Monday, November 23, 2015

My Craft Corner Makeover

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya.. Didoakan anda beroleh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan, inshaAllah.

Cerita kali ini saya nak kongsi tentang makeover craft corner saya. Sebelum ni saya ada cerita mengapa dinamakan 'craft corner' bukan 'craft room'. Jawapannya kerana ruang craft tersebut menumpang di sudut ruang makan. Rumah sewa ni kecil jadi kena pandai bahagikan ruang. Tolak kanan sempit, tolak kiri sempit.. Lastly tolak hingga ke sudut. Begitulah asal nama diberi..

Ada masa minggu lepas misi makeover bermula. Hajat di hati nak makeover seperti gambar ni :


Jangan berangan sangat, sudut sekangkang kera ada hati pasang almari.. Jangan mimpi di siang hari okay, hihihi. 

Akhirnya hasil hanya begini, agak messy tapi still acceptable :


Konsep apa saja dengan syarat jangan tambah almari atau storage baharu, guna barang sedia ada sebab ruang dah sesak dengan barang..

Close up bahagian kiri :


Ni pula bahagian kanan :


Selit sikit storage for stickers dan planner accessories yang semakin bertambah..
Maklumlah stiationery addict.. hehehe


Pen holder guna mug lama hadiah ex-boss semasa berkhidmat di The Lion Group iaitu 12 tahun lalu.
Tinggal kenangan..


Ni pula ruang planners dan stock washi tapes..


Rak bawah ni untuk barang-barang kecil..


Begitulah cerita tentang Makeover My Craft Corner iaitu tempat segala ilham berblogging, crafting, menulis postcard, menulis surat kepada penpals dan menyiapkan minit mesyuarat.

Saya perlukan ruang ini kerana :


Ini saja idea berblogging hari ini..
Thanks for reading..
Tata.. ^_^


18 comments:

  1. Wlapun ruang yg sedikit tapi tampak kemas ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap okay dengan susun atur camni.. Betul kak ruang dia sempit.. :-)

      Delete
  2. Mesti ilham dan idea mencurah curah bila duduk kat situ kan LZ...

    ReplyDelete
  3. Banyaknya washi tapes comel2. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni ketagih beli washi tape Ana..
      Pantang jumpa.. hihihi ;-)

      Delete
  4. Org yg kreatif ada saja cara nak memperindahkan lokasi yg dijadikan station dia selalu berada
    Yg selesa pun diri sendiri juga. Ini kalau anak kakak yg dpt tempat macam ini mahu dia tak keluar dok memerap kat sini aje:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takde persaingan kakzakie sebab isi rumah yang lain lelaki.. hihihi

      Delete
  5. Replies
    1. Ruang hobi ni Yana.. Kadang2 selerak jugak.. hihihi ;-)

      Delete
  6. susun atur yang kemas..kombinasi warna yang comel..alhamdulillah nampak rapi semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi seronok dapat feedback positif..
      Terima kasih PC.. :-)

      Delete
  7. cantik nya... macam mana nak buat ek? tempat saya sanga messy dan sangat serabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Use Line A, cari sudut / bilik yg sesuai.. Pastu decorate sikit2.. ;-)

      Delete
  8. rajinnye make over tuuh, kemas., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tukar mood.. :-)
      Terima kasih Wak..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...