Pages - Menu

Wednesday, December 14, 2016

10 Benda Anda Biasa Jumpa Tapi Mungkin Tidak Tahu Kegunaannya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang dikasihi. Semoga kalian ceria dan bahagia selalu.

Entry kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan am yang pernah saya baca. Sumber dari sebuah blog di Pinterest.

1. Benarkah lubang pada penutup pen berfungsi untuk mengelakkan dakwat kering?

Jawapannya tidak benar. 
Lubang tersebut direka untuk mengelakkan dari risiko menutup saluran pernafasan sekiranya tertelan penutup pen berkenaan. Lubang tersebut berfungsi sebagai laluan udara jika tersekat dalam saluran pernafasan.

2. Apakah kegunaan cebisan kain pada pakaian baharu?

Mungkin ada yang beranggapan ianya untuk ditampal pada pakaian jika koyak. Jawapannya tidak benar. 

Cebisan kain tersebut digunakan sebagai penguji detergent sebelum mencuci pakaian tersebut bagi memastikan bahan cucian selamat digunakan pada kain pakaian tersebut.

3. Apakah fungi lubang kecil pada tingkap pesawat?


Semasa menaiki pesawat anda tentu perasan ada satu lubang kecil pada tingkap pesawat. Lubang kecil tersebut berfungsi untuk mengimbangi tekanan udara yang tinggi di dalam dan di luar pesawat.

4. Apa pula fungsi butang ini di seluar jeans?

Butang tersebut berfungsi untuk melindungi hujung jahitan pada poket seluar jeans supaya tidak koyak. 

5. Apakah fungsi lubang pada kasut seperti ini?

Lubang tersebut bukan sekadar hiasan tapi ianya berfungsi sebagai pengudaraan.

6. Apakah fungsi lubang pada pemegang periuk seperti ini?

Tahukah anda bahawa lubang tersebut bukan hanya berfungsi untuk menyangkut periuk selain itu ia juga boleh digunakan untuk meletakkan sudip. Namun bergantung kepada besar lubang periuk berkenaan.

7. Apakah fungsi sudip berlubang ini?


Semestinya bukan untuk kuah tetapi ia digunakan untuk mengalirkan air semasa mengangkat spaghetti. Bukan itu sahaja, lubang tersebut juga boleh menganggarkan berapa bahagian spaghetti untuk seorang.

8. Bagaimana menggunakan bobby pin dengan betul?

Bobby pin ini merupakan pin zaman 70an dan kini sudah hampir pupus. Cara menggunakan pin ini ialah bahagian zig zag diselitkan di bawah rambut untuk memberi cengkaman supaya tidak tanggal.

9. Apakah fungsi anak panah pada simbol pump minyak meter kenderaan?

Simbol anak panah tersebut menunjukkan di mana letaknya penutup tangki minyak sesebuah kenderaan. Ia bergantung kepada simbol anak panah itu sama ada di kiri atau kanan.

10. Apakah fungsi silider tebal ini pada cable?

Bahagian tersebut ialah ketulan besi magnet oksida yang berfungsi untuk menyekat gangguan electromagnet frequency tinggi.

Sekian, itu sahaja yang dapat dikongsi bersama.. Dalam 10 info ini berapa yang you all dah tahu? Share sikit. Jika ada penambahan maklumat pun boleh share di ruangan komen.



By the way, thanks for reading..
W'salam..


14 comments:

  1. Replies
    1. Oh kalau camtu pengetahuan baru untuk Cik Itah.. ;-)

      Delete
  2. Lorr, baru tahu semuanya.. Trima kasih sharing.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah new info untuk Shikin juga.. You are most welcome dear.. ;-)

      Delete
  3. ade yg baru tahu :) gitu kegunaannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn bila baru tahu terus terdetik dalam hati "oooo gitu kegunaannya.. " ;-)

      Delete
  4. ohhhhh gitu rupenye gunanya.. Kalau tak memang tataw ape fungsinye.. igt sekadar hiasan aje... thankz share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe baru tau kann Lea.. Sebelum ni saya pun akan kata ingat sekadar hiasan..

      Terima kasih sudi singgah :-)

      Delete
  5. Nice sharing LZ.
    No 7 tu lansung Mrs. A tak pernah jumpa.
    Adil betul cara pembahagian spaggethi kalau guna sudip tu ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mrs. A..
      Samalah, pernah nampak senduk rupa tu tapi tak tahu fungsi sebenar..hehehehe now we know ;-)

      Delete
  6. Owh... Baru tahu... hehehe. Thanks for sharing ☺

    ReplyDelete
  7. banyak jugak kegunaannya..
    saya singgah baca entry sambil follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Intan banyak benda biasa kita lihat tp baru tau kegunaannya..

      Terima kasih sudi singgah & follow.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..