Wednesday, November 25, 2015

Wasiat & Amanah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya.. Diharapkan agar semua pengunjung blog saya sihat walafiat. Sekarang cuti sekolah, tentu ada ibubapa yang mengambil cuti tahunan membawa anak-anak pergi bercuti. Saya pula masih belum berkesempatan bercuti kerana tuntutan tugas masih banyak dan perlu diselesaikan sebelum hujung tahun 2015 ini.. Nasib badan.. 

Al-kisah cerita tentang semalam.. Pagi lagi dalam pukul 8.30, tetiba receptionist intercom kata ada consumer nak jumpa. Bila ditanya apa masalah pengguna tersebut, receptionist beritahu masalah pemasangan meter. Okay, jadi saya bersedia berjumpa consumer tersebut walaupun hal-ehwal meter bukan skop tugas saya memandangkan tagline majikan saya  "Keperluan Anda, Keutamaan Kami".

Bila bersemuka dengan consumer tersebut dia pun menceritakan masalah 'meter' yang dihadapinya dari A hingga Z. Segala macam dokumen ditunjukkan kepada saya. Barulah saya faham, masalah utama dia bekalan air telah dipotong oleh pemilik rumah yang diduduki merangkap abang kandungnya. Tujuan untuk mengusir si adik ni keluar dari rumah tersebut. Rumah dia jenis banglo berharga hampir sejuta peninggalan harta pusaka kepada waris consumer tadi, kongsi nama bersama 5 orang adik-beradik yang lain. Abang kandung dia pula dilantik sebagai Pentadbir Harta Pusaka yang dikatakan tidak amanah. Menurutnya segala harta alih dan tak alih milik orang tuanya semua telah ditukar nama kepada abang tersebut tanpa pengetahuan adik-beradik yang lain. Wallahualam..
Jadi, kes dia abang tak restu adik tinggal di situ.

Dalam kes ini kami selaku syarikat utility telah dilibatkan dalam pertelingkahan keluarga ini, which is not right yer tuan-tuan dan puan-puan. Sebaliknya pihak yang mendakwa 'teraniaya' tadi perlu membawa kesnya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah pemilikan sekiranya dia berhak. Namun katanya, kos guaman mahal dan dia tak mampu.

Setelah saya semak segala legal documentations yang dibawa memang terbukti abang kandungnya berhak sepenuhnya terhadap harta tersebut. So sorry, memang tak boleh dipertimbangkan lagi untuk menyambung bekalan air ke rumahnya. Based on act, contract kami dengan pemilik / penghuni sah premis. Maka dia pun balik dengan wajah hampa.

Tujuan saya post cerita ni sebagai ikhtibar. Kes harta pusaka menjadi rebutan waris / sesama adik-beradik ni memang cerita biasa. Google saja perkataan 'wasiat' maka terpampang keratan akhbar yang 'tak sedap' dibaca. Sedih tau, harta tu hasil perit jerih mak ayah untuk kesenangan anak-anak bila diaorang meninggal tetapi hal perebutan pula berlaku sehingga berpatah arang, berkerat rotan sesama adik-beradik. Kesian, tak tenang roh mereka.


Thanks Google for this photo

Jadi, seelok-eloknya sebelum ibubapa kita meninggal bincang dengan mereka tentang pengurusan harta. Kalau boleh buat wasiat secara bertulis. Wasiat tu bukan mendoakan mereka cepat mati tapi perancangan supaya harta peninggalan mereka diuruskan dengan baik. Tapi saya faham, orang tua ni sensitif bila sebut wasiat. Bagi saya jangan terlalu sensitif soal wasiat. Zaman dah berubah.. Tanpa wasiat urusan hakmilik tanah juga boleh terganggu.

Si waris yang 'bertuah' memiliki harta peninggalan pula seharusnya bijak mengurus harta peninggalan tersebut supaya ibubapa dapat sedekah jariah dari harta yang ditinggalkan bukan makan sendiri. Terimalah hakikat harta tu bukan hasil titik peluh kita. Kita nak harta, cari sendiri. Tak perlulah kes saman menyaman sesama adik-beradik sehingga bergaduh perihal harta pusaka orang tua, malu!

Maaflah post kali ni emotional sikit sebab sedih dengan kes ini. Ini bukan kes pertama pernah saya kendalikan. Based on my experience, banyak kes berkaitan harta pusaka lebih kurang begini semuanya.. Let's move on..

InshaaAllah next post saya akan share cara untuk buat Wasiat dan proses tukar nama harta pusaka kecil.

Okay itu sahaja..
Thanks for reading.. 
Tata..




12 comments:

  1. SubhanAllah..pemegang amanah sangat berat tanggungjawabnya..mesti jujur..mesti amanah..ingat..kesian mak ayah yang dalam kubur tu..sedih la bila hal begini berlaku..dan lebih ralat...semasa mak ayah masih hidup boleh adik beradik damai,,mesra..tapi berubah bila mak ayah dah tiada..jadi,,berpura purakah selama ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PC kerana harta, adik-beradik boleh berpecah-belah padahal mereka adalah saudara sedarah sedaging kita menggantikan kasih sayang ibubapa yang telah tiada..Sedih sangat kann..

      Delete
  2. Sedihnyaa bila baca. Naudzubillah, mintak dijauhkan dari terjadi kepada keluarga kita sebab kita tak tau apa yang bakal terjadi di masa depan.
    Ma selalu pesan, jangan sesekali kerana harta, kita satu keluarga bergaduh. Sungguh, mintak dijauhkan.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ana, akak pun doa begitu..
      Nauzubillah. Minta dijauhkan..

      Delete
  3. Rumah yang kakak tinggal skg ni wasiat dari FIL tanpa surat hitam putih.Mujor adik beradik suami memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak saniah..
      Akak dapat adik-beradik suami yang memahani.. :-)

      Delete
  4. psl kos guaman yg tingi, tringt byk kes2 ibu tungal dtingal suami tnpe nafkah anak2 sbb x mmpu nk byr lawyer ., huhu2 sodey kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cian nasib mereka tidak terbela. Sebenarnya, diaorg blh rujuk ke Biro Bantuan Guaman (Legal Aid Center) utk kes2 begitu..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...