AsSalam.. Apa khabar you all.. Semoga semuanya sihat-sihat belaka di samping melakukan aktiviti harian..
Kali ni takde entry menarik untuk dikongsi bersama just decided to talk about ucapan 'Terima Kasih" atau maksudnya ungkapan atas rasa terhutang budi or an expression of gratitude.. dua perkataan yang simple tetapi boleh membawa impact besar kepada saya or mungkin kepada kawan-kawan juga..
Dari kecil lagi saya percaya inilah di antara ucapan yang diajar oleh ibu bapa kita.. Tetapi persoalannya, susah sangatkah untuk mengucapkan 'terima kasih'?
Bagi saya ucapan terima kasih ni simple tetapi kesannya melambangkan keperibadian kita. Saya memang biasa mengamalkannya tak kiralah kepada aunty pencuci pejabat, tukang sapu, makcik cleaner atau sesiapa saja walau pun dengan hanya 1 pertolongan yang kecil. Bagi saya tak rugi ucap terima kasih malah orang akan rasa selesa berurusan dengan kita.
Mungkin disebabkan saya selalu mengucapkan terima kasih so bila orang tak ucapkan terima kasih kepada saya, saya jadi pelik.. Maka timbullah persoalan "susah sangatkah ucapkan 'terima kasih'? Apa yang mereka rugi bila ucap terima kasih? Seriously hairan..
Jawapannya ada pada diri kita sendiri sama ada kita biasa guna atau tidak, itu sahaja.
Okay that's all, thanks for reading & have a good day ^_^
0 comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..