Saturday, June 04, 2016

Resepi : Masak Lemak Cili Api Ketam semudah A,B,C

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya yang dikasihi.. 
Didoakan agar pembaca semua dipermudahkan segala urusan.

Hari ini cuti hujung minggu dan tiada apa-apa perancangan untuk window shopping seperti kebiasaan memandangkan terlalu banyak perkara perlu diuruskan. Tambahan pula lusa kita akan menyambut bulan Ramadhan, in shaa Allah. Jadi kami sekeluarga sama-sama bergotong-royong membersihkan rumah. Ayah dan anak memotong rumput di halaman rumah manakala saya mendobi, memasak dan membersihkan sayur untuk stock seminggu.

Sebut tentang memasak, rasanya terlalu lama saya tak post resepi. Hari biasa masak simple, takde yang menarik.. Jadi hari ni atas permintaan anak, saya masak ketam iaitu masak lomak cili api ketam.


 

Bagi para ibu, resepi masak lemak memang mudah hanya di hujung jari..
Masakan paling senang.. Jadi kepada para remaja, takde alasan tak tahu masak lemak tau! 
Masakan semudah A, B, C.. gituuuuu..

Berikut langkah-langkah masak lemak.. Bahan asas sama, cuma isi boleh tukar ikan ikut citarasa masing-masing.. Kalau suka pedas, lebihkan cili api dan boleh juga letak serai untuk menambahkan aroma.

 
Aturan gambar dari kiri ke kanan

Resepi Masak Lemak Cili Api Ketam 

Bahan-bahan :
  • 3 ekor ketam
  • 1 kotak kecil santan - santan segar lebih baik
  • 3 - 5 biji cili api *
  • 1/2 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang putih *
  • 1 cm halia *
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit atau boleh guna kunyit hidup

Cara-cara:

1. Bersihkan ketam.
2. Kisar bahan-bahan bertanda *
3. Masukkan semua bahan kisar dan serbuk kunyit bersama 2 cawan air ke dalam periuk.
4. Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
5. Apabila sudah mendidih, masukkan ketam. Tutup periuk sebentar hingga ketam masak.
6. Bila ketam masak, masukkan santan dan kecilkan api.
7. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan tutup api.
8. Sedia untuk dihidang dan sedap dimakan bersama nasi.

Begitulah resepi masak lemak cili api ketam yang sangat mudah dan sedap.
Malas tahap apa pun tetap boleh masak, hehehe
Okay, itu sahaja..
 Thanks for reading.

6 comments:

  1. Replies
    1. Simple n mudah yang amat kannn Yana Libra.. ;-)

      Delete
  2. Sedapnya ketam masak lemak. Nani baru ni buat masa stim. Hiks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh masak stim x pernah cuba.. Nani share dlm blog ye.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...