Tuesday, September 30, 2014

Bukan sebarang cucur ikan bilis ^_~



Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers..
Alhamdulillah pagi ni hujan.. 
Semoga hujan pagi ini membawa rahmat ketika para pelajar yang menduduki semula peperiksaan UPSR.. Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan didoakan semoga mereka berjaya.. 
Kepada ibubapa pelajar, banyakkan berdoa dan tawakal kerana saya pasti anak-anak telah berusaha bersungguh-sungguh dan akan melakukan yang terbaik..  

Rentetan dari kes kebocoran kertas peperiksaan sebelum ini, kesian mereka menjadi mangsa sifat manusia yang tidak amanah. Keadaan ini sudah pasti membuatkan para pelajar tertekan. Buktinya, ini merupakan salah satu gambar viral yang saya terima:


Okaylah gambar sekadar hiburan bagi meredakan perasaan ibubapa yang bimbang, risau dan nervous. Tiada unsur-unsur memperlekehkan apa yang berlaku sebelum ini, okay. 
Apa pun, banyakkan berdoa dan berselawat, semoga anak-anak dipermudahkan menjawab soalan. 

Okay, pagi ni seperti biasa bangun sebelum subuh, browse internet, check akaun affiliate dan berblogwalking.. Ketika itu otak berfikir untuk mencari jawapan kepada soalan : Apa sarapan pagi ni? 

Lately my son request for bekal untuk dia bawa ke tadika. Ntah kenapa tiba-tiba, mungkin terikut-ikut kawan. So bila anak request tak sampai hati kata tidak (but subject to apa benda yang dia request, if reasonable boleh dipertimbangkan.. jika sebaliknya have to say sorry...).. dalam fridge takde apa, al-maklum belum sempat shopping grocery.. 

Dalam ralit berblogwalking, singgah blog cute + best = Me for the first time.. Tajuk entry "cucur-ikan-bilis-simple-n-sedap-gilos".. Baca tajuk entry pun terasa sedap, apalagi bila tuan blog post gambar cucur yang gebu.. huhuhu terus rasa nak cuba.. Selalu saya buat cucur ikan bilis ikut resepi dan cara sendiri.. Ni ada resepi baru boleh cuba.. nampak menarik!

Maka lepas shut down laptop terus merealisasikan misi di dapur. Capai tepung, potong bawang, rendam dan cuci ikan bilis, tumbuk bawang dan ikan bilis, bla.. bla.. bla.. siap adunan.. tadaaaaa!


Apalagi terus goreng...

Inilah hasilnya.. Ranggup di luar lembut di dalam, sedap....terasa ikan bilisnya.. Cicah sos chili.. hurmmm


Sempat bawa sedikit ke pejabat...
Kebetulan pagi ni hujan, cuaca sejuk makan cucur dengan kopi panas.. mables! Bos diri sebelah pun tak perasan.. opss! hahahaha

By the way, thank you so much to hamiDahRecKs for this recipe. Credit to blog cute = best = Me

Resepi Cucur Ikan Bilis Sedap
(diubahsuai sikit dari resepi asal..)

Bahan-bahan
Tepung
Ikan Bilis - tumbuk
Bawang merah - tumbuk
Sedikit kiub ikan bilis
Satu sudu besar cili kisar
Sebiji telur - optional
Daun bawang / daun sup - optional
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Masukkan tepung, kiub ikan bilis, telur, cili kisar, daun bawang / daun sup dan bahan yang telah ditumbuk ke dalam air suam yang dicampur sedikit garam. Gaul bahan tadi hingga sebati. Then goreng dalam minyak panas hingga keperang-perangan. Angkat dan toskan.. semudah a, b, c..

Selamat mencuba..

Okay, that's all for now..
Thank you & have a good day!

4 comments:

  1. Nak rasa jugak.... nyum2... lapor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habislah Yus, sedapkan so habis cepat.. ahaks!
      Next time buat lagi bagi Yus rasa okay...

      Delete
  2. my favourite....baru semalam pekena cucur pisang...petang2 kalau hujan, buat ni, makan panas2 dengan air teh suam...bestnyerrrrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbaek kan mama amir, cucur ni boleh dipelbagaikan..
      Best makan time hujan, simple dan cepat kenyang..

      Anyway, thank you for singgah here..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...