Thursday, January 14, 2016

Misi Mustahil a.k.a Mission Impossible

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Apa khabar semua? Bersua kembali di alam maya ini setelah lama menyepikan diri.. Busy dengan kerja hakiki di awal tahun ini.. Apa pun saya doakan semoga rakan-rakan blogger dirahmatiNya selalu..


Hari ini, 14.1.2016 merupakan cuti umum bagi rakyat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan ke-68 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Jadi dikesempatan ini, saya menyusul ke Negeri Selangor untuk menguruskan misi mustahil. Mengapa mustahil? Mustahil untuk diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat.... 

Task yang perlu diselesaikan kali ini ialah kes pembelian rumah bertingkat melalui sub-sale di mana perjanjian jual beli signed pada tahun 1996, syarikat pemaju telah digulung (bankrap), loan rumah telah habis dibayar tapi tiada bukti (discharge letter tidak dituntut pembeli), bank telah merged dan bertukar nama, pemilik asal tidak dapat dihubungi. Misi saya membantu tuan tanah menukar hakmilik. Sangat rumit okay.

Walau pun rumit saya percaya pasti ada jalan penyelesaian jika semua dokumen lengkap, seawal 8.30 pagi saya bertolak dari Seremban ke Shah Alam menuju ke Pejabat Tanah & Galian Selangor di Bangunan SUK.

Langkah pertama, saya akan membuat carian persendirian terlebih dahulu bagi mengetahui butir-butir hartanah termasuk status Master Title sama ada sudah dipecah bahagian ke Strata Title atau sebaliknya. Urusan carian hakmilik di aras LG.

So ambil borang Carian Persendirian dan nombor pendaftaran dulu di kaunter ini. Apa beza carian persendirian dan carian rasmi? Beza hanya pada jumlah bayaran yuran dan kegunaan carian tersebut. Carian rasmi untuk kegunaan rasmi manakala carian persendirian digunakan sebagai rujukan sahaja.

Inilah kaunter nombor giliran..


Lihatlah nombor bertuah ini.. Dalam hati memang telah ku duga mesti kena tunggu lama.. 


Setelah menunggu lebih kurang satu setengah jam, maka nombor giliran saya dipanggil.

Saya menghulurkan borang yang telah siap diisi lengkap.. Bila kakitangan kaunter check dalam system, saya diberitahu nombor Geran dan Lot yang dinyatakan tiada dalam rekod. Cannot be.. How can a registered property boleh takde dalam rekod.

Bila dia tanya lebih lanjut, saya mengatakan jenis property ni adalah highrise building. Rupanya bahagian Carian Persendirian di aras LG ini hanya untuk urusan landed property sahaja.. Takde pun signboard memaklumkan perkara ini.. Masa tu I tell you, terasa nak guling-guling kat lantai! Punyalah frust menunggu lama, pastu salah tempat! Kecewaaaa.. Terus muhasabah diri, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini..

Lalu saya menuju ke Bahagian Hakmilik Strata di Tingkat 3. Mengulangi perkara yang sama semasa mula-mula masuk ke LG tadi iaitu pergi kaunter, tekan nombor, ambil borang, isi borang dan tunggu nombor giliran dipanggil.

Nasib baik kali ini nombor giliran tak ramai. Kalau ku tahu dari pagi lagi dah settle.. Takpe laa cobaaannn..


Sampai giliran saya, kakitangan kaunter memberitahu bahawa mereka tidak dapat membuat carian berdasarkan nombor geran. Mereka perlukan nombor petak dan nombor unit kediaman. Bagi mendapatkan maklumat itu, saya perlu berjumpa Joint-Management Body / Persatuan Penduduk perumahan tersebut.

Dipendekkan cerita, selesai perjumpaan dan hasil semakan didapati bahawa suratan hakmilik kawasan perumaham berkenaan masih belum dipecah bahagian.

Oleh itu, jika tiada nombor strata maka urusan pertukaran hakmilik tidak dapat diteruskan. Justeru, berakhirlah misi mustahil kali ini. Selepas menjelaskan perkara ini kepada tuan tanah saya pun bertolak balik ke Seremban.

Alhamdulillah, misi telah selesai setakat ini walaupun belum berjaya sepenuhnya, which is beyond my control. Perjalanan pulang saya ke Seremban diiringi hujan lebat.. Alhamdulillah, kurang sikit rasa panas bahang El-Nino.

Moral of the story, sesiapa ada tanah / rumah sila check status pemilikan rumah tersebut terutama premis jenis highrise. Jika loan rumah fully settled terus berhubung dengan bank untuk tindakan selanjutnya bagi mengelakkan kesukaran mendapat hakmilik pada masa hadapan.

Itu sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama..  Terima kasih sudi baca..
Tata..


8 comments:

  1. bertabah la akak~ susah jugak yek nak buat semua tu.. blur sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously Aienienka Peter..
      Kena sabar.. :-)

      Delete
  2. kalau bab menunggu ni.. haih.. rasa bentang tilam.. hehe.. zizie fail sikit bab hartanah ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun sama, bab menunggu ni memang cepat bosan.. :-)

      Delete
  3. untuk kemudahan masa masa akan datang anak cucu yang ditinggalkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly PC, tak mahu hakmilik yang sepatutnya diwarisi terbiar begitu sahaja..

      Delete
  4. baru je wak nak tukar geran strata rumah flat wak sbb nak jual., kalo tau camni leceh, patutnya wak jumpa lawyer yg uruskan., huhu2 kene tunggu lagiik.,

    tp bagus juga kalo owner pegi sendiri selesaikan tukar nama geran, kalo pakai ulat ejen mesti dh abes juta2 lemon., huhu2 mak phm x ckp nih? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Complicated sikit uruskan highrise building ni Wak sebab ada common property kann.. Tak silap ada pindaan Akta Hakmilik Strata ni yang mana lebih complex kata nyer.. saya belum familiar lagi.. Wak tak yah ler melalui agen, berjuta-juta lemon nanti dia paw..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...