Assalamualaikum dan Happy Weekend everyone.. Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik hari ni hari Ahad.. Esok start kerja seperti biasa.. Dialog cerita P. Ramlee pun ada kata :
"Selagi belum tutup mata, kerja..kerja..kerja.."
Hurrrmm walau apa pun hidup perlu diteruskan.. Syahdu jer bunyi dia..
Okay, di penghujung entry sebelum ni saya ada cerita tentang Restoran Mee Udang Mak Jah di Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Perak Darul Ridzuan. Sebenarnya, cerita tentang mee udang Mak Jah ni memang lama saya tahu cuma tak berkesempatan pergi cari.
Tapi ahamdulillah, akhirnya ada juga rezeki makan di sini semasa saya dan rombongan singgah dalam perjalanan pulang dari Penang kelmarin.
Menu makanan lain ada dihidangkan di sini tetapi mee udang menjadi signature dish Restoran Mak Jah ni. Ada 2 kategori mee udang iaitu mee udang biasa dan mee udang special. Ciri-ciri mee udang biasa, saiz udang sederhana manakala mee udang special saiz udang dia lebih besar. Kuantiti udang semangkuk 5 ekor.
Saya order mee udang biasa seperti gambar atas. Bawah ni Kue tiaw udang.
Mangkuk-mangkuk di bawah menunjukkan mee udang biasa dan special so bezakan sendiri mana biasa dan special.
Semangkuk mee udang special RM13.90 tidak termasuk GST. Harga mee udang biasa mesti kurang dari harga special, saya tak pasti sebab orang belanja, hehehe
Overall pada pendapat saya, rasa tak begitu kena dengan citarasa mee udang sebentar. Kuah mee udang langsung takde rasa manis udang atau manis pedas. Tapi lain orang lain citarasa dia so tips di sini, sebelum pergi makan search dulu review okay.
Selepas makan, sebelum meneruskan perjalanan saya singgah di kedai sebelah untuk beli ikan masin dan ikan pekasam, my favorite. Ikan pekasam ni goreng dengan cili padi dan bawang besar, perah air limau kasturi, makan dengan nasi panas, marvellous.. marvellous..
Harga sepaket ikan masin dan ikan pekasam talapia RM5.00. Harga bergantung kepada jenis ikan.
Begitulah rupa ikan masin dan ikan pekasam yang dibeli.
Memandangkan saya pengumpul keychain maka saya beli keychain ini sebagai kenangan. Tulis tarikh 16.10.2015 di belakang keychain sebagai kenangan berada di Kuala Sepetang.
Maka berakhirlah cerita tentang Restoran Mee Udang Mak Jah di Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Perak Darul Ridzuan.
Alamat:
Restoran Mee Udang Mak Jah
Kampung Menteri, Kuala Sepetang
Taiping, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-8981409 / 012-2931101 / 017-4695026
Walaupun Kuala Sepetang ni tak berapa jauh, tapi tak pernah sampai... T_T
ReplyDeleteBiasa camtu Siti Nurzafirah, mind set kita kata bebila pun boleh pergi kann.. ;-)
DeleteWah ikan pekasam...ermmmm..terliur PC kak...
ReplyDeleteKalau PC suka ikan pekasam, maksudnya kita sama taste.. ^_~
Deletewak selalu singgah mee banjir udang mak teh kuala sepetang jeer ;p
ReplyDeleteOh kat Kuala Sepetang mak-mak semua glamer kann Wak.. Ada Mak Jah, Mak Teh.. hehehe
DeleteMee udang kat Taiping ni memang terbaik.. ena pernah try sekali dulu.. now am craving for it.. huaaaaaaaa
ReplyDeleteMee Udang famous kat Taiping kann..
DeleteCiannnn Ina Ainaa.. Kalau Ina Ainaa di area KL, restoran Mak Jah ada cawangan di Wangsa Maju..Try google.. ^_~
Wowww! Macam best jer mee udang tu. Terliur tengok. Hehe :P
ReplyDeleteBoleh layannn Ana Fatihah..
DeleteBest sebab ada udang besar.. hehehe ;-)
kUALA sEPETANG Nih macam best jer...syurga bg mereka yg gemar seafood..tgok udang pon rasa nak kunyah2 laptop nih..ahahhahahaha
ReplyDeleteRelax aiman, jangan kunyah laptop tu.. Lepas ni pakat dengan kawan plan pi makan mee udang Kuala Sepetang.. hehehe
Deletewah kue tiow udang mengamit rasa. Tapi tenguk macam tak meriah je udangnya. Sedap ke? Femes kan mee udang kuala sepetang. Sesekali makan udang ni boleh tapi tak boleh selalu nanti gout datang menyerang. hehehehe
ReplyDeleteKat sini mmg famous mee udang Kak notie.. Pada pendapat saya kurang best mee udang dia.. Jaga2 jgn sampai overdose mkn udang.. hehehe
DeleteSalam singgah sini... wahh....udang sedapnya...
ReplyDeleteW'salam Mardiah, udang besar sedap.. :-)
DeleteTerima kasih sudi singgah..
pernah gak makan kat sini..rasa?? kecewa sungguh tak mcm yang digambarkan.. betullah yg awak kata..xde rasa manin udang..tawar je.. mujur saya beli mee ketam.. berasa gak la..kesian pada family yg order mee udang.. memang tak habis diorg makan
ReplyDeleteYer kecewa sbb x sama dgn apa yg dihebohkan..
DeleteRamai makan tak abis, mee kuning tak celur, kejung macam getah.. Cuma udang besar tak tinggal, kitaorg ratah..
By the way, thanks sudi singgah sini.. ;-)
kakak singgah dan follow...
ReplyDeletesedapnya perkasam ...kakak pun suka .makan dengan nasi panas tak toleh belakang lagi...
Thanks Kak Saniah sudi follow..
DeleteMy favorite juga Kak.. Terliur kann Kak.. hehehe
Udang spesel dengan regular seperti adik-beradik kembar jer...ngeh! ngeh! ngeh!
ReplyDeleteBetul.. Setuju dgn Mrs. A..
DeleteBeza bukan udang kot tapi harga.. hihihi
terliuq tgk udang tu
ReplyDeletesegar bugar
Lynn boleh cuba pi mkn sini satu hari nnti.. ;-)
Delete