Saturday, October 17, 2015

Penang Hill & Jeruk Madu Pak Ali

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..
 Alhamdulillah, malam tadi selamat sampai di Seremban dari Penang pukul 12.45 malam..Perjalanan pun tiada masalah..

So entry kali ini saya cerita tentang aktiviti semasa perjalanan balik dari Penang..

Semalam hari Jumaat yang mulia bersamaan 16.10.2015 adalah hari ke-3 kami di Penang.. Masa untuk mengucapkan bye-bye setelah 'berkampung selama 3 hari 2 malam - cerita sebelum ni -> Trip ke Penang dan PBA & Pasembur @ Jalan Padang Kota Lama Penang.. Semalam no official plan,  just for leisure, people say "free and easy" setelah misi utama selesai..

Lepas breakfast pukul 9.30 pagi terus check out from hotel. Plan hari ini ke Penang Hill. Sebelum ni plan ke Restaurant Nasi Kandar dan jalan-jalan di Chowrasta Road. Motif jalan-jalan cari makan dan membeli barang untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Unfortunately disebabkan susah mencari parking for bus, plan ke Chowrasta Road untuk menikmati nasi kandar dibatalkan. Kami terus ke Bukit Bendera..



Tiket masuk berharga RM10.00 disertakan myCard, kami perlu beratur untuk menaiki tren menuju puncak Bukit Bendera.



Tren standby menunggu penumpang.. Apabila muatan penuh, tren mula mendaki.. 


Perjalanan ke atas mengambil masa lebih kurang 5 hingga 10 minit.
Finally sampai ke puncak bukit..  Pemandangan berjerebu sedikit tetapi masih terasa sejuk, nyaman..


Ramai orang menuju ke menara tinjau ini.. Saya pula jenis gayat so walaupun sekejap berada di menara tinjau tapi kepala lutut terasa menggeletar dan lenguh segala sendi, ngeri..



Selepas itu, kami berjalan kaki ke atas melintasi beberapa tiang teropong or binoculars yang terletak di tepi bukit. Kalau kita teringin menggunakan teropong tinjau ini bukan free yer tuan-tuan dan puan-puan, perlu bayar RM1.00 untuk 2 minit tau.. 


Perjalanan diteruskan melintasi pokok-pokok bunga yang berwarna-warni ala-ala musim bunga..




Aiskrim stall ini menjual aiskrim kelapa yang sedang trend di pasaran sekarang..


Bawah ini rumah salji mini.. Tiket masuk tak pasti berapa kerana saya hanya lihat dari jauh.



Tempat berikut pula dinamakan Love Lock Bukit Bendera khas untuk pasangan yang sedang bahagia khusyuk mahsyuk bercinta, cewahhh.. Sesiapa yang ingin 'mangga' ikatan cinta mereka selamanya secara simbolik bolehlah direalisasikan di sini..

"Love is in the air. 
Love Lock Bukit Bendera. 
Lock your love forever. Cinta di Bukit Bendera."

Mangga disediakan dengan harga 'istimewa' bergantung kepada saiz..



Terdapat juga Muzium Burung Hantu di sini.


Jalan depan sikit, kita akan jumpa signboard ini sebelum mendaki lebih tinggi lagi untuk menikmati pemandangan indah.


Di tepi signboard ni ada disediakan perkhidmatan menaiki buggy dengan bayaran RM30.00.. Teruja sangat sampai lupa nak ambil gambar buggy. Pemandu buggy akan bawa kita mengelilingi Bukit Bendera. Wah, ada kemudahan apa lagi jangan lepaskan peluang.. Lagi pun kami terlalu malas untuk menapak memandangkan jauh perjalanan 5 km, fuhhh semput.

Okay, jom naik buggy.. Gambar berikut diambil semasa menaiki buggy..
First destination, kami berhenti di sebuah peti surat bersejarah iaitu peti surat zaman penjajah.


Menurut kata si pemandu buggy, atas ni rumah persinggahan tokey Magnum.. Bukan tokey aiskrim Magnum tau tapi syarikat nombor ramalan Magnum gitu.. Selain itu terdapat juga rumah persinggahan Tan Sri Anandan Krishnan di kawasan ini.

Di bawah ini gambar rumah banglo yang digunakan semasa penggambaran filem Ombak Rindu..


Bawah ni pula gambar pokok berwajah manusia.. Ntah tang mana rupa manusia.. 



Centipede gergasi..


Puas berlegar-legar di atas Bukit Bendera,  tekak pun terasa haus.. Maka kami menuju ke food court dan 'misi' mencari buah tangan di sini.


 
 
Mission accomplished, so masa untuk bertolak ke destinasi seterusnya selepas Bukit Bendera.
Bye-bye Penang Hill..


 
 

Menuju ke mainland or tanah besar Pulau Pinang. Pemandangan ketika melintasi jambatan Pulau Pinang.
 

Next stop, Taman Wakaf Seetee Aisah for lunch dan singgah di kedai Jeruk Madu Pak Ali. Lunch, I'm not sure whether restaurant nasi kandar or just ordinary mamak restaurant, so no special review sebab saya hanya makan nasi putih dan kari sotong iaitu menu biasa. Saya tak makan makanan mamak unless kes 'darurat' seperti ini, kes no choice.

 


 

 
 
 

Kami selesai membeli-belah di Taman Wakaf Seetee Aisha dalam pukul 5.30 petang.. Perjalanan diteruskan dan berhenti makan di Restoran Mak Jah Mee Udang, Kampung Menteri Kuala Sepetang Perak.
Cerita makan mee udang di entry akan datang okay ^_*

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama..
Thanks for reading.. Have a great weekend everyone..
W'salam..

16 comments:

  1. Wahhhh...jeruk pak ali...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe PC tak lengkap balik Penang kalau x bawa jeruk Madu Pak Ali.. :-)

      Delete
  2. Dah macam-macam ada kat bukit bendera tu rupannya....Memang glamer jeruk madu Pak Ali..tiapkali kawan Wa balik penang mesti kirim jeruk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin cantik Bukit Bendera sekarang wa.. Naik ke puncak pun tak seriau cam dulu.. Oh wa pun suka jeruk Madu Pak Ali..hihihi :-)

      Delete
  3. Salam singgah sini.... cantiknya tempat ni.... bila lah dapat menjejaki bukit bendera ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Mardiah Diana, InshaaAllah ada rezeki nanti bolehlah plan pergi Bukit Bendera.. ;-)

      Delete
  4. dah lama tak jalan2 kat penang... bukit bendera tak sampai lagi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak sampai Bukit Bendera maksudnya kena pergi Zizie Zack.. Selain itu banyak tempat-tempat menarik boleh kita ronda kat Penang ni.. hehehe

      Delete
  5. Teringin nak pergi Bukit Bendera tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal boleh plan ke Bukit Bendera satu hari nanti.. Best, InshaaAllah tak mengecewakan.. :-)

      Delete
  6. wahh jalan sakanns., mak x beli poskad bukit bendera keew., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak, puas saya mencari postcard tapi nan hado, kecewa! Baju t-shirt banyaklah.. :-(

      Delete
  7. saya pergi seminggu awl dr akak...huuhuuuhuu......masa saya pergi hrtuh pon jerebu..nak sightseeing pon pedih mata...........yg paling wajib amik gambar kat padslock laaaaaa......wajib okay sebab view dia macam kat namsan tower,korea..hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sungguh kurang menarik pergi masa jerebu aiman.. Janji ada gambar kat padslock kann, unik jambatan tu..hehehe

      Delete
  8. wah cantiknya bunga... tempat sejuk kan bunga mesti berkembang. Taman mini salji tu macam kecik je. Ala.... padlock love tu rasanya macam jadi trend pulak kunun-kunun nak lock cinta.... ikut stail korea. Walau pun merata orang buat gaya padlock love tu ahkak tetap suka yang asli nun kat Namsan Tower tu. hehehehehe lagi ori katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga memang colorful, cantik berkembang.. Rumah salji kecik memang tak berbaloi Kak.. Hurrrmm mmg x boleh challenge kat Korea laa Kak.. Ala-ala pun boleh laa feeling2 Korea punya pasal.. hihihi

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...