusuri jalan utama dalam keadaan jem, tetiba terpandang signboard ini, nyaris terlepas!

Sungai Palas BOH Plantation Tea House 

Maka pendakian bermula dengan pemandangan di kiri kanan pokok teh menghijau, masa ni masih boleh la la la.. maka tibalah laluan berliku-liku, selekoh maut, jalan sempit sehala, kanan gaung hinggalah ke puncak ladang teh.. Kecut perut sepanjang perjalanan ke atas, cuak masing-masing serius ngeri!

BOH Plantation Tea House Sg Palas 

BOH Plantation Tea House Sg Palas 

Nampak saja signboard atas ni, fuhhh lega tapi belum tentu balik nanti camne nasib kita.. Perjalanan baliklah yang terasa lebih ngeri kerana gaung betul-betul berada di sebelah kiri.. Jalan sempit dalam keadaan mendaki dan menuruni bukit dengan selekoh tajam.. Tawakal!
  
Sampai saja, kami parking bersebelahan Sekolah Tamil.. Kami guna laluan mendaki bukit bukan mengikut tangga yang disediakan seperti gambar di bawah.. Kira salah jalan, tapi ada hikmahnya kerana laluan menggunakan tangga lebih penat dari laluan mendaki.

BOH Plantation Tea House Sg Palas 

Sampailah di sini..

BOH Plantation Tea Centre Sg Palas 

Tempat inilah (gambar atas) yang ingin diabadikan memandangkan ramai bloggers bagi review  'tempat yang mesti dilawati apabila ke Cameron Highlands'..  Tapi tak tahu pula rupanya 'hazab' naik ke atas sana.. bukan mudah! huhuhu

Kedai teh dan cenderamata.. 

BOH Plantation Tea Centre Sg Palas 

Saya hanya membeli beberapa kotak kecil teh di sini memandangkan saya bukanlah penggemar teh.
Teh yang dibeli sebagai hadiah kepada penpal dan berita gembira postcards ada dijual di sini! Hurray.. 
Saya beli 22 keping postcards untuk project postcards swap dan Postcrossing..  

Selain itu, banyak maklumat mengenai asal usul BOH Plantation ada ditunjukkan di sini.. Alang-alang sampai, ambil masa baca sejenak untuk general knowledge.

BOH Plantation Tea Centre Sg Palas 

Selepas menghabiskan masa di atas, kami turun dengan hati berdebar-debar kerana risau bila menuruni cerun bukit.. Alhamdulillah, berkat sabar dan berhati-hati akhirnya kami sampai di bawah pada pukul 3.38 petang,

Jalan masih jem, hinggalah kami melepasi signboard Honey Bee Farm Ee Feng Gu.. Selamat jalan Honey Bee Farm, tak dapat singgah sebab masalah yang sama seperti ke Time Tunnel tadi. Kedua-duanya di sebelah kanan jalan dan susah menyusuri jem. Tak terkilan sangat sebab kami dah singgah Bee Farm di awal perjalanan tadi..

 

Perjalanan diteruskan hingga ke Lavender Garden yang terketak di kiri jalan.. Lavender Garden antara tempat yang mesti saya singgah. Malangnya parking penuh kerana terlalu ramai pengunjung.. Saya pun jenis tak suka berada di tempat crowded selagi ada pilihan lain saya tak akan ke tempat-tempat sesak. Jadi saya terpaksa membatalkan hasrat ke sana.. Mungkin next time.. Untuk makluman, bayaran masuk ke Lavender Garden RM8.00 seorang.

Taman Lavender

Kami meninggalkan Lavender Garden jam 3.49 petang..

Antara 11 senarai tempat yang ingin dilawati (dari Ringlet ke Blue Valley) berikut tempat yang terlepas dan mungkin akan pergi next visit:

2.  KHM Strawberry Farm, Tanah Rata
3. Taman Agro Teknologi MARDI
4. Big Red Strawberry, Brinchang
5. Cactus Valley Brinchang
6. Time Tunnel Museum, Brinchang
8. Taman Rama-Rama, Kea Farm
10. Honey Bee Farm Ee Feng Gu
11. Lavender Garden  

Mungkin perjalanan akan datang ikut exit tol Simpang Pulai turun ke Ringlet..
Perjalanan sudah sampai ke Blue Valley melepasi Kuala Terla menuju ke Simpang Pulai Toll Plaza..
Maka berakhirlah percutian di Cameron Highlands.. Semasa menuruni Cameron Highlands, banyak kenderaan naik dari exit tol Simpang Pulai..

 

Perjalanan dari tol Simpang Pulai ke Seremban agak jauh berbanding dari tol Tapah dengan bayaran tol RM35.80..
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan di Cameron Highlands semuanya dipermudahkan.
Kami sampai di rumah jam 8.30 malam.

Pada pendapat saya, Cameron Highlands dah tak sesejuk dahulu. Banyak tempat yang sudah buruk seolah-olah tidak dijaga. Tarikan utama ke Cameron Highlands hanya sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bunga segar. Harga pula tak semurah dulu, mungkin faktor ekonomi sekarang. Apapun tunggu beberapa tahun lagi untuk kembali ke sini lagi..

Begitulah ceritanya.. Sekiranya rakan blogger lain ada cadangan, pengalaman atau tempat menarik lain di Cameron Highlands yang tidak disebut di sini, bolehlah kongsi.. Mungkin next visit saya akan ke tempat yang masih belum dilawati atau missed kali ini..

Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang..
Thanks for reading, wasalam..


16 comments:

  1. Yg mek tak pernah smpai dekat cameron lata iskandar, time tunnel, and boh plantation yg sg palas punya. Mek next visit kena pegi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus mu pegi mek, best masa pergi first time sekurang-kurangnya sekali alami keindahan CH sendiri.. ;-)

      Delete
  2. cantik pulak cameron highland berdasarkan entri ni. dah setahun lebih tak jejak kaki ke sini...terus membara semangat nak sampai ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan ChemSO, sesekali naik best tapi jgn public holiday nnti jem buang masa..enjoy! ;-)

      Delete
  3. Pergi CH ni kalau kakak yg best sayuran dan bunga-bunga fresh yg banyak tu
    Lainnya biasa aje sebab kalau dulu sinonim dgn cuaca sejuk, sekarang dah tak ada lagi dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CH memang tak sejuk dah kann Kak Zakie.. Masa saya pegi masih ada hotel baru under progress, berhabuk.. :-)

      Delete
  4. Oppsss LZ silap tempat tang Boh Plantation tu sebab LZ penggemar Coffee kan...??? ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup tepat sekali Mrs. A..
      Pencinta kopi mmg x layan sgt teh, opsss! ;-)

      Delete
  5. sg palas tu tak pernah jejak ag.kena g nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus pergi CikRenex sekurang2nya pernah sampai.. ;-)

      Delete
  6. Bestnya kak LZ pergi Cameron! �� siqah suka pergi Cameron. Walaupun sekarang dah tak sejuk sangat, tapi entahlah. Suka suasana Cameron. Walau kalau naik sana, just pergi tempat yang sama je. Macam berubah kan. Hihi. Siqah pun tak pernah singgah di Lata. Banyak kereta, susah nak parking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Siqah suka pi CH yer.. Akak sekali pergi serik dgn jem dan keadaan jalan kat sana. Sesetengah tempat pun susah cari parking. Kena tggu beberapa tahun baru boleh pergi semula.. Tapi mmg tak dinafikan suka tgk bunga, sayur dan buah-buahan segar.. :-)

      Delete
  7. Malas betul kalau pergi CH ni time cuti sekolah. Sebab jem.
    Lama jugaklah tak menyinggah sini. Seronok jugak menikmati udara sejuk memalam kat CH ni. Makan jejemput keledek.....mmg nikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan dibuat kerja mak pegi CH time cuti sekolah sedangkan hujung mggu pun kereta gerak mcm siput..
      .
      Kalau stay sana mmg best, sejuk sampai ke tulang.. hehehe

      Delete
  8. sejuk tu bergantung pada bulan berapa kot. saya baru pegi Jan 2017 ni..sejuk mencengkam..suhu siang 15 darjah cel. Mlm lgi ler...tak cukup selimut hotel tu. kena pakai baju 3 lapis..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye setuju jugak.. masa saya pegi memang panas x ingat.. Rasa suam jer.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..