Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Food Review : Q Travel Café

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya.. Didoakan semoga rakan bloggers sihat dan dirahmatiNya selalu..

Post hari ni saya nak mengimbas kenangan minggu lalu semasa pergi ke Ikano Power Center (IPC).. Sudah semestinya mencari sesuatu di IKEA.. Sampai IPC lebih kurang 12.30 petang, sambil berjalan menghala ke IKEA dari IPC tetiba ada seorang 'jejaka' berteriak : "Mari singgah, ada laksa Johor, nasi ambeng, mee rebus, spaghetti, lasagna..." Masa tu perut memang tengah lapar. Bila perut lapar, dengar saja nama makanan dah terbayang rupa menu satu persatu, hehehe.. 

Jadi tanpa berlengah, saya terus heret anak dan husband masuk ke café tersebut.. Kebetulan warna tema café pun warna kegemaran so memang sangat menarik perhatian dan terus 'masuk' ke jiwa..


Dekorasi café berkonsep moden.. Café tersebut attach dengan Travel Agency, jadi ruang makan agak sempit dan meja agak rapat tapi selesa.


Café ini membawa tagline "Best Laksa Johor outside Johor"


Dekorasi café lebih kepada tempat-tempat menarik di Eropah..

Kita pergi pula kepada cerita makanan.. Bila belek makanan yang terdapat dalam menu, majority makanan dari Johor.. So husband order makanan rare iaitu nasi ambeng..


Since tagline café ini menyebut tentang kelazatan laksa johor, jadi saya order Laksa Johor..

Laksa Johor di Q Travel Cafe

Laksa Johor ini menggunakan angelhair, saya suka jika dibandingkan dengan spaghetti.


Begini rupa nasi ambeng, nasi putih, mee goreng, ayam masak rempah, sayur, serunding dan ikan masin dibungkus sekali.


Arief Redza order beef lasagna. 

Minuman pula café latte untuk saya dan ice Milo untuk jejaka..

So far sedap, saya boleh beri 4 bintang untuk semua iaitu service, ambiance, makanan dan minuman. Overall memenuhi citarasa saya..

Lepas makan kita perlu menggerakkan anggota badan jadi ke IKEA untuk exercise kaki dan cuci mata serta membeli sedikit keperluan. 




Lepas dapat barang yang dicari, masa untuk pulanggggg..

Oh ya, sesiapa sudi singgah or ada masa or kebetulan ke IPC boleh cuba makan di sini :

 Q Travel Café ni alamat dia : LG-50, Ikano Power Center, Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya, Selangor

Business hour : 10.00 am -  9.00 pm
Instagram : @q.travel.cafe

Okay, that's all..
Thanks for reading..
Wasalam..

Monday, May 02, 2016

Food Review : Restoran Melur & Thyme

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca sekalian..
Pagi cuti ganti yang sungguh nyaman.. Sedang menaip post ini, bau ikan goreng cencaru menusuk hidung. Cadang hari ni masak lemak cili api ikan cencaru. Sambil menaip, mesin basuh juga ligat berputar. Seperti kebiasaannya, pada hari cuti saya akan masak awal. Jadi tak perlulah terburu-buru ke dapur bila tengah hari nanti.
Post hari ini saya kongsi pengalaman pertama makan di Restoren Melur & Thyme di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Restoran ini berkonsepkan cafe, gabungan citarasa Timur dan Barat. Biasalah, belum makan masih belum nampak konsep restoran yang cuba dibawa. Konsep makanan Timur yang memenuhi citarasa saya setakat ini ada saya kongsikan di post ini
Apakah kelainan Melur and Thyme ini?
 
Melur and Thyme Restaurant
Apa kata kita belek menu dulu, tengok apa makanan best di sini.

Restoren Melur and Thyme 
Click here : Menu Melur & Thyme

Melur & Thyme 
Selain hidangan ala-carte, ada juga  set lunch berharga RM29.90 ++ bermula pukul 12pm - 3pm, hari Isnin hingga Jumaat.

Restoran Melur & Thyme 
 
Ruang makan yang disediakan di bahagian dalam. Masih kosong.
Mana tidak, waktu ini pukul 11.45 pagi. Jadi saya dan family orang pertama 'merasmikan' restoran ini pada hari itu. Ada juga disediakan ruang makan untuk perokok di bahagian luar.

 
Ini pula keadaan restoran pukul 12.15 tengah hari. Sesak dan sarat dengan warga pejabat menikmati makan tengah hari. 


Lebih kurang 15 minit waktu menunggu, hidangan pun sampai. Perut mula berkeroncong sejak tadi. Al-maklumlah perjalanan dari Seremban ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.

  
Wild mushroom soup. Sedap rasa creamy mushroom memang best dihidang bersama roti bawang putih bakar yang dihiris nipis. Rangup dan sedap!

 
Saya order "Nasi Goreng Bunga Kantan with Crispy Chicken".
 Ada rasa sedikit kelainan dari segi 'rempah ratus' yang digunakan pada ayam goreng crispy tersebut. 

Melur and Thyme Restaurant
 Minuman sudah tentu cafe latte panas.
My all time favorite.. ^_~

Overall, dari 5 bintang saya bagi 3.5 bintang sahaja.

 
Cantik dan unik signboard Melur and Thyme, jadi izinkan saya mengabadikan kenangan di sini.. 
Sesiapa terasa ingin cuba rasai pengalaman sendiri, boleh dapatkan info di 
website : Melur and Thyme atau datang terus ke Nu Sentral Kuala Lumpur. 

Sekian, terima kasih sudi baca.
W'salam..



Wednesday, January 20, 2016

Restaurant Review : Restoran Steamboat Malaya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.

Hari ni nak citer #throwback makan di Restoran Steamboat Malaya.. Kali kedua makan di sini baru sempat buat review..

Rashid mohon jangan kecam saya. Saya ambil gambar makanan dan buat review untuk rujukan pembaca yang berminat makan di sini dan secara langsung menambah jumlah kunjungan pelanggan ke restoran ini, in shaa Allah.. Bukan saje-saje buat orang terliur..
 Harap maklum..

Ini dia pamphlet restoran :


Harga buffet steamboat serendah RM28.00..
Pemilik bumiputra, halalan toyyiban, in shaa Allah.


Ini pula susunatur bahagian dalam restoran..


Meja steamboat masih mengekalkan konsep lama iaitu tong & dapur gas.. So perlu berhati-hati terutama kepada pelanggan yang datang bersama kanak-kanak.




Terdapat pelbagai jenis seafood dan daging yang sedia diperap dengan rempah BBQ di samping frozen foods lain..


Pelabagai jenis sos disediakan..


Soup pilihan saya semestinya tom yam. Selain tom yam ada clear soup..


My all time favorite sudah pasti coffee..


Dessert ice cream, air batu campur dan pelbagai jenis bubur..



Overall okay, so.. so.. 
Bab variety makanan boleh diterima, setaraf dengan bayaran..  Bab rasa dan keselesaan bergantung kepada pendapat dan pilihan masing-masing..

Sesiapa yang ingin mencuba boleh datang dan rasa sendiri buffet steamboat dengan harga yang berpatutan..

Landmark di sini :


Ini sahaja entry saya..
Entry ini tidak berbayar sekadar berkongsi pengalaman.. Itu sahaja.
Until then, thanks for reading..
Have a great day everyone..
Wasalam, tata.. :-)

Tuesday, October 20, 2015

Sukand's Food Station @ Port Dickson

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Hari ini cuaca tidak begitu baik, jerebu semakin teruk sejak semalam sehingga sekolah-sekolah terpaksa ditutup. Bacaan IPU hari ini di Seremban mencapai 200 sehingga udara berbau hangit dan mata pula terasa pedih. Diramalkan keadaan ini akan berterusan sehingga bulan November nanti bergantung kepada cuaca dan tiupan angin.

Okay, kita tinggalkan cerita tentang jerebu itu. Hari ni saya nak share tentang pengalaman makan di Sukand's Food Station di Port Dickson untuk kali pertama. Untuk pengetahuan, landmark restoran ni berhampiran bulatan di Bandar Port Dickson. 


Lokasi berdasarkan Google map :


Saya tiba di sana pukul 3.30 petang, orang tak berapa ramai waktu itu. Dapat tempat duduk terus order nescafe ais for me dan limau barli ais for my husband.


Berdasarkan review, restoran ini terkenal dengan nasi ayam, so saya order nasi ayam untuk anak teruna dan mee hoon sup sahaja memandangkan makan dalam waktu tea time kata omputih.




Selain itu, terdapat set ubi kayu rebus dihidangkan di sini which is rare for me. Susah jumpa restoran serve ubi kayu rebus makanan zaman perang cam ni. Pujian harus diberikan kepada ubi kayu rebus kerana texture nya yang sangat lembut dan gebu.


Set ubi kayu rebus + kelapa parut + gula melaka+ sambal = RM4.80.

Hidangan ubi kayu rebus ini juga boleh dimakan dengan ikan masin jika suka, harga berbeza.


Jumlah keseluruhan hidangan di atas RM20.25 sahaja.


Overall okay, especially ubi kayu rebus yang jarang kita jumpa. Sesiapa yang datang ke Port Dickson boleh singgah di restoran ini untuk cuba sendiri.

Kepada sesiapa yang pernah singgah, pengalaman anda boleh dikongsi bersama.
Itu sahaja..
Terima kasih sudi singgah..
Until then..
Sekian, wasalam.


Loading...