Sunday, March 23, 2014

My Humble Garden

Hari ni hari Ahad, takde plan ke mana-mana.. Bangun pagi, masuk kain baju ke dalam mesin press start then keluar meninjau pokok bunga dan tanaman yang langsung tak terusik sejak seminggu yang lalu.. Semalam petang dalam perjalanan balik dari klinik gigi, sempat ke nursery di Jalan Rasah. 

Dapat juga beli beberapa lagi jenis tanaman untuk memeriahkan taman. Antara pokok yang berjaya dirembat ialah pokok rosemary, pelargonium radula iaitu dikenali juga sebagai pokok penghalau nyamuk or jeremin dan pokok hiasan.

Lihatlah kehijauannya kawan-kawan..


 Pokok rosemary

Pokok penghalau nyamuk (pelargonium radula) or jeremin

Info mengenai kegunaan pokok ini yang dipetik dari blog Dedaun Alam by Adry Daud : 

"Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk."

Pokok hiasan


Koleksi pokok-pokok baharu :-)

Aktiviti pagi tadi, sambil siram pokok, susun balik kedudukan tanaman mengikut ketinggian..

 Bosan dengan cara susunan lama


Perbezaan semasa mula-mula disemai :


Pokok pegaga



Pokok limau purut sakit, bila daun tumbuh sikit sudah diserang ulat...

Pokok cili telah berbuah, terasa bangga walaupun hanya sebiji, hihihihi

Pokok-pokok lain :

 Pokok bunga mawar dan bunga kekwa

Pokok anggerik dan pokok tomato cherry

Pokok bawang ditanam di sebelah tingkap dapur (boleh ambil daunnya) dan pokok limau kasturi

 Pokok cili dan pokok pandan

Pokok hiasan dalam rumah dan gabungan koleksi yang lain

Pokok hiasan comel ini diletakkan di meja office sebagai sumber oksigen tambahan :-)
Memandangkan semangat gardening meluap-luap so bila belek-belek pokok terasa tenang dan hampir terlupa esok hari kerja ;-) 

Okay itu sahaja, thank you for reading..
Esok hari Isnin, selamat bekerja kepada kawan-kawan yang bekerja dan selamat bercuti (maklumlah cuti sekolah) kepada kawan-kawan yang bercuti. 

Have a wonderful day..
 

4 comments:

  1. Bestnyaaa tengok banyak pokok2 macam ni. Mesti rasa tenang jerkan masa urus depa2 ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana Fatihah, betul dear, best dan menjadi terapi minda akak.. ;)

      Delete
  2. apa nama jenis pokok yang Pn. tanam di office tu. cantik daunnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak pasti nama pokok itu dear..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...