Tuesday, November 18, 2014

Simple breakfast for today : Roti tampal


Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers..

Pagi ni kena pergi kerja lebih awal dari biasa. Hari ni ada kursus ISMS. Sebelum bertolak ke tempat kerja, sempat meninjau rose pink yang berkembang minggu ini menggantikan rose merah hati minggu lepas.. Sungguh menenangkan jiwa..


Pagi ni kena pergi kerja awal, so breakfast pun mestilah sesuatu yang cepat dimasak enak dimakan.. Lagi pun stock roti minggu ni masih berbaki, telur pun masih penuh satu tray.. Apa lagi roti tampallah menu pagi ini.. Roti tampal ni selalu saya buat ketika ketandusan idea untuk breakfast di pagi hari.. 

Nak tahu apa istilah roti tampal yang dimaksudkan? Bukan roti tampal macam roti canai kat kedai mamak tu tau, tapi roti putih yang ditampal dengan telur.. Senang jer, tengok gambar kat bawah ni bagaimana cara penyediaannya.. pastu boleh cuba..

Sorry gambar dan hasil penyediaan bukan taraf professional, sekadar untuk makan sendiri so tak kuasa nak potong bahagian hitam tepi tu..

Lepas pekena roti tampal, nak tunjuk postcard yang diterima semalam daripada Lisa from Maryland, USA..

 
Okay setakat ini sahaja entry kali ini..
Sekarang ni lunch break, lepas lunch nanti sambung kursus..
So masa sangat terhad untuk bercerita panjang lebar..

Anyway, thank you for reading..
Bye.. 

4 comments:

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...