Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers..
Hari ini, 1 Muharram 1436H bersamaan Tahun Baru dalam bulan Islam. Salam Ma'al Hijrah diucapkan kepada semua yang beragama Islam.. Semoga kita berazam untuk menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelum ini... inshaAllah..
Cerita hari Khamis lepas, waktu lunch saya makan di Food court ARENA di AEON Seremban 2 dengan gang.. Kali ni tetiba terasa nak order Portuguese grill sebab selalu sangat nampak ramai orang order menu ni.. Saya tak pernah rasa sebelum ni.. so hari tersebut saya orderlah sotong dan udang grill yang dimasak dengan sambal dan dibakar dalam aluminium foil, macam sedap kannn.. Tapi bila dapat, alahai sotong dia sangat nipis macam gelang getah, makan pun tak rasa sotong, tang udang pulak saiz dia besar sikit dari udang geragau, camne tu.. Haruslah tak puas makan kannn.. Biasalah portion orang berniaga di food court kenalah faham... Tapi one thing sambal dia best!
Inilah dia :
Sotong dan udang grill. Udang 'menyorok' di sebalik sotong yang lebih besar dari udang |
Dimakan bersama nasi putih dan poppadom |
Kebetulan semalam, saya ambil cuti sebab ada misi peribadi yang perlu diselesaikan.. Selesai semua, alang-alang masih berada di Mydin Mall Seremban 2, saya pergi membeli segala keperluan memasak dan bahan basah. Terasa ingin mencabar diri untuk masak Portugese grill ni.. Google resepi, cari resepi paling ringkas.. dapat!
Disebabkan memasak dalam waktu santai, so sempatlah ambil gambar step by step gitu..
Sila layan gambar dulu :
Proses memasak sambal |
Sambal siap, ikan selar kuning dan sotong ready untuk dibalut. Sayur bendi sebagai accessory. Saya letak bendi banyak-banyak sebab saya suka makan sayur |
Sotong sudah ready |
Ikan juga sudah ready |
Inilah rupanya selepas dibalut |
Lepas balut, saya masukkan ke dalam oven suhu 180 darjah untuk tempoh 20 minit..
Inilah hasilnya, kesimpulan ikan perfect manakala sotong sedikit berair.. Sambal sedap!
Sila meluat sebab saya puji diri sendiri.. hahahaha
Rupa ikan yang siap dipanggang |
Rupa si sotong yang telah siap digrill |
Resepi Portugese grill ni simple. Bahan-bahan pun mudah dapat..
RESEPI PORTUGUESE GRILL (PORTUGUESE GRILL RECIPE)
Boleh apply untuk sambal ikan bakar juga..
Bahan-bahan
1 - 4 helai daun kunyit - bergantung kepada kelebaran daun
3 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
3biji bawang merah
3 biji bawang putih
Udang geragau - lebih kurang 2 genggaman
Air asam jawa
Garam
Gula - optional (saya x bubuh)
Serbuk perasa - optional (saya x bubuh)
20 - 30 tangkai cili kering, dikisar berasingan.
Cara-cara
Kisar bersama semua bahan-bahan di atas kecuali cili kering.Kemudian, tumis bahan kisar tersebut sehingga garing dan wangi. Selepas itu, masukkan cili kisar tadi dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Perasakan dengan garam, gula dan sebuk perasa.
Masukkan air sedikit jika perlu dan kacau sehingga masak.
Setelah garing dan terbit minyak, tutup api. Siap!
Note : Sekiranya anda ingin ikan atau sotong tu garing ala-ala dipanggang, sila buka aluminium foil selepas 20 minit, then adjust api oven bahagian atas sahaja dan bakar lagi selama 5 - 10 minit.
By the way, selamat mencuba..
Have a great weekend...
Have a great weekend...
Amboi.. mencabar diri sendiri.. congrats congrats ! share resipi memasak banyak sikit. Boleh Shera follow mase free bile masuk study nnti :DA
ReplyDeleteSure Shera, memang akak suka share resepi yang simple sebab akak pun tak terror masak.. hehehehe
DeleteCuba tau baru tahu hasilnya..
salam maal hijrah jugak dari saya..
ReplyDeleteyummss..mmg sedap mkn gril2 mcm ni..
biasa buat ikan je..sotong/udang x pernah
Thanks LYAfrina,
DeleteSesekali boleh cuba buat grill seafood pulak, mesti best! hehehe