Saturday, March 22, 2014

Sakit Gigi & Klinik Pergigian Shaida

Pagi ni takde plan yang menarik.. Terasa nak duduk rumah dan buat kerja rumah.. Pagi breakfast roti canai sardin dan mee goreng import dari restoren.. hihihihi

Sedang makan tetiba si Arief mengadu sakit gigi.. Keadaannya seperti sakit yang amat.. Al-maklumlah kita pun ada pengalaman sakit gigi, memang tak boleh tahan kannn...

Bila tengok keadaan dia agak kritikal, so saya pun cuak jugak. Ni pertama kali Arief mengadu sakit gigi. Bila saya check, ada lubang di gigi geraham atas dan bawah bahagian kanan rahang. Patutlah sakit semacam.. Dalam fikiran, ada ke tidak klinik gigi buka hari Sabtu?

 Apalagi, terus Google cari klinik gigi.. Hah, alhamdulillah dipermudahkan.. Ada satu klinik gigi di Senawang yang agak mesra kanak-kanak. Nasib baik doctor gigi ni ada blog, so bolehlah browse dan baca info yang ada mengenai klinik gigi tersebut..

Lepas baca info di blog Klinik Pergigian Shaida, terus bersiap.. Maka sampailah di Klinik Pergigian Shaida..

Klinik ini terletak di Pusat Komersial Cempaka, Senawang

Pada mulanya hati saya berdebar-debar kerana risau response Arief semasa dirawat nanti. Tapi alhamdulillah, dia okay dan langsung tak nangis meraung. Doktor yang merawat Arief pandai mengambil hati kanak-kanak, so budak takde rasa cemas atau meronta-ronta. 

  
Pesakit kanak-kanak tak senang duduk sedang menunggu giliran
 
Akhirnya, gigi Arief perlu ditampal dan kos rawatan hanya RM50.00 untuk 2 batang gigi yang dirawat, amat berbaloi. Saya recommend kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan rawatan pergigian untuk kanak-kanak pergi ke klinik ini. Kos rawatan semua tertera di blog Klinik Pergigian Shaida..

Okay, that's all for now & have a nice weekend peeps!!


1 comment:

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...