Thursday, June 02, 2016

Something I miss..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers. Semoga rakan-rakan blogger dirahmatiNya selalu..
Bila baca quote di bawah ni teringat kenangan pahit manis sepanjang kehidupan bersama keluarga.


Memang betul, kadang-kala kita tak tahu nilai setiap saat yang dilalui sehingga ianya menjadi satu memori. Bila tinggal memori masa itulah kita rasa kenangan terindah di sanubari.

Saya sangat rindu zaman kanak-kanak. Ketika itu saya tak tahu ianya akan menjadi kenangan suatu masa nanti. Ingat lagi zaman kanak-kanak, apa saja permintaan saya, abah akan tunaikan. Masa tu perhubungan kekeluargaan sesama mak abah dan adik-beradik sangat akrab berbanding sekarang. Kehidupan sekarang sangat berbeza kerana mereka sibuk dengan keluarga dan tanggungjawab masing-masing. Begitu juga saya..

Dalam kesibukan seharian, saya terpaksa berengang dengan keluarga. Sesekali berkumpul bersama, perubahan demi perubahan dirasai. Mak dan abah semakin tua. Masa saya bersama mereka sangat terhad. Sedih bila terkenang jasa dan pengorbanan mereka yang masih belum mampu saya balas. Rasa nak tinggal dengan mak abah dan jaga mereka, kalau boleh saya nak tunaikan setiap permintaan mereka. Saya nak tatap mereka puas-puas. Tapi apakan daya.. 

Namun, saya sentiasa berdoa agar diberi kesempatan dan kemampuan untuk menggembirakan mereka sebagaimana mereka tak pernah menghampakan permintaan saya. 
Ya Allah berikan ku kesempatan..
Itulah memori indah saya. 
Memori indah zaman kanak-kanak bersama keluarga.

Okay, saya nak tahu apa pula kenangan terindah sahabat blogger saya? Jika tak keberatan, boleh share sikit.. ;-)




6 comments:

  1. Assalammualaikum kak...sangat banyak kenangan kan kak..yang tak boleh diulang tapi sentiasa dikenang...dulu baba ajar PC bawa moto...kalau baba tak naik belakang sumpah PC takkan bawa moto tu takut..jadi baba pura2 dah duduk belakang..dia cakap cepat jalan pulas minyak..excited PC kak..tapi rasa pelik apasal ringan..baba tipu dia tak naik..endingnya yeyy berani bawa moto sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam PC, seronoknya ketika itu.. Sweet memories. Pandai parents kita ambil hati dan sentiasa buat kita gembira.. :-)

      Delete
  2. Kenangan terindah masa kecil memang seronok. Tak perlu nak fikir banyak2. Main je tahu. Hihi. Sekarang masa lebih banyak dihabiskan dengan bekerja.

    Kenangan banyak sangat kak. Hihi. Cuma siqah paling ingat masa darjah 6 siqah pernah menangis sebab arwah mak tak wish birthday. Biasa tiap tahun, arwah orang pertama akan wish birthday. Tapi tahun tu, arwah buat tak tahu je. Sampai siqah balik sekolah pun, buat tak tahu. Bila dah nangis, barulah arwah mak wish. Rupanya tak wish awal sebab nak buat suprise di malam hari. Tak jadilah suprise sebab dah nangis. Terpaksa bocor rahsia. Hehe. Rindu sangat kat arwah. Al Fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah untuk arwah bonda Siqah.. Semoga rohnya dirahmatiNya selalu.

      Oooo merajuk sebab tak wish birthday yerrr.. Memang betul Siqah, zaman kanak-kanak tak ingat masalah. Bila dewasa kena pula hadap masalah.. Hihihi

      Delete
  3. Memori indah dizaman bulan puasa, menolong aruah mak membuat kuih panderam. Memori bersama Aruah bapa pulak sama-sama bergotong royong mengacau dodol dari pagi sampai masak. Sedap bila dapat merasa dodol yang lembek selepas berbuka. Tak larat mengacau bila dodol semakin masak jadi ngelat-ngelat rehat. hehehe


    Memori itu kan sentiasa dalam ingatan selagi Allah memberi kita ingatan dan kenangan terindah itu selama-lamanya. Al fatihah buat kedua Aruah Mak dan bapa. Suga buat aruah saudara mara yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa Kak notie. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..

      Terkenang-kenang memory indah itu kann Kak dan dalam masa yang sama sebak juga perasaan hati..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...