Pages - Menu

Thursday, December 15, 2016

Padah Tukar Kad Debit Di Saat Akhir

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya.. Terima kasih atas sokongan kalian. Saya doakan semoga kalian dirahmatiNya selalu.

Seminggu dua ni mesti hot dengan cerita tukar debit card.. Malas nak ulas sebab terasa betapa leceh (hassle) masa pergi tukar kad debit tadi ditambah lagi dengan sistem bank (nama bank teka sendiri tapi biarlah rahsia)  yang kurang systematic. Bukan menyalahkan semua branch bank ini tetapi merujuk kepada cawangan bank yang saya berurusan hari ini.

Seawal 8.45 pagi saya ditemani Mrs. A tercegat di pintu masuk bank. Waktu bank beroperasi pukul 9.15 pagi. Ramai manusia berkumpul di depan bank persis menunggu konsert bermula. Dalam hati padan muka aku sapa suruh tukar last minute so ambikk kau!..
Sepatah kata Mrs. A, "Yes, we are Malaysian.." - Harith Iskandar biasa guna ayat ni..



Setelah pintu bank dibuka, abang guard mengedarkan sekeping borang untuk diisi. Dalam hati berkata-kata, "zaman teknologi canggih abad ini, bank masih guna sistem borang manual?"



Hurrrmmm layan, isi borang (pinjam pen orang depan yang sedang mengamuk sebab tak dapat layanan VIP sebab dia tunggu dari jam 8.30 pagi) dan saya pun tunggu dalam barisan. Tiba giliran saya, serah kad lama dan myKad bersama borang kepada staff bank dan imbas cap jari. Nombor giliran diberi, 0023 (nombor keramat hasil berasak-asak).



Selesai satu bab dan tunggu nombor giliran dipanggil untuk kad baharu dan pemulangan myKad bersama slip password number. Sambil menunggu mata melilau-lilau meninjau sekeliling, terpandang warga tua, ibu mengandung dan ibu yang membawa anak kecil.. Kesian mereka terpaksa harungi semua ini, detik hatiku. Bertabahlah!

Tak lama nombor giliranku dipanggil, dapat kad baharu terus aktifkan password di mesin atm. Beratur sekali lagi memandangkan masing-masing dari group yang baru saja mendapat kad baharu.

 
Alamak terbongkar rahsia!

Selesai tukar password maka selesailah urusan ini, alhamdulillah... Plus minus urusan saya mengambil masa 1 jam. Fuhhhhh sungguh mencabar proses menukar kad debit bank yang baru di cawangan bank ini.. Moral of the story, jangan suka buat urusan last minute, kalau tidak inilah padahnya!

Oh ya, saya kongsikan di sini nukilan berikut.
Saya copy dari Fb yang kebetulan viral hari ini antara lain menggambarkan situasi di atas :

"OHH DEBIT CARD

Sejak dua menjak ni boleh dikatakan semalaya bercerita pasal debit card.
New world order sikit-sikit dah mula tunjukan kekuasaannya melalui bank.
.
Ini berkaitan dengan permainan dunia, saya tak mahu ulas lebih.
Cuma Nak share apa yang saya nampak depan mata & saya faham.
.
1) bank berjaya triger situasi panik pd rakyat malaysia terutamanya warga tua.
2) orang beratur punya ramai nak tukar kad dan nombor giliran habis jam 10am
.
3) makcik-makcik datang dari jauh sewa teksi bayar mahal-mahal beratur kat bank untuk dapatkan nombor tukar kad tapi hampa sebab nombor habis.

4) tak putus asa esok datang lagi,bayar lagi kos minyak kereta,beratur lagi kali ni dapat nombor, alhamdulillah dapat nombor "1097" sekarang nombor baru "1042"

5) yang tua dengan yang muda sama beratur,tak ada spacial lane untuk warga emas.makcik cakap kalau tak tukar kad nanti tak boleh nak ambil duit gaji felda sebab masuk bank.

6) mak saya cakap kalau tak tukar kad nanti tak dapat " BR1M " 2017.

Perlu ke tukar kad baru sebenarnya?
Warga emas buat belian online yang guna debit kad ke?
call HQ beri tahu kalau tak buat penukaran pun masih boleh keluarkan duit cuma tak boleh guna fungsi DEBIT KAD & PAY WAVE sahaja.
Kenapa nak momokan penukaran kad baru tahun 2017 akan di caj RM12.00++ bukan ke selama ni setiap kali penukaran kad akan didebit dalam akaun?

Kenapa tak ada siapa terangkan?
Kenapa pekerja bank tak berusaha semaksima mungkin untuk terangkan?
Kenapa tak keluar dari pintu bank terangkan pada orang ramai? Buang rasa malu. Ini kerja mulia.
Kenapa tiap staff bank tak nak gunakan personal FB masing-masing buat pencerahan?
Kenapa tak kesian pada orang yang kurang bijak dalam hal ni?

Kalau yang baca ni perihatin sampaikanlah pada orang sekeliling supaya reda situasi panik.
Kesian sunguh pada makcik-makcik, depa bukan orang senang cuma depa sangat takut kalau hilang duit, percayalah seringgit pun depa tak mahu hilang kena tipu.

Ye faham trend ni kita dah tak boleh nak ubah, tapi bolehkan kalau kita mudahkan.."

Semoga pihak yang terlibat mengambil ikhtibar dari situasi ini..
Dealing with public bukan sorang dua tapi hampir seluruh rakyat Malaysia dan ambillah kira faktor usia dan kudrat mereka..

Saya percaya ramai pembaca dah tukar kad bank.. Bagaimana pula pengalaman anda?
Share sikit..

10 comments:

  1. Cimb pun dalam 1 jam jugak menunggu ok lagi.. saya pergi teman adik nak renew kad di maybank.. 5 jam siap kad.. patah kaki tunggu dalam bank.. diakui x sistematik langsung.. marah dlm hati je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astaghfirullahalazim, 5 jam? Memang melampau lama tu Wani..
      Nasib baik sis tergerak hati tukar debit kad Maybank thru online. Perkara ni bergantung kepada inisiatif Manager branch, cari jalan supaya proses berjalan lancar. Lain cawangan lain cara dia.. Sabar je lah kannn...

      Delete
  2. perghh ramai orang yerk.. Lea tak buat agik ni CIMB.. hadoii.. tpkan bende ni cam menyusahkan org jerk kan.. Terutama org2 tua.. adeh.. kesian kowt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang amat Lea.. Bank belum buka dah bersusun orang.
      Memang kesian kepada mereka yang kurang upaya, orang2 tua bila buat camni.. Padahal boleh beri pengecualian, penukaran ini hanya kepada pemegang kad yang ingin membeli guna kad debit atau transaksi online sahaja so mana yang tak berkenaan tak yah ler tukar kann..

      Delete
  3. Alamak! saya tak tukar lagi.. alamak..alamak.. ok, esok lepas subuh terus gerak pegi bank.. huhuhuhuh.. thanks for the info. !

    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat tukar Zhi.. Nnti tergendala shopping online.. Sampai sebelum Subuh jgn pula dapat lepas matahari tegak atas kepala Zhi, hihihi

      Delete
  4. Hahhahaaa... pengalaman kita sama la LZ.

    Viral pasal FB tu fakta apa yang dia up kan tu.
    Tapi tulah bila kisah benar/positif sesetengah rakyat Malaysia tak mahu pulak nak viralkan. Expecially yang terlibat secara langsung tu.

    Ni Mrs. A nak share kepada sesiapa yang dah tukar kad tu dan ada online banking contoh cimbclick sila log in dulu ya dan up-date dulu info. Jangan jadi macam Mrs. A tak up-date terus pi LAZADA bila nak bayor tak dapat muahhaaa... punyalah panik siap call customer service lagiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat2...

      Waaaaa Mrs. A dah rasmikan pembelian online dgn kad baru.. Bila kita alami sendiri transaction x go through gara2 sistem baru rasa panas ati pulak..hehehehe

      Delete
  5. Mujor akak skeluarga dah tukar awal2,kalau tidak lagi lah sukar dengan kesihatan yang tidak elok ,nk beratur panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak..
      Lepas ni saya akan tukar habit x mau buat urusan saat akhir..

      Akak take care, semoga cepat sembuh..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..