Minggu ni saya agak sibuk dengan aktiviti hujung minggu.. Banyak perkara perlu diuruskan, tambahan pula Arief Redza akan menduduki peperiksaan
next week dan selepas itu ada latihan konsert untuk persembahan hujung tahun pada 22.11.2014 nanti. Walaupun sekadar peperiksaan tadika tapi anggaplah seperti peperiksaan penting.. Mak teruja nakkk, anak nak peksa,
excited dan
nervous risau anak gagal.. Haruslah pantau
closely di peringkat tadika lagi supaya dia tak leka dan
sentiasa bersedia bila menghadapi sebarang peperiksaan pada tahun-tahun
akan datang..
Walau sesibuk mana pun, saya tetap
meluangkan masa untuk membelek-belek pokok bunga di awal pagi. Ianya
seolah-olah terapi minda pada setiap pagi hujung minggu. Al-maklumlah
pada waktu bekerja, langsung tak sentuh pokok-pokok bunga ni.. Hanya
mampu tengok sebelum masuk kereta then terus pergi kerja, sian… So hari ini sempat
tukar pasu untuk pokok daisy yang baru dibeli..
|
Inilah pokok daisy baharu saya :-) |
|
Sebelum proses menukar pasu |
|
Selepas tukar pasu |
Yeay.. inilah hasilnya setelah bertukar pasu yang lebih besar. Baru selesa akar tu bernafas..
Okay, selain itu dalam kesibukan hujung
minggu ni juga, sempat lagi merealisasikan project membuat dadih yang
telah lama dirancang.. Lately cuaca sangat panas terik, terasa
perit tekak ni sebab kurang minum air kosong walau pun sebotol air
1.5ml habis diteguk.. So konon-kononnya, bila ada dadih stand by
dalam chiller bolehlah menyejukkan tekak.. Bahan semua dah ready sejak
seminggu yang lalu.. Simple jer kita hanya perlukan serbuk dadih segera,
susu krimer sejat, gula dan air. Bekas untuk isi dadih.. itu sahaja..
Kali ni saya buat perisa coklat sebab 2
minggu lepas saya dah buat perisa laici.
Ni bahan-bahan utama membuat dadih.
0 comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..