Friday, August 05, 2016

Cerita pagi ini..

Assalamualaikum dan Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog saya. Terima kasih atas kunjungan kalian. Semoga dipemudahkan segala urusan, amin.


Pagi ni sejurus tiba di pejabat, perut mula berkeroncong.. Selalu saya bawa breakfast dari rumah tapi hari ni sumber makanan dalam peti ais habis. Jadi berlengang kangkung saja ke pejabat. Bila lapar mengelupur cari makanan.

So I decided to go to 7 Eleven yang terletak di seberang jalan. Nad pula menawarkan diri untuk teman saya menapak. Masuk 7E kami terus meninjau dari satu rak ke satu rak lain. Saya ambil roti bun 2 paket dan sebungkus prun kering namun tak pasti apa Nad beli.



Bila bayar di kaunter kami ditegur mamat  cashier yang saya agak Bangla berdasarkan gaya percakapannya.

"Banyak kurus" katanya. 
"Huh?! Ooo ni kurus terlebih makan, janji sihat so no worries." I said.

Selesai bayar kami melangkah keluar. Sempat kami 'berbincang' sambil melangkah menuju ke bangunan pejabat. Nad kata: "Kita ditegur kurus tak sentap sangat, tapi bila orang gemuk (sorry to say) ditegur gemuk tentu sakit hati." Hurrrmmm yer lahh, terdetik dalam hati. "Orang ni pun satu, tak tahu ke soal figure memang topic sensitive." Jawabku.. 

Inilah kami, Nad & I..

Tapi itulah hakikatnya.. Jangan mudah menegur perkara-perkara di luar bidangkuasa kita. Kita tak boleh mengubah kejadian Allah. It's beyond our control. Siapa nak kurus kering, siapa pula nak gemuk gedempol kann?.. Kalau boleh semua nak ciri-ciri idaman. Tapi siapa kita?

Begitulah cerita dia.. Intro pagi sebelum mula kerja, ntahapa-apa.. 

8 comments:

  1. Jadinya bersyukur la kita..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali Sally, bersyukur dengan kurniaanNya, alhamdulillah.. ;-)

      Delete
  2. janji sihat...tp kalau i..mesti kena tegur.."banyak gumok!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kelakarlah Chemso.. >_<
      Ha'ah betul tu, janji sihat kann..

      Delete
  3. Amboi!! kemain abang la tu ya...
    Ada bau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Mrs. A tetiba lak tegur kitaorg camtu.. Duk aircond x dak bau, huhuhu

      Delete
  4. Bersyukur apa adanya.. Hehe. Siqah redha je badan camni. Nak kurus tapi kalau cakap je tak guna. Kiki.

    Lawa kak gambar bunga tu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu adik sayang, syukur dengan kurniaanNya sbb itu yg terbaik utk kita.. Janji sihat ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...