Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Sunday, January 29, 2017

Mencari Perfume Idaman

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers..
 Didoakan semoga anda sekalian beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu.. dan tidak lupa juga dipermudahkan segala urusan.. Lately cuaca di Seremban best, mendung dan adakala hujan renyai-renyai, alhamdulillah.. Ditambah pula cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina, memang best..Di samping bersyukur dengan rahmatNya, tak lupa juga kepada mangsa banjir.. Sama-sama kita berdoa semoga mereka segera kembali ke rumah masing-masing dan menjalani aktiviti harian seperti biasa..

Okay, kali ni saya nak cerita tentang perfume kegemaran.. Pasti ada antara pembaca blog ini sukakan wangian dan paling parah addicted macam saya..

 

Al-kisah, baru-baru ini konon cuba beralih citarasa wangian, tak mahu lagi setia dengan Issey Miyake dan Bvlgari Rose Essentielle.. Untuk pengetahuan, sudah bertahun-tahun saya guna 2 jenis perfume ini..



 



 Bila hati sudah setia, memang susah cari pengganti.. Masa buat pilihan mula rambang mata tak tahu pilih mana satu.. Mana tidak, sekarang banyak sangat bauan di pasaran. Boleh pening bila bau tester satu persatu..

Hasrat hati pada mulanya ingin membeli Signorina Salvatore Ferragamo 100ml memandangkan stok miniature perfume ini sudah habis digunakan dan baunya juga serasi dengan saya..

 

Dalam sibuk mencari Signorina terasa bau DKNY Be Delicious lalu lalang di hidung.. Okay jugak haruman DKNY detik hati ini.. Hurrrmmmm Signorina atau DKNY?  



Sedang membuat pilihan antara 2 wangian, tetiba terfikir Dior Hypnotic Poison yang sudah kehabisan stock.. Haruskah daku membeli yang baharu? Bau Hypnotic Posion memang memukau.. best sangat! Sesiapa suka bauan sweet dan powdery pasti sukakan haruman ini..

 

Manakah satu pilihan kalbu? Hati masih berbelah bahagi..
Puas fikir, akhirnya pilihan saya bukan Signorina Salvatore Ferragamo, bukan juga DKNY Be Delicious mahu pun membeli Hypnotic Poison yang baharu... Saya beralih arah ke Poison Girl yang langsung takde dalam senarai.. Tetiba terfikir untuk mencuba Poison girl kerana semua jenis Dior Poison pernah menjadi koleksi saya kecuali Pure Poison.

 

Nak jadi gegirl sangat kannn... Hahhhh memang tak sesuai.. Pastinya haruman ini bukan citarasa saya..  Jom kita check apa notes dalam Poison girl : balsamic, vanilla, sweet, almond dan powdery..

 

Masih belum menandingi wangian Issey Miyake, Bvlgari Rose Essentielle atau Hypnotic Poison.. Samalah juga dengan Viva La Juicy kategori wangian kurang menarik citarasa saya..


 

Bila tak puas hati, fikiran masih tak tentu arah.. Masih memburu wangian yang diingini sampai berjaya.. Akhirnya tanpa sengaja saya berjaya menemui haruman yang diimpikan, ternyata Cristal Royal menepati citarasa..

Jom kita check apa pula notes dalam wangian Cristal Royal hingga berjaya menambat hatiku : floral, woody, white floral, fruity, powdery and musky..


Yesss memang best!!! 
So welcome to my collection wahai Cristal Royal.. Untuk mengetahui background Cristal Royal Perfume boleh click di sini.

 

Berdasarkan jenis wangian kegemaran saya dapat dirumuskan bahawa ciri-ciri notes terdiri dari floral, aquatic, ozonic, woody, rose dan fruity. No wonder saya suka sangat jenis perfumes di bawah ini :

Issey Miyake : floral, aquatic, ozonic, white floral, woody
Bvlgari Rose Essentielle : rose, powdery, floral, woody, fruity
Hypnotic Poison Dior : vanilla, sweet, almond, nutty, fruity, powdery
DKNY Be Delicious : fruity, green, aquatic, ozonic, fresh
Signorina Salvatore Ferragamo : sweet, soft spicy, rose, fresh, fruity 

 

Ternyata saya kurang minat dengan  haruman citrus, caramel dan balsamic..
Begitulah kisah ya..

Oh ya alang-alang cerita tentang perfume saya nak tanya : Masih ingatkah perfume pertama yang anda gunakan? Saya mula berjinak-jinak dengan perfume waktu belajar di Kolej. Perfume pertama saya jenis James Paul Gaultier Fragile, ini rupa dia :

Fragile by James Paul Gaultier Perfume 
Photo credit to Google

Beli perfume ni sebab botol cantik, bukan sebab bau dia best.. Hahahaha kelakar bila diingat semula, zaman remaja katakan.. 

Begitulah cerita bagaimana susah dan cerewetnya saya ketika memilih haruman kegemaran semata-mata memenuhi citarasa sendiri.. Bagaimana pula anda? Apa haruman kegemaran dan adakah anda setia dengan haruman yang sama?
  
Okay, jangan lupa kongsi cerita tau..
Terima kasih sudi singgah, wasalam..

All perfume photos with infos credit to Fragrantica
 


Tuesday, September 20, 2016

Beza Sephora White dan Black Card

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers..
Sihat semuanya? Jika ya, alhamdulillah tapi jika tidak didoakan semoga disembuhkan dari penyakit dan dipermudahkan segala urusan..

Post kali ni cerita tentang Sephora card.
Apa beza Sephora White dan Black card? Oooo ni lahh yang membuatkan saya berhajat cerita tentang kad keahlian Sephora. Siapa rajin membeli barang di Sephora? Saya!!!! (angkat tangan sendiri..)

SMLC NYX Lipstick

Soft matte lips cream (SMLC) jenama NYX ni lah yang membuatkan saya selalu ke Sephora.. Selain NYX saya suka beli perfume di sini.. Banyak pilihan perfume dan alat-alat solek ditawarkan di Sephora..

Original NYX

Bila masuk Sephora lupa dahh sekeliling. Lupa diri sekejap pun ada.hahaha Jadi alang-alang kerap ke Sephora maka saya pun registered untuk menjadi ahli.

Sephora Membership Card

Simple sangat membercard dia. Katanya temporary card, tapi sampai sekarang dekat 2 tahun masih belum dapat permanent card. Recently Sephora mengeluarkan iklan untuk Sephora Black card.


Kad Keahlian Sephora 
Photo credit to www.sephora.com

Apa beza kad Hitam dengan kad Putih? Beza dia hanya pengumpulan mata ganjaran dan beberapa kelebihan lain secara exclusive. Siapa nak tukar kad keahlian putih kepada hitam secara automatik boleh terus berbelanja di Sephora dan kumpul mata hinga 250 points. Setiap pembelian RM3.00 akan dapat 1 point. Untuk keterangan lanjut mengenai kelebihan Kad Keahlian Sephora boleh click di sini Beauty Pass.

Itu sahaja cerita tentang kad keahlian Sephora.. Tak sabar nak check points, manalah tahu layak dapat Kad Hitam, wink..wink..wink..  ;-)

Siapa ada pengalaman membeli-belah di Sephora? Apa yang anda suka beli? Jom kongsi cerita.. 


Monday, August 29, 2016

Orang Berjaya Lakukan 16 Perkara Ini..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog saya yang dikasihi..
Selamat memulakan tugas dan semoga segala aktiviti harian berjalan lancar, in sha Allah.

Today is Monday! Hari Isnin seringkali dikaitkan dengan rasa malas or "Lazy Monday" atau "Monday Blues" dan macam-macam istilah lain dari perspektif positif atau negatif.. Hari ini saya ingin berkongsi tips kejayaan yang pernah saya baca mengenai 16 Perkara Orang Berjaya Lakukan Setiap Hari Isnin..

Photo credit to www.goodmorningquote.com
Photo credit to www.goodmorningquote.com
 
Apakah 16 perkara tersebut?

1.   Mereka bangun awal
2.   Mereka bersenam
3.   Mereka bersarapan dengan makan makanan sihat
4.   Mereka sampai awal di tempat kerja
5.   Mereka membersihkan meja kerja dan komputer mereka
6.   Mereka mengukur masa untuk projek dan tugasan yang tidak dijangka
7.   Mereka menegur / mengucap selamat kepada rakan sekerja dan boss mereka
8.   Mereka mengemaskini senarai "To-Do" dan "Goals"
9.   Mereka menggambarkan kejayaan mereka
10. Mereka memilih e-mail untuk diambil tindakan segera
11. Mereka menangani terlebih dahulu tugasan yang mencabar
12. Mereka murah dengan senyuman
13. Mereka menunjukkan keramahan dalam email mereka
14. Mereka mampu berkata 'tidak'
15. Mereka sentiasa fokus
16. Mereka ingat bahawa ada hari Selasa 

Dalam semua perkara-perkara tersebut saya dapat simpulkan bahawa perkara utama untuk berjaya ialah DISIPLIN dan GAYA HIDUP. Dua perkara ini mampu membuatkan seseorang itu berjaya.. Jadi, tak salah untuk kita mulakan 16 perkara ini sebagai panduan bagi meningkatkan kualiti kerjaya kita..

Ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sumber terperinci boleh didapati di www.levo.com..
Terima kasih sudi baca dan singgah di blog ini..
Loading...