Saturday, October 24, 2015

Masing-masing menunjukkan skill..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua.. Hari minggu yang biasa-biasa.. Takde plan ke mana-mana hujung minggu ini memandangkan minggu depan anak akan menduduki peperiksaan akhir tahun. So betapa dengan keluarga di rumah, monitor anak ulangkaji pelajaran. Itu task paling utama dan 'mencabar' kesabaran..

Anak buat revision duduk sebelah, mama dia update blog sambil mesin basuh berputar, papa dia pula potong rumput kat halaman rumah.. Fair and square.. Masing-masing ada tugas, isi masa lapang.. Whatever lah kannn, asalkan anak tak hilang dari pandangan. Nanti lain disuruh, lain pula dia buat. Itu boleh mendatangkan kemarahan..

Okay, hari ini saya nak cerita tentang #throwback aktiviti Kelab Sukan & Rekreasi syarikat tempat saya bekerja. Semalam Kelab Sukan kami menganjurkan pertandingan memasak ala Master Chef dengan membawa hastag nogori (for sure) #denyangmasakekauyangpaneh. Sambutan sangat menggalakkan.. Tak sangka kakitangan cukup sporting menyahut cabaran ini, alhamdulillah.

Ini banner hasil kreativiti AJK Kelab Sukan untuk menarik perhatian supaya kakitangan menyertai pertandingan seterusnya memberi sokongan kepada para peserta.


Meja juri-juri pertandingan. Ada juri luar dan internal manakala ketua juri ialah our General Manager.


Penonton seperti saya dapat cheese tart ni setiap sorang tanda penghargaan sebab memeriahkan majlis gituuu..


Pertandingan memasak bermula pada pukul 2.30 petang. Amboi sebelum mula memasak, Cik Puan berdua ni sempat lagi berposing bersama kuali dan minyak masak Seri Murni.. :-)
By the way, good luck everyone!



Maka bermulanya para peserta menunjukkan skill memasak masing-masing.



Masing-masing serius, focus menyiapkan juadah manakala juri pula meninjau dari meja ke meja sambil mengajukan soalan kepada peserta berkaitan masakan yang dipertandingkan. Tentu nervous alahai makkk..


Jom kita tengok juadah yang disediakan oleh sebahagian peserta. Gambar juadah di bawah ni belum siap, baru separuh jalan.. Gravvy ayam sedang dimasak..


Manisan..


Haaaa ni pula barisan hidangan yang telah siap dimasak. 

Masa dah tamat dan tiba masa para peserta menghidangkan masakan untuk dinilai oleh para juri.




Below : Pengumuman pemenang.. 


Gambar di bawah : 
Ketika ini pengumuman Johan dan Naib Johan.. Siapakah bakal Johan?
Dup dap.. Dup dap..


Inilah peserta yang dinobatkan sebagai Johan!!! Pn. Ismaliza dan Pn. June.. Cayalah! Terpancar keceriaan di wajah kalian.. ;-)

Pertandingan tamat pada jam 5.30 petang..


Haaaa apa dia???? Siapa tanya kenapa saya tak join pertandingan? Opsss!!!
 Jawapannya : Saya tak cekap sangat memasak. Apatah lagi masak di khalayak ramai.. Nervous lebih, nanti apa pun tak jadi.. Tetiba parkinson.. hihihi Jangan buat naya.. ;-)
Okay ini sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama.. 

Happy weekend everyone..
Have a great day & take care..






14 comments:

  1. Berbakat sungguh mereka ya...tengok mereka mendeko pun cantek tentu yg dimasak lagi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Kak Saniah..
      Tak sangka skill memasak mereka sangat baik.. :-)

      Delete
  2. Kreatif mereka kak..suka tengok..

    ReplyDelete
  3. bersemangat sekali chef2 tu memasak berapron merah lagi..meriah sekali suasananya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apron merah mereka menyerlah kann Kak Paridah.. Meriah, bersemangat masing-masing.. hehehe

      Delete
  4. Powerlah orang yang boleh masuk pertandingan memasak. Tabik kat dorang! Hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe setuju dgn Ana Fatihah..
      Terror kann diaorg.. :-)

      Delete
  5. Replies
    1. Yer Wak nanti saya sampaikan on behalf.. hehehe

      Delete
  6. Cheese tart tu memang sedap ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs. A, rapuh crust dia kann.. :-)

      Delete
  7. hahahaha akak cuma johan makan je. hehehe Johan juga lah kan

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...