Showing posts with label Postcards. Show all posts
Showing posts with label Postcards. Show all posts

Saturday, October 10, 2015

Cantik sangat menakjubkan!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup dan menjalani aktiviti harian..

Hari ini my son ada sekolah ganti namun aktiviti persekolahan diadakan di luar bilik darjah, mereka menyambut Hari Sukan Negara. Hopefully jerebu tiada lagi memandangkan hujan turun sejak 3 hari berturut-turut.

Cerita tentang semalam, saya terima sekeping postcard dari kawan di Hiroshima, Japan. Nama dia Akiko. Cantik pemandangan postcard yang dikirim.


Gambar yang ditunjukkan pada postcard ini ialah Istana Kochi dengan pemandangan cherry blossoms.. MashaAllah sungguh cantik.

Kandungan postcard pula seperti di bawah:


Pagi ini pula sedang asyik browsing Pinterest, secara tak sengaja terjumpa gambar seakan sama dan pemandangan ini terdapat di Jepun.


Gambar di atas pemandangan dari kaki Gunung Fuji.


Indahnya, saujana mata memandangkan.


Apa yang ingin dikongsi di sini ialah ciptaan Allah yang sangat menakjubkan, mashaAllah! Cantik, berwarna-warni dan tenang.. Malangnya di Malaysia sungai pun semakin 'pupus'. Tak tahulah generasi akan datang, dapatkah mereka menikmati kehijauan hutan & keindahan alam yang sebenar atau sekadar menjamu mata dengan hutan konkrit. Sedih..

Luahan hati : Lately dalam suratkhabar banyak sangat berita mengenai kekejaman, penindasan, jenayah dan perkara yang menunjukkan hint akhir zaman. Bila buka Facebook, baca article wanita Palestin dibunuh kerana menpertahankan hijab mereka, kes Syira, kes rompak, bunuh etc. So hati jadi  'down' & 'tersentuh'. Cara menenangkan hati dengan menghayati keindahan ciptaanNya di samping bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang dan tak putus-putus berdoa minta yang baik-baik.




Thursday, October 08, 2015

Apa ditulis?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Apa khabar bloggers sekalian. Didoakan semoga sihat sejahtera dan ceria selalu di samping menjalani rutin harian.
Dalam entry Cerita tentang postcards via Postcrossing sebelum ni apabila saya cerita tentang postcards, semua gambar-gambar postcards saya  tunjuk bahagian depan. Takde la pulak terfikir nak tepek bahagian belakang or isi kandungan dia. Ingat takde yang berminat..

Rupa-rupanya Wak (panggilan glamer tuan blog Tiga Lalat minat nak tahu apa isi kandung postcard tu.. Wak ada menyatakan hasrat dalam ruangan komen saya yang dia ingin melihat apa yang dicatat dalam postcards yang saya terima. Boleh Wak, den tak kisah tapi maaflah Wak, tak dapek den tunjuk postcard yang den hantar, den takdo ambik gambar sebelum antar. Lagi pun den malu tunjuk tulisan cakar ayam den (sambil tutup muka tanda malu..) hihihi

Oleh itu, bagi tak menghampakan Wak, entry kali ini saya merealisasikan hasrat Wak Tiga Lalat itu. Saya tunjuk isi kandungan postcards dari swaper / postcrosser saya. Den share sebahagian postcards dulu.. Harap tak bosan. Bacolah :

 

 


"Hi Lenny, 
Warm greetings from Czech Republic. My name is Iva and I live in a small (17,000 inhb),but beautiful town called Slany, near Prague, our capital city. 

I love my family, reading paper "Paper" books, traveling and  baking. 
All the best and take care."

Negara pengirim : Czech Republic
Via Postcrossing
Postcard ID : CZ 678891

 
 

 

"Hello Lenny!
This card came to you from Ukraine. On it you can see beautiful view of our capital - Kyiv. 
Today we have snowing weather, so Kyiv looks like on this card! 
Hope someday you will se it and enjoy spending time here! 
Always welcome!"


Negara pengirim : Ukraine
Via Postcrossing
Postcard ID : UA-1218195

 

 

 

 

"WOW!! My hand hurts from writing all thet (anak panah tu tunjuk nama dan alamat den yang panjang)..
Hahahaha :) Anyway..
thank you for wanting to swap with me. I hope you like the postcard & postage stamps! Can't wait to receive your postcard!

- Nicole"


Negara pengirim : USA
Via direct swap

Saya minat dengan postcard Alcatraz ni sebab sejarah di sebalik pulau Alcatraz yang pernah difilemkan. Sila rujuk ALCATRAZ untuk maklumat lanjut.
 
 

 

 

 


"Hello Lenny!
Hope you enjoy this card! Hope it reaches you well! Thanks again for this swap." - Jenny

Negara pengirim : USA
Via direct swap


 

"Hello! I'm sorry spelled your last name wrong,and only realized when I'd finished writing everything. I hope you enjoy this card from Alaska which is the boggest state in America :) My state has a lot of wildlife and scenery to see, and it is all very beautiful. I hope this card reaches you safely and quickly!"
 - Laura
Hope you enjoy this card! Hope it reaches you well! Thanks again for this swap." - Jenny

Negara pengirim : USA
Via direct swap
 

"Hi Lenny, Thanks for swapping postcard with me.Hope this will reach you safely. This is my city at night, look pretty, isn't it? I have been living in this city for 12 years. I came here when I was a teenager and time flies so fast. I am now getting old :-) and time to start a family and have a baby. However, I still think that I am a girl, don't really wanna grow up >_<."
 - Daisy

Negara pengirim : New Zealand
Via direct swap

 Jika kita lihat, setem mereka sangat unik dan terdapat bermacam-macam gambar. Ada antaranya gambar pelakon / kartun movie yang sedang ditayangkan di pawagam pada tempoh masa berkenaan. Kebanyakkan swapper or post-crosser hanya menulis secara general disebabkan ruang postcard terhad untuk menulis panjang lebar. Sekirannya kami ingin berkenal-kenalan dengan lebih dekat, kami akan chat di Instagram dan messenger serta disusuli dengan surat.

Okay ini sahaja entry kali ini..
Terima kasih sudi baca..
W'salam..



Wednesday, October 07, 2015

Cerita tentang postcards via Postcrossing..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..
Alhamdulillah semalam dan hari ni hujan turun agak lebat, jerebu pun sudah berkurangan berbanding sebelum ni.. Sekolah pun sudah dibuka sepenuhnya.. Banyak perkara terjejas disebabkan jerebu.. Semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala..

Entry kali ni masih lagi tentang hobby.. Selain gardening, crafting, scrapbooking, penpals dan deco planners, saya juga suka bertukar-tukar postcards sesama kawan-kawan dari luar negara. Hobby ni dinamakan postcard swap. Terdapat 2 cara bertukar-tukar postcards yang saya amalkan iaitu secara direct swap iaitu tukar suka sama suka dan melalui postcrossing. Direct swap kebanyakkan menerusi Instagram khas yang diwujudkan semata-mata untuk hobby ini iaitu @sweetmemoriesinmylife.. Sebelum tu nak khabaq, saya pernah post entry tentang postcards dalam tajuk Penpals, Postcards & I di sini iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3..  So tak perlu ulang panjang-lebar..

Untuk pengetahuan, setakat tahun lepas saya sudah mengumpulkan lebih 200 keping postcards dari pelbagai negara. Hari ini, saya ingin berkongsi cara bertukar-tukar postcards melalui Postcrossing khas untuk rakan-rakan blogger yang berminat mencari kenalan melalui hobby ini.

Mula-mula register di website www.postcrossing.com. Isi dan lengkapkan profile anda, terutama  bahagian address untuk penerimaan postcards akan datang. Tulislah dalam profile anda jenis postcards yang anda suka. Saya prefer postcards yang menunjukkan tempat-tempat menarik or multicity view negara mereka dan gambar royal family jika postcrosser tersebut dari United Kingdom.

Berikut page Postcrossing saya selepas login..

 

Kemudian, jika kita berhasrat untuk hantar postcard, click icon sebelah kiri pilih 'Send a postcard'.. Quota untuk send postcards bagi permulaan adalah terhad, kemudian akan bertambah mengikut prestasi kita.

Quota saya setakat ni 8 keping postcard. Status sekarang ada 7 dari 8 postcards dalam perjalanan ke destinasi seperti dalam gambar di bawah. Selepas click icon 'Send a postcard' kita akan terima alamat untuk kita hantar postcards. So hantar postcards berdasarkan alamat yang diberi. Hantar cepat-cepat sebab masa perjalanan postcards akan dikira dari hari pertama kita request address.. dan jangan lupa tulis postcard ID.

 

Page seterusnya di bahagian 'Register a postcard'. Jika anda menerima postcards terdapat nombor postcard ID dinyatakan pada postcard tersebut mengikut negara pengirim. Masukkan ID postcard tersebut untuk didaftarkan dalam system Postcrossing di bahagian kotak di bawah gambar berikut. Jangan lupa tulis mesej anda dalam kotak mesej yang ingin kita beri kepada pengirim postcards tersebut tanda terima kasih kita kepada si pengirim postcard. 

 

Ini senarai postcards telah saya hantar dan sedang dalam perjalanan ke destinasi masing-masing.

 

Bawah ni pula senarai postcards yang telah saya hantar dan diterima oleh penama dalam senarai yang diberi.

 

Seterusnya, ini pula senarai postcards yang saya terima. Postcrossing akan menghantar email kepada kita memaklumkan bahawa postcards yang dikirim telah selamat diterima, tempoh masa dan jauh perjalanan postcards yang kita hantar. 

Tang mana best berpostcrossing ni apabila kita request address at the same time postcrosser lain akan dapat address kita untuk diaorang hantar postcard kepada kita. So kita tak tahu kawan dari negara mana akan hantar postcards kepada kita. Postcards dihantar secara surprise!

 

Berikut, postcard wall saya iaitu gambar-gambar postcards yang telah diterima berdasarkan senarai di atas.

 

Ini map negara yang pernah saya terima dan hantar postcards. Rekod mengenai jumlah hari dan jarak perjalanan postcards juga boleh dilihat di sini.

 

Gambaran secara statistics activity postcrossing saya mengikut bulan.

 

Begitulah cerita dia, tak dapat melancong ke luar negara dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar postcards dari luar negara pun okay jugak.. It's so much fun to get all these postcards from all over the world!  

 

Ini antara postcards menarik yang saya terima.

 

Seterusnya saya letak semua postcards dalam album seperti berikut:
 
 

Bila kita kenal antara satu sama lain, kita boleh jadikan sebagai penpals dan bertukar-tukar gift dan cerita dari negara masing-masing disusuli add as a friend di Facebook dan Instagram peribadi untuk mengetahui aktiviti harian. Bawah ni gambar sebahagian gifts yang diberi oleh penpals saya dari USA, Italy, Colombia dan Germany.


Ini sahaja entry kali ini untuk dikongsi bersama.
Terima kasih sudi baca..
Until then, have a great day everyone.. ^_~

Friday, November 14, 2014

Tired Of Hectic Weekdays

Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers..
Yeay!! Finally it's Friday, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.. Terasa lenguh urat saraf dan letih sepanjang minggu ni selepas balik kampung minggu lepas, menguruskan misi yang masih belum selesai.. Really exhausted, mental dan fizikal I tell you.. Berurusan dengan pelbagai karenah manusia bukan sesuatu yang mudah..

Isnin minggu lepas saya ambil cuti.. Cuti untuk menguruskan rayuan penempatan persekolahan anak tahun depan. Merayu dan terus merayu ntah bila penghujungnya.. Then, bila masuk office hari Selasa, first thing saya lihat screen phone, 11 missed call.. Hurrmmm 1 hari on leave, 11 missed call pada tarikh 11.11.2014, memang cantikkk angka tu.. 


Kemudian, selak diary, fuuhhhhh minggu ni merupakan minggu paling hectic dalam bulan November.. Ada 2 hari kes bicara minggu depan, ditetapkan serentak dan ditambah pula cause papers untuk kes-kes lain yang perlu difailkan dalam minggu ni juga.. Belum lagi meeting ad-hoc, discussion, gather information, getting up case and soooooo on. 
Okay-okay keep calm, tarik nafas panjang-panjang pastu hembus.....fuhhhh, 
kita buat dan susun satu persatu... 

Pastu checked in tray.. The best part, ada postcards dalam tray.. yeayyyy!! 
Sesungguhnya tiada apa yang lebih menggembirakan bila waktu kita serabut dan busy sokmo, dapat sesuatu yang ditunggu-tunggu, yeayyyy postcards dari pen pals.. dari stress terus relax sat.. Ni bukan relax sambil makan KitKat or take a break with KitKat tapi relax sambil baca khabar berita dari postcards.. Ni dia :

Postcard dari Nicole from Dublin, Ireland
Postcard dari Victoria from Ukraine
Ni setem dari Ukraine
Postacrd dari Drishti from Mumbai, India
Ni setem dari India
Postcard dari Vero from Poland
Ni setem Poland
Postcard dari Marlina from Michigan, USA
Postcard dari Hilal from Turki
Ni setem Turki

So heaven dapat lupakan beban yang digalas, walau sekejap..  

Okaylah hari ini sempat cerita tentang postcards. Lepas ni nak prepare nasi goreng untuk breakfast. Masa sekarang menunjukkan 6.13 pagi.. Nanti lewat lak pergi kerja..  
Friday was usually a hectic day unless bosses gi meeting.. hahaha
Entry akan datang saya akan cerita tentang misi yang masih belum selesai itu..

By the way, thank you for reading..
Kawan-kawan blogger yang singgah di blog saya, terima kasih diucapkan..
Saya akan menyusul ke blog kawan-kawan..

Have a blessed Friday everyone..
Bye..

Cuci mata sat tengok rose saya yang mengembang minggu ni..

 
Loading...