Showing posts with label Penpals. Show all posts
Showing posts with label Penpals. Show all posts

Wednesday, October 07, 2015

Cerita tentang postcards via Postcrossing..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..
Alhamdulillah semalam dan hari ni hujan turun agak lebat, jerebu pun sudah berkurangan berbanding sebelum ni.. Sekolah pun sudah dibuka sepenuhnya.. Banyak perkara terjejas disebabkan jerebu.. Semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala..

Entry kali ni masih lagi tentang hobby.. Selain gardening, crafting, scrapbooking, penpals dan deco planners, saya juga suka bertukar-tukar postcards sesama kawan-kawan dari luar negara. Hobby ni dinamakan postcard swap. Terdapat 2 cara bertukar-tukar postcards yang saya amalkan iaitu secara direct swap iaitu tukar suka sama suka dan melalui postcrossing. Direct swap kebanyakkan menerusi Instagram khas yang diwujudkan semata-mata untuk hobby ini iaitu @sweetmemoriesinmylife.. Sebelum tu nak khabaq, saya pernah post entry tentang postcards dalam tajuk Penpals, Postcards & I di sini iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3..  So tak perlu ulang panjang-lebar..

Untuk pengetahuan, setakat tahun lepas saya sudah mengumpulkan lebih 200 keping postcards dari pelbagai negara. Hari ini, saya ingin berkongsi cara bertukar-tukar postcards melalui Postcrossing khas untuk rakan-rakan blogger yang berminat mencari kenalan melalui hobby ini.

Mula-mula register di website www.postcrossing.com. Isi dan lengkapkan profile anda, terutama  bahagian address untuk penerimaan postcards akan datang. Tulislah dalam profile anda jenis postcards yang anda suka. Saya prefer postcards yang menunjukkan tempat-tempat menarik or multicity view negara mereka dan gambar royal family jika postcrosser tersebut dari United Kingdom.

Berikut page Postcrossing saya selepas login..

 

Kemudian, jika kita berhasrat untuk hantar postcard, click icon sebelah kiri pilih 'Send a postcard'.. Quota untuk send postcards bagi permulaan adalah terhad, kemudian akan bertambah mengikut prestasi kita.

Quota saya setakat ni 8 keping postcard. Status sekarang ada 7 dari 8 postcards dalam perjalanan ke destinasi seperti dalam gambar di bawah. Selepas click icon 'Send a postcard' kita akan terima alamat untuk kita hantar postcards. So hantar postcards berdasarkan alamat yang diberi. Hantar cepat-cepat sebab masa perjalanan postcards akan dikira dari hari pertama kita request address.. dan jangan lupa tulis postcard ID.

 

Page seterusnya di bahagian 'Register a postcard'. Jika anda menerima postcards terdapat nombor postcard ID dinyatakan pada postcard tersebut mengikut negara pengirim. Masukkan ID postcard tersebut untuk didaftarkan dalam system Postcrossing di bahagian kotak di bawah gambar berikut. Jangan lupa tulis mesej anda dalam kotak mesej yang ingin kita beri kepada pengirim postcards tersebut tanda terima kasih kita kepada si pengirim postcard. 

 

Ini senarai postcards telah saya hantar dan sedang dalam perjalanan ke destinasi masing-masing.

 

Bawah ni pula senarai postcards yang telah saya hantar dan diterima oleh penama dalam senarai yang diberi.

 

Seterusnya, ini pula senarai postcards yang saya terima. Postcrossing akan menghantar email kepada kita memaklumkan bahawa postcards yang dikirim telah selamat diterima, tempoh masa dan jauh perjalanan postcards yang kita hantar. 

Tang mana best berpostcrossing ni apabila kita request address at the same time postcrosser lain akan dapat address kita untuk diaorang hantar postcard kepada kita. So kita tak tahu kawan dari negara mana akan hantar postcards kepada kita. Postcards dihantar secara surprise!

 

Berikut, postcard wall saya iaitu gambar-gambar postcards yang telah diterima berdasarkan senarai di atas.

 

Ini map negara yang pernah saya terima dan hantar postcards. Rekod mengenai jumlah hari dan jarak perjalanan postcards juga boleh dilihat di sini.

 

Gambaran secara statistics activity postcrossing saya mengikut bulan.

 

Begitulah cerita dia, tak dapat melancong ke luar negara dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar postcards dari luar negara pun okay jugak.. It's so much fun to get all these postcards from all over the world!  

 

Ini antara postcards menarik yang saya terima.

 

Seterusnya saya letak semua postcards dalam album seperti berikut:
 
 

Bila kita kenal antara satu sama lain, kita boleh jadikan sebagai penpals dan bertukar-tukar gift dan cerita dari negara masing-masing disusuli add as a friend di Facebook dan Instagram peribadi untuk mengetahui aktiviti harian. Bawah ni gambar sebahagian gifts yang diberi oleh penpals saya dari USA, Italy, Colombia dan Germany.


Ini sahaja entry kali ini untuk dikongsi bersama.
Terima kasih sudi baca..
Until then, have a great day everyone.. ^_~

Saturday, August 16, 2014

Penpals, postcards and I - Part 3

Entry kali ni Part 3 sambungan dari entry Part 1 and Part 2 sebelum ini. Part 3 adalah bahagian terakhir (fuhhhh lega..) I decided not to post semua postcards yang ada. So inilah sebahagian lagi postcards yang ada dalam simpanan. Kalau post semua nanti jadi blog postcards lah pulak..

Okay, sambung postcards seterusnya :-

Postcard dari China- Xujiahui, the popular shopping area in China
Postcard dari United Kingdom - East Yorkshire
Postcard dari Hawaii, USA - Surfing Jaws, professional surfer and big wave rider Garett McNamara braves the treacherous waves at Jaws on the north shore of Maui. Pengirim postcard ini pernah berkahwin dengan orang Malaysia tetapi dah bercerai.
Postcard dari Shanghai, China
Postcard dari India - Taj Mahal
Postcard dari Manila, Filipina menunjukkan tempat perlancongan di sekitar ibu negara Manila.
 
Postcard dari Poland
Postcard dari Nevada, Las Vegas
Map postcard dari Sweden



Postcard dari Minsk, Belarus - National Library

Okay, alhamdulillah dengan berakhirnya Part 3 ini maka tercapailah hajat saya untuk berkongsi hobby mengumpul postcards ni.. Hajat di hati nak post semua postcards yang ada. Tapi cukuplah sekadar sebahagian sahaja.

Terima kasih you all kerana sabar menanti entry postcards ni habis.. 
Thanks for browsing..
Take care


Pen-pals, postcards and I - Part 2

Entry kali ni kesinambungan daripada entry Part 1. Sambungan postcards yang saya terima dari kenalan di luar negara.

Jom sambung layan postcards.
Postcards dari Russia.

Postcard dari Turki- Salah satu bandar bernama Izmir yang terletak di tepi pantai.
Postcard dari United Kingdom - The Romance Of Stratford Series. New Place, Anne Hartaway's Cottage, Mary Arden's House, The Avon and Church
Postcard dari Australia - Sydney Opera House Floodlit
Postcard dari bandar Metkovic di Russia.
Postcard dari Suomi di Finland
Postcard dari Moscow, Russia
Postcard dari Indonesia - Gunung Berapi Merapi
Postcard dari Indonesia - menunjukkan lokasi Taman Negara di Indonesia (The National Park of Indonesia)
Postcard dari Hollywood
Postcard dari Toronto, Canada yang menunjukkan Ontario Place, City Building, Old City hall and the CN Tower
 
Postcard dari Hong Kong - A 380 Flying over Victoria Harbour

Postcard dari Filipina - Palawan, El Nido - one of the most spectacular scenery in Palawan

Map postcard dari Filipina yang menunjukkan tempat-tempat dan bandar-bandar tumpuan pelancong di Filipina.

Postcard dari Glasgow, Scotland - Summer,  GeorgeSquare

Setakat ini entry Part 2. Izinkan saya sambung  di entry Part 3 iaitu entry terakhir. 

Thanks for browsing walau pun tak reading just tengok gambar pun okay.. Hehehe


Pen-pals, postcards and I - Part 1

Post kali ni saya nak citer tentang hobby lama sejak di bangku sekolah rendah, hobby yang yang dah lama ditinggalkan. Kali ni saya start balik hobby ni. Kononnya untuk mengimbau zaman sekolah dulu-dulu, cewah..

Hobby yang saya maksudkan ialah mengumpul stamps dan menulis surat kepada pen-pal. Yer lah kalau dah hobby mengumpul stamps, kenalah rajin menulis surat. Kalau idak mana nak dapat stamps tu, yer tak? Setem beli rasa tak mencabar langsung..hehehehe

So cerita sikit kenangan dulu-dulu..
Seingat saya masa tu umur saya 12 tahun iaitu darjah 6. Pendorong utama hobby saya ni Cikgu Azizah Binti Omar iaitu guru Bahasa Inggeris saya and my dad sendiri yang rajin supplied setem terpakai kepada saya. Setem joint-venture agreement dia habis saya kopek tanpa pengetahuannya. Adoiii!!! Masa tu manalah  tahu apa fungsi setem yang ditepek pada agreement. Ampun, nasib baik anak perempuan kesayangan, so terlepas dari amukan.. hahahaha (amukan, bunyi macam dahsyat sangat..) ^_~

Pada masa tu, motif utama mencari pen-pal untuk berkenal-kenalan dan memahami adat resam mereka. Beside that the main intention were to improve my English vocabulary and English writing as well. Al-maklum budak baru belajar..

Then, hobby ni terhenti bila saya sambung belajar di kolej.. Masa tu pelajaran sangat mencabar dengan masa yang amat terhad. So kena focus betul-betul kepada pelajaran, tak mahu menghampakan orang tua lebih-lebih lagi kos belajar ditanggung sepenuhnya oleh my dad.. So kena make sure no repeat paper!

  Begitulah cerita mengimbau kenangan lalu.. Malangnya I already lost contact with Cikgu Azizah. Mana ntah cikgu sekarang. Muka cikgu iras Deanna Yusoff, tak silap saya beliau ada mix blood keturunan Bosnia.

Okay, kembali ke zaman sekarang.. hahaha
Al-kisah bermula tarikh 18.6.2014, saya start semula hobby menulis surat kepada pen-pal ni. Surat pertama saya hantar ke Canada, USA dan New Zealand. Dalam tempoh sebulan saya dapat balasan dari mereka. Kategori pen-pal sekarang status ibu-ibu so main subject penulisan kami share tips "how to handle our daily routine as a working mom" dan lebih kepada parenting tips. Kami berkenal-kenalan dan berkongsi hobby melalui Instagram.
Reply from USA


 Reply from New Zealand


Reply from Canada

Sementara menunggu balasan dari pen-pal yang mengambil masa lebih kurang sebulan lebih (ianya bergantung kepada negara dan benua mana), so saya akan bertukar-tukar postcard internationally sesama mereka yang suka swap postcards.

Saya akan bertukar-tukar postcards yang menunjukkan famous landmark of their country or fomerly known as touristic postcards. Sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui lokasi tempat-tempat menarik di negara mereka.

Setakat ni hampir 100 poskad telah dihantar, antaranya ke negara dan daerah-daerah di Russia, Ukraine, England, USA, China, Philippines, Croatia dsb. 

Kata orang ntah bila kita boleh melancong ke negara orang di seluruh dunia, so dapat postcard pun jadilah. hehehehe

Jom layan gambar postcards dan caption postcards tersebut:

Postcard ni dari Thailand. Nama tempat ni Kanchana Buri Province. No. 1, 2, 4, 5 adalah Laluan Keretapi Maut. no. 3, jambatan yang menyeberangi sungai manakala no. 6 dinamakan Hellfire Pass.
Postcard dari Hong Kong, menunjukkan day scene from Kowloon.
Postcard dari New York - Lower Manhattan Skyline di New York city.
Map postcard from California.
Ini antara postcard yang saya suka. Postcard ni dikeluarkan sempena sambutan "Diamond Jubilee". Caption postcard ini seperti berikut : Her Majesty Queen Elizabeth II. Celebrates her "Diamond Jubilee" 2nd June 2012. Marking Her Majesty's 60th Anniversary of the accession to The Throne. Her Majesty with her husband HRH Prince Philip Duke of Edinburgh celebrate 65 years of marriage on 20th November 2012. "God save our Gracious Queen, Long live our Noble Queen."
Postcard dari London. Postcard caption : HM Queen Elizabeth II and HRH Prince Philip The Duke of England at their London home Buckingham Palace with their family, guarded by the Household Division. The Royal Air Force aerobatic team "The Red Arrows" celebrate their 50th Anniversary in 2014. The Glass Coach is pictured leaving the Royal Mews.
Postcard dari Tennessee Scenic Beauty
Postcard dari Taiwan -  The cherry blossoms in Alishan
Postcard dari Germany. Masa  ni kita sibuk dengan World Cup. So kiranya postcard ni limited edition semena World Cup 2014 di Brazil
 
Postcard dari Abu Dhabi, UAE - Burj Khalifa & Dubai Fountain














Map postcard dari Florida - The Sunshine State


Postcard dari Indonesia, Mount Promo - one Indonesian's most popular tourist attraction.



Postcard dari London - London Scenes

That's all for Part 1. Saya akan sambung entry Part 2 dan seterusnya akan datang.

Thank you for reading..
Happy weekend..
Loading...