Showing posts with label Whatever. Show all posts
Showing posts with label Whatever. Show all posts

Sunday, December 04, 2016

Ke mana menghilang?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers..
Apa khabar semua? Terima kasih diucapkan kerana tak jemu-jemu singgah di blog ini dan support semangat saya untuk terus berblogging.. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas dan menjalani aktiviti harian..

 

Yes, I'm back! Rindu korang semua! My last post was on the 11.11.2016, now 4.12.2016. Ke mana saya menghilang? Berapa lama saya tak update blog? Dalam diam sebenarnya hati terasa meronta-ronta untuk berblogging tapi apa kan daya, masa dan jadual kerja terlalu padat for the past few weeks. Fuuhhh!

 

Bila diimbas semula, rasa tak sanggup untuk hadapinya... Dimulakan dengan menghadiri Mesyuarat Pengurusan Kanan kemudian diikuti dengan kursus selama 2 hari di Putrajaya berkenaan pindaan akta.. mentelaah akta ni macam ambil exam! Bila otak penat secara tak langsung fizikal pun ikut sama letih.. minggu berikutnya pula kursus sehari di Seremban.



Hari-hari seterusnya sibuk dengan kertas kerja di pejabat.. Itu belum lagi cerita tentang urusan keluarga, masalah and so on..

Frankly speaking, I'm mentally exhausted!

 

Bila masuk bulan Disember ni barulah free sikit, alhamdulillah. Dapatlah saya focus pada aktiviti sampingan dan hobi yang berminggu-minggu ditinggalkan..

Bila dapat focus pada hobi maka berwarna-warnilah rutin harian saya. Maka takdelah selalu hitam putih iaitu satu kombinasi warna yang membosankan.. Hujung minggu kali ni bergelumang dengan kertas dan washi tapes. Banyak tempahan planner diterima dari online customers and colleagues, alhamdulillah rezeki. Kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang projek planner saya, boleh click di sini.

 

Washi tapes dan planner.. 
Untuk makluman, tempahan perlu disiapkan mengikut masa yang dijanjikan..

 

Tambahan pula saya guna manual printer, so memang mencabar kesabaran, terhegeh-hegeh tapi tak boleh complaint lebih-lebih sebab printer ni banyak berjasa.. 
Tunggulah ada rezeki lebih nanti boleh tukar hi-speed printer, hehehe

 

Inilah hasilnya, last touch sebelum dihantar kepada tuan baharu. 

 

 

Selesailah tugas menyiapkan tempahan.. Tiba masa untuk penghantaran.
Biasanya saya akan pergi ke Pejabat Pos AEON Seremban 2 untuk pos tempahan, jadi sambil menyelam minum air... Lepas urusan di pejabat pos bolehlah menenangkan fikiran, cuci-cuci mata di shopping mall. Kata orang terapi minda, gituuuuu..

 

Decor Christmas pun mula dipamerkan, cantik dengan hiasan merah putih.. ceria.
Tak lengkap bulan baharu tanpa buku baharu. Jadi sempat singgah di Popular Bookstore untuk menambah koleksi buku dari John Grisham dan Sophie Kinsella di samping buku lain. Both are my favorite writers, pernah saya ceritakan di sini..

 

Tibalah masa untuk treat diri sendiri dengan menjamu selera di Sushi King. Japanese Green Tea dan Salmon Grill memang boleh kata menjadi kegilaan. 

 

 

Happy tummy, happy me! 
Selesai semua,barulah diri ini terasa berpijak di bumi yang nyata.
 Bila tiba di rumah, hati rasa gembira bila 'disambut' bunga rose merah menyala yang sedang berkembang mekar di halaman rumah..

 

Syukur, alhamdulillah dengan segala kurniaanNya..
Itulah jawapan kepada persoalan "ke mana menghilang?"..
Sangat sibuk dengan tugasan yang telah diamanahkan..


Terima kasih kepada pembaca yang dikasihi..
In shaa Allah kita berjumpa lagi di post akan datang..
W'salam..


Tuesday, November 01, 2016

Mengapa mesti hari terakhir?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers (mukadimah biasa saya sebagai pembuka kata).. Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dilindungiNya selalu..

Hari ini saya masih lagi bercuti, sebenarnya sejak minggu lalu tambah 2 hari cuti tahun iaitu Isnin dan Selasa sama dengan cuti sambutan Deepavali pelajar sekolah. Dekat hujung tahun cuti ada sedikit berbaki, why not peruntukkan sedikit masa teman anak di rumah. Lagi pun ada satu lagi subject peperiksaan akhir tahun masih belum lepas iaitu Dunia Seni Visual (DSV), jadi dikesempatan ini saya sempat menjadi 'guru pendidikan seni' tak bertauliah bagi ilham pada anak untuk buat projek DSV esok, hehehe

Semalam, sempat pergi ke Home Decor di AEON Seremban 2, takde kerja lain selain dari meninjau pokok baharu. Rambang mata dibuatnya. Dalam sibuk rambang mata sempat lagi menyambar 3 jenis pokok iaitu pokok limau kasturi, pokok daun pandan dan pokok rosemary. Saja memuaskan hati..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya.. (ayat biasa saya sebagai pembuka kata).. Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dilindungiNya selalu.. Hari ini saya masih bercuti, sebenarnya sejak hujung minggu lalu ditambah pula applied cuti tahun (Isnin dan Selasa) sama seperti cuti pelajar sekolah.. Dah dekat hujung tahun ni cuti ada sedikit berbaki, why not peruntukkan sedikit masa teman anak di rumah.. Lagi pun ada satu subject peperiksaan akhir tahun masih belum lepas iaitu subject Dunia Sains Visual (DSV), jadi di kesempatan ini saya luangkan masa menjadi 'guru pendidikan seni' tak bertauliah untuk anak, hehehe Semalam, sempat ke Home Decor di AEON Seremban 2.. takde keja lain selain meninjau pokok baharu. Rambang mata dibuatnya.. Dalam sibuk rambang mata sempat menyambar 3 pokok iaitu pokok limau kasturi, pokok daun pandan dan pokok rosemary.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
 

Cerita pagi tadi pula, seawal jam 7.00 pagi saya siap masak nasi dan lauk asam pedas ikan selar serta sayur. Pagi ni breakfast nasi dan lauk pauk serta sayur sebab ada banyak benda perlu dibuat.

 
Opppss! Sorry masih dalam periuk. Sungguh kurang sopan!

 Al-kisah stok homemade kimchi pun dah habis. Kebetulan ada pesanan dari officemate untuk kimchi harga RM20.00 (malu katanya minta free sebab asyik dapat makan free sebelum ni, yolah den turutkan..) jadi tanpa berlengah terus gigih ke dapur keluarkan segala bahan-bahan kimchi dari peti ais. Sementara tunggu napa cabbage diperap dengan garam selama 1 1/2 jam, sempat lagi berblogwalking, tinggalkan jejak sana sini.. Lama tak jenguk rakan-rakan blogger yang dikasih.. ;-)
 
 

Tadaaaa!!! 
Siap dapat dua bekas. Tunggu lepas seminggu baru kita boleh rasmikan, hehehe
Resepi kimchi click di sini.

 

Selesai proses kimchi, terus ke meja craft. Next task, susun poskad. Poskad semakin lama semakin banyak.. Jadi poskad-poskad tersebut akan disusun dalam album yang berasingan mengikut negara dan saiz poskad.  

 

 

Siap semua tersusun rapi, sedap sikit mata memandang.. Senang juga untuk dibaca.. Ada 5 album setakat ni. Saya perlukan 2 album lagi.. So terus tulis dalam planner di halaman 'What To Buy?', kalau tidak nanti terlupa. Lepas susun poskad, ada 5 lagi poskad pen-pal yang masih belum berbalas.. So start tulis poskad untuk dihantar ke Taiwan, Germany, Finland, Spain dan Ireland. Siap semua esok boleh pos.

 
 Done!

Hurrmmmmm sebelum menulis di blog ini selain settled tugasan di atas, siap sudah membasuh dan menyidai pakaian isi rumah yang baru dicuci, dapur semua siap dikemas, unifrom sekolah pun siap digosok, pendek kata siap semualah!

Dalam hati berdetik : "Produktif sungguh aku hari ni". Baguslah kan, rajin (puji diri sendiri).
Persoalannya : MENGAPA MESTI HARI TERAKHIR CUTI?!!!!

Itulah sebenarnya perangai buruk setiap kali cuti panjang.. Masa awal-awal cuti banyak masa lagi langsung takde hasil. Bila last day, last minute baru buat semua. 
Penat sebenarnya sebab all out tambahan pula esok start kerja, fuhhh!
Buruk betul perangai.. Harus diubah!

Thursday, October 20, 2016

Mengapa saya Follow 5 IG Artis ini?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Hari ini terasa lemah semacam, waktu pun lambat berlalu walau banyak kerja selesai dilaksanakan..

So I took a short break, browse Instagram sambil menghirup air kopi pagi tadi.. Scroll post di IG satu persatu, maka timbullah idea entry ini..

Sebelum tu nak tanya..
Anda ada akaun Instagram? Jika ya, tentu ada sebab mengapa anda follow sesetengah artis kann?. Berikut alasan saya mengapa saya follow IG 5 Artis ini..

First, Fasha Sandha @fashasandha


Saya suka ikuti rutin harian Fasha Sandha. Melihat bagaimana FS mengurus masa bersama anak-anak di samping menjalani aktiviti penggambaran. FS juga terkenal sebagai artis yang pandai melayan peminat selain sangat berdisiplin. 

IG kedua, Faradhiya @faradhiya_fd
Saya minat Faradhiya sejak drama Spa-Q. Sekarang Faradhiya kurang membuat persembahan kerana menjaga ayahnya yang uzur. Dia juga pandai memasak dan seringkali menunjukkan hasil air tangannya di IG. Faradhiya juga antara artis yang pandai melayan peminat. Setiap komen peminat di IG akan dibalas.


Ketiga, Eina Azman @eina_azman..
Saya suka melihat kehidupan Eina Azman sejak bergelar ibu. EA juga pandai memasak dan kuat makan pedas. Suka tengok video masakan EA. Selain itu, gelagat Aubrey & Karl, anak kembar EA sentiasa menghiburkan. 


Keempat, Lana Nodin @lananodinmckienzie..
Lana Nodin tinggal bersama suaminya di US.. LN juga antara artis yang pandai memasak.. Saya suka menonton video masakan LN di IG dan reaksi suami LN, David Mckenzie menikmati masakan Melayu. Selain itu saya suka melihat suasana di US secara live yang dirakam LN.


Kelima, Erra Fazira @errafazira.
Instagram EF lebih kepada aktiviti Erra bersama rakan-rakan artis dan anaknya, Aleesya.. Saya suka penampilan Erra sejak bertudung dan gelagat anak Erra.


So far itu sahaja IG artis saya follow.. Just for fun.. Jom share, siapakah IG artis yang anda follow? Lebih cun kalau kawan-kawan sudi nyatakan 'mengapa anda follow IG mereka..'

Thanks for reading..

Monday, September 05, 2016

Cerita bila malas!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all my lovely readers..
Alhamdulillah, syukur dengan kurniaanNya, diberi peluang untuk terus hidup dan meneruskan aktiviti harian..

Hari ni saya cuti sebab anak saya Tahun 2 direhatkan sempena peperiksaan UPSR.. Jadi saya pun mengambil kesempatan ini untuk merehatkan diri.. Tapi rehat bukan sebarang rehat ada kerja pejabat yang dibawa pulang bersama.. So tak boleh rehat sangat, otak masih bercelaru selagi tugasan tersebut tidak diselesaikan..

Sejak hari Sabtu (3.9.2016) saya duduk mereput di kerusi ini menyiapkan minit mesyuarat.. Tugas menyiapkan minit mesyuarat memang sesuatu yang sangat membebankan hidup saya.. Bayangkan saya ni major in law, a Litigator buat kes mahkamah (not to showoff cuma nak gambarkan bidang yang sangat tak berkaitan) tetiba dipaksa buat tugasan sampingan iaitu masuk ke dunia secretarial yang memang tak pernah termimpi dalam hidup saya.. Kiranya buat 2 tugas.. Sebenarnya saya suka membaca tetapi tak suka 'mengayat'..

Temporary my home office 

 Untuk makluman, mesyuarat yang saya hadiri ni ada unsur pentadbiran kemudian masuk kepada masalah teknikal, masalah operasi (seperti masalah di loji, mesin etc) dan isu semasa (i.e isu politic, masalah rakyat etc) pendek kata semua yang berkaitan dengan masalah syarikat.. Semua saya kena hadam dan zahirkan dalam satu minit mesyuarat untuk bagi semua orang faham.. I tell you rasa nak termuntah.. Mana taknya perkara kita tak suka, pastu kita dipaksa buat! Tak ker rasa nak meroyan pun ada.. Pernah tak you all rasa camni? 

Fuhhh memang satu cabaran.. Okay itu saja sekadar meluah perasaan.. Alhamdulillah ketika post ini ditulis satu minit mesyuarat telah siap hanya tinggal satu lagi separuh jalan..

Tinggalkan cerita itu.. 

Hari ini Isnin (5.9.2016) masih berbaki satu lagi tugasan belum selesai but no rush.. Boleh take my own sweet time.. Cuaca kat luar pun mendung dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa kadang kala kencang.. Mood saya untuk buat keja office pun ke laut.. Pantang break sikit, bila start belek handphone, terus landing kat sofa... zzzzzz terlolap kata orang Nismilan. 

Adoi! Sampai bila pun kalau camni gaya dia keja tak siap..

 
Cuaca cenggini uolls

Petang ni start mengadap lappy semula.. Ingat nak sambung keja sikit tapi terbuat kerja lain, berblogwalking pulak perginya.. Baca blog ini.. Tinggalkan komen kat blog itu,blog ini lama-lama rasa seronok pulak, tak sedar masa cepat berlalu.. Last-last tangguh jer lah keja office tu dulu.. Buatlah esok di office..
Hahahahah begitulah bila malas melanda.. Lepas ni nak masak untuk dinner.. Esok kerja seperti biasa..

Okay itu cerita saya, ceritalah apa cerita yang berlaku hari ni, boleh kita kongsi sama.. ;-)

Psst! Hasil berblogwalking hari ni, saya dapat ramai rakan blogger baharu.. 
Best! I like..



Thursday, August 18, 2016

Weekend outing penuh nostalgia..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Post kali ni tentang #throwback  so mohon jangan kecam sebab hampir seminggu baru berkesempatan untuk dipaparkan.. >_<

Kisah begini, Sabtu lepas waktu pagi dalam pukul 7.30 camtu saya mengemas ruang di belakang rumah. Ada sedikit tanah kosong saya gunakan untuk bercucuk tanam. Saya tanam beberapa pasu pokok serai dan pokok daun kari. Selama ni saya biarkan dan siram setiap petang. Itu pun jika berkesempatan.. Kiranya penjagaan pun ikut sesedap rasa tapi tak ku sangka pokok daun kari tersebut hidup sangat subur seperti dijaga rapi. Pokok serai macam biasa takde perkembangan positif, hehehe.



Jadi saya cantas pokok daun kari so daun kari yang banyak dan sihat saya packing, sedekah kepada jiran setaman dan officemate yang sudi. Alhamdulillah habis diedarkan, itulah orang kata rezeki.. Okay habis satu bab..

Lepas 'berkebun' saya terus bersiap untuk ke Bandar Klang. Misi kali ini tukar tayar kereta yang dah haus or dalam bahasa pasar 'tayar keta dah botak'.. Memandangkan saya kurang familiar dengan kedai tayar di Bandar Seremban dan bagi mengelakkan ditipu, jadi saya sibuk tanya officamate mana kedai tayar yang menawarkan servis terbaik dengan harga yang berpatutan. Officemate sorang ni memang terrorlah bab-bab bengkel so dia mensyorkan saya pergi ke sebuah kedai tayar di Klang. Walau pun jauh saya gigih juga pergi sebab keadaan mendesak, malas survey banyak tempat, leceh..

 

Maka saya dengan En. Husband pun menuju ke Bandar Klang.. Bandar yang mempunyai kenangan pahit manis sepanjang saya belajar di sebuah kolej swasta mengambil jurusan perniagaan for the past 10 years.. Masa tu tinggal di Shah Alam so berulang ke Klang setiap hari. Belum lagi citer tentang cinta monyet yang ntah apa-apa, melepak dengan kawan-kawan, berdating etc. Zaman remaja yang kononnya ingin berdikari, gunakan alasan tak mahu bergantung kepada keluarga padahal inginkan kebebasan, itulah zaman remaja saya. Parents sponsored so financial semua cukup apa lagi enjoy!

Kenangan di Bandar Klang ini juga saya mendapat kerja pertama iaitu di sebuah pejabat peguam (legal firm) di Jalan Goh Hock Huat.  Pengalaman cari duit sendiri yang memberi kesan hidup hingga kini. Kesan makian dan dibaling fail oleh bekas majikan saya untuk kesalahan kecil sesuatu perkara biasa. Maka dari situ saya berazam menjadi peguam suatu hari nanti.. Saya kena sabar demi pengalaman dan ilmu. Ingat lagi masa kena lempar dengan fail, sambil mengutip kertas yang berselerak di lantai, hati memaki : "Apa ko ingat kau sorang saja boleh jadi lawyer? Ko tengoklah satu hari nanti aku pun boleh jugak jadi macam kau!" memang serious sampai mati pun tak akan saya lupakan wajah manusia itu dan situasi ketika itu seperti baru semalam berlaku.

Lepas habis pengajian di kolej swasta tersebut, saya terus sambung Law di sebuah Kolej University di Kuala Lumpur. Alhamdulillah bertitik-tolak dari situ saya berjaya menjadi apa yang saya ada sekarang dan pencapaian diri sendiri yang boleh dibanggakan..

 

Kompleks Shaw Centerpoint (gambar atas)  tempat paling gah untuk dating dan tengok movie pada masa itu.. Dulu masih cantik shopping mall ni tapi sekarang dah lusuh, mungkin sama nasib dengan  Kompleks Kotaraya di Kuala Lumpur...

Maka tibalah kami di Jalan Kapar, tempat yang dituju..

 

Keadaannya masih sama seperti dulu..

 

Inilah yang dicari-cari.. Perjalanan jauh dari Seremban ke Klang semata-mata mencari tayar..Maklumlah zaman ekonomi tak stabil, kita mesti bijak berbelanja.. Hasilnya, memang benar harga yang ditawarkan di bandar Seremban dengan harga di Klang sangat berbeza. Saya dapat jimat hampir RM150.00.. sangat berbaloi-baloi..

 

Selesai urusan, kami pulang ke Seremban..

 

Ketika perjalanan pulang, saya lalu di taman perumahan yang pernah disewa masa zaman bujang iaitu di Berkeley Garden dan di Taman Rashna. Memory yang tak boleh dilupakan.. Ketika melalui kedua-dua tempat tu terasa sayu dan bergenang juga airmata.. Macam-macam kenangan bermain di fikiran.. susah diungkapkan.

Itu sahaja cerita kali ini..
Kepada pembaca atau rakan blogger yang ingin berkongsi pengalaman sewaktu membina kerjaya bolehlah komen di bawah.. By the way, terima kasih sudi singgah di blog ini..
Semoga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan selamanya, in shaa Allah.


Friday, August 05, 2016

Cerita pagi ini..

Assalamualaikum dan Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog saya. Terima kasih atas kunjungan kalian. Semoga dipemudahkan segala urusan, amin.


Pagi ni sejurus tiba di pejabat, perut mula berkeroncong.. Selalu saya bawa breakfast dari rumah tapi hari ni sumber makanan dalam peti ais habis. Jadi berlengang kangkung saja ke pejabat. Bila lapar mengelupur cari makanan.

So I decided to go to 7 Eleven yang terletak di seberang jalan. Nad pula menawarkan diri untuk teman saya menapak. Masuk 7E kami terus meninjau dari satu rak ke satu rak lain. Saya ambil roti bun 2 paket dan sebungkus prun kering namun tak pasti apa Nad beli.



Bila bayar di kaunter kami ditegur mamat  cashier yang saya agak Bangla berdasarkan gaya percakapannya.

"Banyak kurus" katanya. 
"Huh?! Ooo ni kurus terlebih makan, janji sihat so no worries." I said.

Selesai bayar kami melangkah keluar. Sempat kami 'berbincang' sambil melangkah menuju ke bangunan pejabat. Nad kata: "Kita ditegur kurus tak sentap sangat, tapi bila orang gemuk (sorry to say) ditegur gemuk tentu sakit hati." Hurrrmmm yer lahh, terdetik dalam hati. "Orang ni pun satu, tak tahu ke soal figure memang topic sensitive." Jawabku.. 

Inilah kami, Nad & I..

Tapi itulah hakikatnya.. Jangan mudah menegur perkara-perkara di luar bidangkuasa kita. Kita tak boleh mengubah kejadian Allah. It's beyond our control. Siapa nak kurus kering, siapa pula nak gemuk gedempol kann?.. Kalau boleh semua nak ciri-ciri idaman. Tapi siapa kita?

Begitulah cerita dia.. Intro pagi sebelum mula kerja, ntahapa-apa.. 

Wednesday, August 03, 2016

Mengapa perlu berubah sikap?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya.. Semoga kalian diperoleh kesejahteraan dan dipemudahkan segala urusan..

Lately saya terasa ada perubahan dengan kawan baik saya so called my best friend forever (bff) dan sepupu sendiri apabila mereka mula menceburkan diri dalam satu perniagaan ni.


Saya bukan prejudice kepada mereka. Tak kisahlah perniagaan apa mereka ceburi, saya tumpang gembira. Apa yang menjadi masalah for example, kes kawan baik saya yang membuatkan saya terkilan ialah tentang perubahan sikap mereka. 

Untuk pengetahuan, saya dan bff tu lama tak jumpa lebih kurang 8 tahun namun kami kerap berhubung. Satu hari dia beriya-iya nak jumpa. Jadi saya pun meluangkan masa bersama. Dalam fikiran saya tentu banyak cerita kami akan kongsi bersama, maklumlah 8 tahun tak jumpa kannn.. 

Bila jumpa, rupanya dia sibuk bercerita tentang perniagaan MLM yang baru diceburinya. Dia sibuk memperkenal dan promote barang-barang jualannya tanpa bertanyakan khabar berita atau bertukar-tukar cerita.

Apa yang sedih bila dia men'condemn' kerjaya saya.  Katanya, "ko tahu, doktor dan lawyer pun ada resign dan buat business ni. Sekarang kaya diaorang. Tak perlu susah-susah makan gaji." Dalam hati saya, sabar jer laa mengenangkan persahabatan kami yang sudah lama terjalin. Dalam hati, sedih!



Itu kes my bff.. Lain pula kes cousin saya. Dia pun saya jumpa setahun sekali bila ziarah Hari Raya Aidilfitri. Raya tahun ni kami jumpa. Seperti kebiasaan, bila berjumpa kami akan bergelak ketawa apabila bercerita zaman kanak-kanak dan apa saja topic perbualan pasti ada gurau senda. Pendek kata, meriah bila berjumpa.

Tapi lain pula tahun ini. Bila berjumpa dia terus memperkenal dan promote barang-barang jualannya. Bila ditanya tentang khabar berita, jawapan dia tetap akan menjurus kepada product yang dijual. 

Contoh : Apa khabar sekarang? (memandangkan dia baru kehilangan ibu pada bulan Mei lalu.) Jawapanya : Alhamdulillah sejak aku makan / guna produk ni aku semakin ceria dan lebih confident. Memang bagus kalau kita amalkan.

I was like huh? Apa yang berlaku? Kenapa jawapan camtu? Kemudian takde cerita lain melainkan promote products tanpa henti.. Apa ni? Terus saya terasa asing.. Ini bukan sepupu aku, detik hati saya.

Jadi dikesempatan ini saya nak tanya, ada tak sesiapa dari kalangan pembaca pernah join Multi Level Marketing (MLM)? Saya nak tahu apa yang diajar dalam program ini sehingga mereka berdua ni terus berubah sikap. Maaflah, post kali ini bukan menghentam MLM tapi musykil tetang perubahan sikap orang yang menyertai perniagaan ini.

Mengapa perlu berubah sikap? 
So sad terasa seperti kehilangan orang tersayang... 
Sekian luahan hati saya, terima kasih.
Wasalam.

Tuesday, July 19, 2016

Tajuk novel pelik atau unik?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya.. Didoakan semoga rakan-rakan beroleh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Kelmarin, selepas keja saya merayau di Popular Bookstore.. Memang itulah salah satu hobi saya untuk melepaskan penat lelah selepas seharian duduk di pejabat.. Apa yang saya suka apabila saja melangkah masuk ke bookstore, saya dapat hidu bau buku-buku baharu, masa tu terasa lapang fikiran.. Hilang semua serabut dalam otak.. Sampai begitu sekali penangannya, hehehe

Saya suka baca buku-buku motivasi dan financial. Jika novel, saya paling suka hasil nukilan Sophie Kinsella dan recently mengumpul novel-novel tulisan John Grisham. Sambil baca dapat jugak baiki vocabulary saya..

Bila masuk kedai buku, for sure berjam-jam masa dihabiskan. Padahal beli cuma senaskah dua, kadang-kadang tak beli langsung tapi oleh kerana suka membelek buku sambil baca sinopsis sampai tak sedar diri.

Dari satu rak ke satu rak saya jelajah.. Tibalah rak novel-novel Melayu..
Cuba perhatikan dan baca setiap judul novel di bawah :


Bermacam-macam novel ada.. Apa yang menarik perhatian saya judul setiap satu novel. Biasanya tajuk novel ringkas, tapi sekarang dah macam satu ayat dan penggunaan bahasa lebih kepada bahasa campur aduk zaman sekarang. Contoh:

Mr. Fussy Or Mr. Cool
Curi Hati Awak, Boleh?
Dia... Bangladesh mari?
Dah jodoh dengan you
Oh, My Prince!
Mamat Muka Selenga


Mungkin ianya salah satu marketing strategy supaya mudah diingati atau penulis ingin mencipta satu keunikan dari hasil karya mereka.



... atau mungkin saya yang tak faham tentang seni dan sastera.. Apa pun peminat novel Melayu lebih pandai menilai dan tahu kelebihannya berbanding saya..




Saya nak tujukan soalan kepada para peminat novel Melayu. Apa yang menarik tentang sesuatu novel itu? Apa yang anda cari apabila memilih novel untuk dibaca?

Perkongsian pendapat anda amat saya alu-alukan.. Thank you in advance.
Sekian, thanks for reading..
Sehingga berjumpa lagi di post akan datang.. Wasalam.



Loading...