Monday, November 03, 2014

Rambang Mata & Resepi Siakap Stim Simple


Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all readers..
Hari ini Isnin, kembali kepada rutin harian :
Bak kata dialog cerita P. Ramlee :  "Selagi belum tutup mata.. kerja.. kerja.. kerja.. "
Hari ini hari pertama peperiksaan SPM bagi tahun 2014, semoga calon SPM semua dapat menjawab kertas soalan dengan lancar dan berjaya dengan cemerlang. Harap-harap tiada soalan bocor.. Begitu juga dengan calon peperiksaan Tadika Mutiara Iltizam, kepada Arief Redza, semoga berjaya menjawab soalan dan lulus peperiksaan. Pencil colors yang hilang jangan lupa cari..

Al-kisah petang Jumaat lepas, balik kerja hujan lebat yang amat sangat.. Perut pun mula berkeroncong irama lagu asli. So terpanggil untuk singgah di Mydin Mall Seremban 2.. Matlamat utama nak tapau makanan untuk dinner.. Maka singgahlah saya di Kedai Makan Upin Ipin atas permintaan si Arief Redza..


Sementara tunggu tapau disediakan, saya pun berlari sekejap untuk membeli groceries dan mencari barang basah untuk dimasak hujung minggu nanti. Inilah pertama kali saya membeli barang basah sendiri di Mydin, selalu my husband akan beli sendiri di sini, saya prefer cari barang basah di AEON Seremban 2.. 

Bila tengok bahagian lauk-pauk, baru saya tahu kenapa my husband suka pergi sini.. Wow! banyak betul pilihan... Excited makkkk nakk! Rambang mata, rasa nak borong semua. Ikan semua fresh belaka, ikan hidup pun ada.. Pilih saja mana yang berkenan di hati.. dead or alive.. :-)
Terasa jakun sekejap!

Ikan keli dan talapia hidup berenang-rendang di dalam air,
Haruslah posing bergambar kenangan dengan si ikan
Mari..mari..mari bawal emas, bawal perak.. bawal gangsa.. ehh ada ker?
Punggung orang pun dia snap, ni kerja si Arief Redza. Masa ni saya tunggu brader Mydin bersihkan ikan siakap saya & minta dia potong butterfly sekali
Ikan yang telah dihiris
Kita pergi pula ke vegetables section  :

Bermacam-macam jenis sayur antaranya sawi, salad etc.
Lihatlah muka puas hati dapat pilih sayur-sayur segar. Hajat di hati nak beli sikit, tetapi akhirnya sampai tak cukup tangan..
Sayur-sayuran kampung juga bermacam-macam.. Mangga muda pun ado..
Akhirnya, saya beli ikan siakap untuk masak stim dan sedikit sayur for weekend.
Ikan siakap stim kali ini saya masak ringkas. Hasilnya :


Resepi ikan siakap stim cara ni sungguh mudah. Cuma accessories ikan saya ni kurang, nampak bogel seperti lauk orang berpantang. Saya tak suka letak daun ketumbar atau tomato dalam resepi. Saya ada goreng sayur brokoli untuk dimakan bersama menu ini.

Ni resepi mudah, sapa terror, boleh masak sambil tutup mata gituuuu :

RESEPI SIAKAP STIM SIMPLE

Bahan-bahan

Seekor ikan siakap - potong butterfly
1 sudu besar sos tiram
2 biji bawang putih - hiris memanjang
2 inci halia - hiris memanjang
5 biji cili padi - belah memanjang
1/2 kiub ikan bilis
2 sudu besar minyak masak
Sesudu kecil asam jawa
Sedikit garam
Secawan air

Daun ketumbar, daun limau purut, serai, tomato dan limau - optional

Cara-cara
Lumurkan ikan siakap dengan garam dan sumbat sedikit halia hiris ke dalam perut ikan. Ketepikan. 
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan air, sos tiram, asam jawa dan kiub ikan bilis. Apabila air mendidih masukkan ikan siakap dan cili padi. Tutup selama 5 minit. Selepas 5 minit terbalikkan ikan dan tutup sebentar hingga ikan masak. Setelah masak padamkan api. Siap!

Habis licin makan dengan nasi panas.. mables!

Malam tengok perlawanan bola antara Pahang vs JDT sambil makan keropok yang diimport dari Kelantan pemberian Kak Julia Zakaria. Terima kasih yam leave kak, gi Kelantan jangan lupa bawa ole-ole lagi.. ^_^


Okay, thats all for now..
Thank you for reading..
Have a good day peeps!

10 comments:

  1. sy jarang2 gi AEON Seremban 2 tuh..pdhal dekat je ngn sepang..huhuh

    Salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali pergi AEON Seremban 2 mmg seronok lovelywa, tapi kalau setiap hari mcm saya, terasa jemu..

      Anyway, Salam kenal lovelywa ^_^

      Delete
  2. Nampak segar2 ikan kat sana.
    Banyak pulak tu.
    Siap potong..saya suuukaaa..
    Senang kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NAZECK, saya suka beli ikan dah siap potong, senang kerja tak yah bersihkan beriya sangat.. hehehehe

      Delete
  3. Baik2... Nanti makcik tu saman pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. X nampak muka so susah sikit dia nak Saman melainkan makcik tu dapat buktikan punggung tu milik dia.. huhuhu

      Delete
  4. cantik la ikan salmon, nampak fresh gituh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuCikLily Putih, ikan kat sana fresh belaka..
      Harga pun berpatutan.. hehehe

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...