Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

Kedai baru

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all reader..

Hari ini hari terakhir dalam tahun 2015.
Sinonim dengan tahun-tahun sebelum, bila menjelang tahun baru pasti ada yang bertanya mengenai azam tahun baru.
Azam saya mudah, saya nak tunaikan azam tahun-tahun lalu yang masih belum tercapai.. :-)

Dipendekkan cerita, antara azam saya tahun 2016 ni untuk lebih serious menjalankan business online a.k.a #2kerja.. ;-)

 Sebenarnya dah lama saya berkecimpung dalam perniagaan online dan offline cuma  tahun 2015 ni on-off disebabkan kekangan masa. Kerja hakiki banyak dan tak sempat menumpukan perhatian kepada perniagaan, gitu...

Jadi hari terakhir tahun ni saya create 'Kedai Baru' for my own online business via shopee.com.my as a platform di bawah nama Craft Station..

Jemput singgah & support business teman yer kawan-kawan kalau rajin follow sekali.. - promote sikit ^_~


Idea tercetus bila projek custom made planner saya menjadi setelah mendapat feedback positif dari officemate dan online customer, alhamdulillah..


Antara barang-barang yang dijual..


Konsep kedai stationery online untuk peminat planner dan craft yang cute miut..


My first #foamdori yang turut dijual..
Foamdori ni affordable dan limited edition..
Kelebihan foamdori ni, customer boleh request insert / book refill based on keperluan seperti financial planner, diary, budget, expenses etc. atau blank pages untuk note, grid line dan dotted.


Begitulah keterujaan saya menyambut tahun 2016 dengan membuka kedai baru.. Tak salah jika hobby dijadikan sumber pendapatan sampingan.. :-)
In directly menyahut saranan menteri supaya buat lebih dari satu kerja untuk tampung rising cost of living, #2kerja..opss!

Okay, that's all for now..


Semoga hari-hari mendatang menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelum, dunia akhirat.. In shaa Allah..


Saturday, November 30, 2013

Shopping Groceries during AEON Membercard SALE!


Hari ni 30hb. November, 2013.. 
tetiba teringat semalam hari Jumaat Aeon Seremban 2 start SALE untuk membercard.. Shopping RM100.00 dapat rebate RM10.00 dan pemegang kad ahli juga boleh redeem point untuk tukar kepada voucher, yeay!!

Sebagai pemegang kad ahli, saya  pun terjebak sekali.. 
Tetapi bukan shopping sakan just beli barang keperluan.. Kebetulan barang dapur habis so masa ni la sesuai spend di Aeon Supermarket..

Jom layan gambar..
v
v
v

 
 Antara bahan basah yang ada.. Fresh dan bersih sebab tu saya suka membeli bahan basah di Aeon Supermarket..

 Takde keja ketam jadi mangsa..


Excited memilih sayur sambil melayan karenah si anak bertanya itu ini.. Basically tanya jenis sayur.. maklumlah kanak-kanak baru belajar, hehehehe

Time ni dalam kepala sedang asyik berfikir apa kombinasi yang sesuai untuk masak sayur kobis bunga nih.. Sabab tu camera focus pun x layan.. huhuhuhu

Hah.. tempat ni memang takde dalam senarai tapi terpaksa singgah jugak demi melayan permintaan si Arief mencari snek super ring kegemarannya..

In conjunction with 'No Plastic Bags' campaign every Saturday, so saya dah get ready dengan shopping bag sendiri.. 



Inilah hasil berbelanja kali ini ^_^

Last destination, saya singgah di AEON Member counter untuk check point..

 Sila abaikan punggung-punggung manusia itu.. focus kepada signboard sahaja okay..

Memandangkan saya hanya 2,156 points sahaja, so saya tebus  1,500 points untuk dapatkan voucher RM10.00..

Tadaaaa!!!


 So berbaloi-baloi at least I got something rather than nothing, hehehe..
 
Loading...