Assalamualaikum dan Salam Jumaat rakan-rakan blogger sekalian. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup.. Kehidupan merupakan nikmat yang Allah berikan kepada kita tapi tak lupa juga ujian dan dugaan hidup ini.
Semalam, my colleague sempat bercerita tentang keadaan ibunya yang sedang menderita sakit kanser tahap 4 sehingga pihak hospital mengarahkan dia membawa ibunya pulang untuk dijaga di rumah..
"Mak saya tinggal tunggu ajal jer kak.." Itulah kata-kata dia.
"Mak saya tinggal tunggu ajal jer kak.." Itulah kata-kata dia.
Namun dari raut wajahnya saya lihat dia tabah, mungkin dia tak sanggup lagi melihat ibunya menderita. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu..
Ya Allah.. Saya tak dapat bayangkan andai saya berada di tempatnya. Saya tak sekuat dia. Saya rasa tak mampu menanggung dugaan seberat itu.. Tapi apalah daya kita.. :'(
Apa pun, saya doakan semoga Allah berikan kekuatan kepadanya untuk mengharungi ujian dan dugaan hidup ini..
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
Semoga Allah beri ketabahan padanya untuk menjaga ibu di saat2 akhir ini.
ReplyDeleteAminnn... Harap2 begitulah kak Saniah.. Dia harap dapat menatap wajah ibunya hingga nafas terakhir.. :'(
DeleteKita sama sama doakan agar ibu kawan akak tu tabah dan redha dengan setiap dugaan..mampukah PC menghadapi dugaan berat..baba mama demam pun PC dah sedih..dah fikir macam macam kak..Allahu..subhanallah.
ReplyDeleteAaminnn.. Akak pun sama PC..
DeleteSesekali balik kg, jumpa mak abah tengok perubahan usia diaorg semakin dimakan usia, terasa sayu hati.. :'(
inshaallah semoga mendapat kekuatan dalam menempuhnya
ReplyDeleteAminn, harap2 begitulah Anum..
DeleteSALAM JUMAAT...UJIAN HIDUP KITA BERBEZA-BEZA MOGA KITA TABAH HADAPINYA.
ReplyDeleteSalam Jumaat kak Paridah..
DeleteSetuju dgn statement akak.. Kita perlu redha & tabah hadapinya..
tanpa ujian siapalah manusia
ReplyDeleteBetul Khai Rin : anies..
Deletesalam jumat cik kak lenny tuu., doakan terbaik jeer
ReplyDeleteSalam Jumaat Wak..
DeleteInshaAllah, aminnn..
terima kasih atas perkongsian.. ;-)
ReplyDeleteSama-sama Montana.. :-)
Delete