Tuesday, October 13, 2015

Musim Peperiksaan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers, bloggers sekalian.. Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berblogging dan berblogwalking..

Minggu ni adalah minggu peperiksaan. Semalam pelajar Tingkatan 3 mula menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Saya percaya persediaan sudah pun dilakukan sekian lama, namun debaran tetap dialami oleh calon peperiksaan. Kita juga pernah mengalaminya kannn.. Bukan sahaja calon peperiksaan, ibubapa juga risau dan gundah-gulana semasa anak-anak menghadapi peperiksaan. 

Untuk pengetahuan, anak saya juga menghadapi peperiksaan minggu ni iaitu peperiksaan KAFA. Semalam subject Tilawah Al-Quran dan Sirah manakala hari ini Aqidah, Ibadah dan Adab. Nasib baik ada break sehari iaitu cuti Maal Hijrah so bolehlah rehatkan fikiran sebentar sebelum berjuang semula..

 Minggu depan pula bermula peperiksaan akhir tahun. Walaupun baru Tahun 1, namun sebagai ibu perasaan risau dan bimbang tetap ada. Buat kerja pun serba-serbi tak kena. Asyik menjeling jam, dalam kepala sentiasa timbul persoalan : "apa anak aku buat sekarang ni, boleh ntah tidak dia jawab soalan periksa.." hurrrmmm

Bukan apa, risau kalau-kalau anak tak dapat menjawab soalan langsung. Apa pun terpaksa tenangkan hati setelah segala usaha dilakukan di samping doa dan tawakal kepadaNya.

Okay, entry kali ini saya kongsikan di sini doa untuk anak menghadapi peperiksaan:


Doa ini wajar diamalkan. Semoga anak-anak dapat menjawab soalan dengan mudah seterusnya berjaya dengan cemerlang..

20 comments:

  1. Betul sana-sini kalau tak periksa sekarang pun dalam seminggu-dua lagi kena duduk juga peperiksaan.
    Kita sebagai ibu-bapa selain membantu masa mereka belajar adalah mendoakan moga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie, masa ni terasa stress sangat as if kita pun calon peperiksaan.. :'(

      Delete
  2. moga musim exam yg dilalui anak2 yg jadi calonnya dihadapi dgn tenang.

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang ini bila anak-anak amik periksa parents akan bercuti ;-)

    ReplyDelete
  4. Bila anak peksa, mak turut sama kecut perut kan~
    anak saya yg peksa akhir tahun pon kemain kecut perut maknye.
    kalo anak amik PT3 tak tau lah gayanye camner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup exactly Nafira Usof, anak periksa hujung tahun pun kecut perut apatah lagi periksa penting nanti kann.. hehehe ;-)

      Delete
  5. Orang lain yang exam orang lain yang berdebor... hehehe supaya Allah mempermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah nyer Kak notie tapi tu lah hakikatnya..
      Mungkin mak-mak ni high expectation sangat kat anak, jadi lagu tue.. hehehehe

      By the way, thanks singgah sini kak..

      Delete
  6. hehe kalau Lissa sebelum exam baca doa penerang hati dan al-fatihah jaa.. kadang-kadang tak sempat baca yang lain sebab terlampau nervess. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least ada jugak baca Melissa, sis tak pasti baca apa masa tu, cuma doa minta lulus dengan cemerlang jer kot.. Nervess punya pasal.. hehehe

      Delete
  7. aminn, semoga berjaya dan lulus cemerlang.,

    salam maal hijrah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn, terima kasih Wak..
      Salam Maal Hijrah juga diucapkan.. :-)

      Delete
  8. Amin...moga anak akak mudah menjawab soalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih adik PC, InshaaAllah.. Aminnn..

      Delete
  9. insyallah..smoga dilapangkan dada utk mjwb semua soalan

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...