Pages - Menu

Monday, October 03, 2016

Projek Hujung Minggu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Apa khabar semua? Didoakan agar kalian beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan, in shaa Allah.

Hujung minggu yang panjang.. bagi mereka yang takde perancangan ke mana-mana seperti saya, hanya duduk di rumah tapi hujung minggu yang pendek bagi mereka yang bercuti atau balik kampung..betul tak? hehehe

Jadi bila takde apa nak buat, mulalah menjenguk tanam-tanaman di halaman rumah. Tanam-tanaman yang telah ditinggalkan dan hanya dijenguk sekali-sekala..

Bila melawat sahabat blogger Warisan Petani, timbul semangat berkobar-kobar untuk kembali bercucuk tanam.

Langkah pertama berjaya dilaksanakan 2 minggu lalu.. Alhamdulillah, sejak tukar pasu dan tambah tanah baharu masing-masing mengeluarkan pucuk muda..

 Jom saya bawa melawat kebun mini saya..
Ni pokok cekur.. Sebelum ni ditutupi rumput. Sejak tukar tanah dan pasu, tak lama tumbuh daun baharu..


Begitu juga dengan pokok daun kesum ni.. Sebelum ni hidup segan mati tak mahu, sekarang mula tumbuh daun baharu. Seronok rasa di hati..

Saya ni penggemar asam pedas, jadi pokok daun kesum wajib tanam sendiri. Kalau tidak jenuh membeli di Mydin atau AEON supermarket. Selalu bila masak terpaksa beli secekak tapi guna beberapa pucuk, tak ker membazir..


Sempat juga saya mengalihkan 3 pokok anak pokok daun kari.. Anak-anak pokok daun kari ni dah bertuan. Saya tunggu anak pokok besar sedikit dan betul-betul kukuh akar dia baru boleh beralih tangan..

Kata orang janji ditepati, dah janji nak bagi anak pokok ni so kena buat! Anggaplah sedekah.. :-)



Ni saya nak cerita tentang eksperimen.. Konon nak berjinak-jinak dengan tanaman hydroponic tapi tak cukup barang dan bahan-bahan. Konsep guna apa yang ada.. 

Beginilah rupanya:


Anak pokok cili.. Kelihatan tak berapa menjadi, macam tak cukup zat..


Besar sikit nanti bolehlah alih ke dalam pasu. Abaikanlah konsep hydroponic tu, huhuhu


Gambar bawah pula saya semai biji cili besar dan cili api. Ada satu sudut di bahagian dapur saya gunakan untuk sudut semaian. Saya letak di tepi tingkap kerana pencahayaan yang baik di situ.


Bawah ni anak pokok cili besar, berlumba-lumba naik.. Minggu depan saya akan alih ke dalam pasu dan letak di halaman rumah.


Gambar bawah pula pokok cili besar yang mula membesar. Bila mula berbunga nanti saya akan alih ke dalam pasu yang lebih besar.


Seterusnya, tanam-tanaman hiasan lain yang diletak di dapur.


Pokok limau purut dan pokok lemon bawah ni tak boleh letak luar sebab mudah dimakan ulat. Nampak tak pokok limau purut tu botak, itu angkara ulat.. cian beberapa helai daun dia yang tinggal..


Okay itu sahaja sesi melawat kebun mini saya. Sesiapa ada idea atau minat sama boleh kongsi cerita.. 

Sesiapa ada petua macam mana nak hapuskan serangga perosak menggunakan bahan semula jadi boleh juga kongsi di sini.. Apa pun terima kasih sudi singgah di blog ini.. Wasalam..

21 comments:

  1. Rajin kak LZ menanam semuanya. Paling penting semua boleh dibuat bahan masak. Tak payah susah nak beli. Sekarang semuanya mahal kan kak. Teringin pulak nak makan asam pedas akak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat2 Siqah.. Benda kecil2 tak yah beli.. Tanam sendiri tu pun kalau berhasillah, hehehe

      Kalau sesat ke Seremban roger akak nanti akak masak asam pedas untuk Siqah, in shaa Allah.. ;-)

      Delete
    2. Insyallah kak :) Bestnya akak offer nak masak asam pedas. Hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum LZ,

    Rajin benar hang naa.. Saya ni memang suka bab-bab perkebunan ni tapi utk buat tu, masih belum terlaksana. Tiada halaman tiada masa.. Dulu pernah start buat, just gantung-gantung kat dapur kan tapi bila sibuk langsung tak dijenguk ke situ dah. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Gee,

      Bukan rajinlah dear tapi minat kot, hehehe.. Kalau mendatangkan hasil puas hati kalau sebaliknya frust juga..

      Takpe kalau Gee masih belum berkesempatan, in shaa Allah adalah masanya nanti.. :-)

      Delete
  3. Rajin LZ bercucuk tanam ya walaupun dalam pasu .Pokok limau purut akak pun botak dikerjakan ulat...tak tau nk buat camna sekadar pantau je hari2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe minat kot Kak Saniah sbb tu gigih menanam pokok tu semua..

      Tu lar saya msh mencari petua utk elakkan ulat mkn daun pokok limau.. Hari2 saya pantau juga Kak... :-)

      Delete
  4. salam kenal gak dear.
    kalau rajin bercucuk tanam ni memang banyak faedahnya.
    akak waktu muda2 dulu mmg rajin.
    berrunggun dok depan pokok2.
    now dah tak lalu dah sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Yan sudi singgah blog saya..

      Hehehehe betul Kak kalau berhasil tanaman tu senang x yah beli. :-)

      Delete
  5. Replies
    1. Hurrmmm belum tentu lagi Nurul.. :-)

      Saya tanam kadang2 x menjadi tapi gigih jugak, hehehe

      Delete
  6. Selamat pagi kak LZ! =)
    Berbudi pada tanah insyaallah ada hasil kak.. sgt bermanfaat.
    Yg blh di buat masak, tak payah nk beli.. jimat kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi my dear aiNa,

      Betul tu berbudi kepada tanah in shaa Allah akan dpt hasilnya, hehehe itulah harapan akak..

      Senang aiNa kat dapur pusing kiri kanan ada daun kari dan pokok cili, petik jer.. hehehe :-)

      Delete
  7. Seronoknya bercucuk tanam. Aktiviti bermanfaat :)

    ReplyDelete
  8. Nad pernah try tanam cactus pastu mati huhuhu cedih pastu dah taknak teringin nak tanam apape lagi dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan puttus asa Nad, boleh cuba tanam pokok lain mana tahu berhasil.. :-)

      Delete
  9. banyaknyaaa tanaman.. kt rumah tanam juga bila nk masak petik je tak pyh eli dh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess senangkan Nina, nak guna petik jer.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..