Showing posts with label Blogging. Show all posts
Showing posts with label Blogging. Show all posts

Wednesday, August 24, 2016

Tutorial : Cara Buat Scroll Widget

BLOG TUTORIAL | CARA BUAT SCROLL WIDGET di blog seperti yang anda lihat di bahagian 'Your Comments' dan 'U Follow Me, I Follow U'.. Scroll ini bertujuan untuk menyingkatkan sesuatu senarai supaya tidak panjang berjela-jela. Tutorial ini ditujukan kepada mereka yang masih belum tahu dan khas kepada newbie yang masih berjinak-jinak dengan dunia blogging.
Berikut cara membuat scroll widget di blog anda:

1. Masuk ke bahagian 'Dashboard' blog anda,
2. Pilih menu 'Template', kemudian 'Edit Template',
3. Seterusnya cari code  ]]></b:skin> (tekan control F untuk mempermudahkan pencarian),
4. Letakkan code di bawah ini tepat di atas code ]]></b:skin> tersebut,

#BlogArchive1 .widget-content{
height:300px;
width:auto;
overflow:auto;
}

Note : Sila ubah tinggi widget dengan menukar 'height:300px'

5. Klik 'Save' dan 'View Blog'.

Selamat mencuba!



Tuesday, December 22, 2015

Mencuit hati..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera rakan bloggers saya.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melaksanakan aktiviti harian..

Sebenarnya hati ni tak sabar tunggu cuti, mood hujung tahun semakin menebal.. Rindu pula entry baharu memandangkan last entry pada 16.12.2015 lalu..

Nah saya kongsikan 'petua' kuruskan badan kepada mereka-mereka yang berazam untuk kurus. Petua ni tak boleh apply kat saya yang memang sudah selim melim.. Ops jangan cemburu..hihihi


Petua ini dikongsi dari Facebook..
Nampak macam mudah..
Selamat mencuba ^_~

Friday, December 11, 2015

Dam bukan Damn!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Alhamdulillah, Jumaat kembali lagi.. Cuaca pula sejuk, awal pagi tadi hujan.. Syukur kepada Illahi..

Apa cerita ni??? Pagi Jumaat buat entry 'dam, damn' bagai?

Confused Sponge Bob.

Opsss sorry bukan bahasa maki hamun atau kisah dam haji yang ingin dikongsi tapi dam iaitu dalam bahasa Malaysia -> empangan. Haaa ni dia empangan yang dimaksudkan :


Bukan ayat satu lagi tau.. No..no..no..
Berikut maksud dam menurut wikipedia sebagai rujukan..

 Dam


Nak khabaq ni.. Awat tetiba dam kann.. Al-kisah.. Semalam saya ada meeting untuk prepare agreement bagi unit operasi di pejabat Unit Agihan. Pejabat Unit Agihan terletak di Jalan Pantai di Seremban manakala office saya di Ibupejabat.

 Jadi saya dan En. Bos ke sana bagi mendapatkan gambaran sebenar operasi loji rawatan air. Walaupun dah lama berkecimpung dalam water industry tapi bab operasi dari air mentah hingga proses agihan masih belum well versed. Bab-bab teknikal ni frankly speaking masih banyak perlu dipelajari.

Selepas sesi perbincangan, staff operasi membawa kami melawat dam. Siapa tak pernah nampak dam, camni la rupanya..


Ketika sampai di sana, cuaca agak mendung.. Awam hitam berarak seperti dalam gambar.


 Melalui tinjauan kami semalam, paras air empangan surut walaupun hujan turun sejak kebelakangan ini. Satu kerisauan kepada water operator jika paras air surut sebab itu kami mengharapkan hujan turun bagi memastikan bekalan air mencukupi.



Begitulah dia rupa dam tuan-tuan dan puan-puan iaitu tempat di mana air dari catchment area ditakung sebelum memasuki loji untuk dirawat. Proses rawatan air buat masa ni tak dapat dikongsi sebab cuaca tak mengizinkan.

Tak lama kemudian, hujan turun dengan lebat. Nasib baik kami sempat 'melarikan' diri sebelum basah lencun..

Begitulah cerita saya.. Sebelum berakhir, saya ingin sampaikan friendly reminder iaitu jimatkan air kerana sumber air untuk dirawat di sesetengah kawasan adalah terhad. Banyak sungai telah 'diceroboh' dengan aktiviti sand mining dan penebangan balak. 
Itu sahaja, harap maklum.

Sekian.. 
Thanks for reading.
W'salam..




Friday, December 04, 2015

Blog baharu

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua.. Alhamdulillah untuk segala-galanya..

Hari ni nak cerita tentang blog baharu..
Sebelum tu baca ni dulu, hihihi :

 KEEP CALM AND ENJOY BLOGGING


Okay, sambung balik cerita..
Sebelum ni saya posted tajuk Cerita tentang postcard via Postcrossing.
So lanjutan dari itu saya ada mewujudkan blog baharu pada 18.10.2015.

Al-kisah, blog baharu ini dinamakan Love My Happymail diwujudkan khas untuk hobi saya yang suka bertukar-tukar postcard. Selain postcard, blog ini juga memuatkan apa sahaja berkaitan penpal. Tujuan utama untuk dikongsi bersama rakan-rakan blogger lain yang mempunyai minat sama. 


Sekiranya saya menerima postcard saya update di blog ini.. Ini pula senarai bloglist saya terdiri dari bloggers yang berkongsi hobi yang sama. So sapa nak exchange bloglist berkaitan hobi juga dialu-alukan..


Saya juga memasang widget visitors by country untuk track international visitors.


Jadi sudi-sudilah singgah atau follow jika berminat.. Hasil dari bertukar postcard dan berkenal-kenalan dengan penpal sedikit sebanyak membuka minda saya tentang budaya, bahasa, lokasi geografi selain mengetahui tempat-tempat menarik di luar negara. So called traveling through postcard gitu.. Good to enhance our knowledge.

Selain itu, ada satu masa semasa peristiwa pesawat MH17 ditembak jatuh, saya dapat contact dan saling bertukar cerita dengan pen pal di Belanda via Fb Messenger. Manakala ada rakan di Russia sering berkongsi cerita tentang kehidupan dan perkembangan anak masing-masing through Skype. Itulah benefit mempunyai pen pal.. 

Okay, itu sahaja cerita untuk dikongsi bersama.. Have a great day everyone & salam Jumaat.

Tata..


Wednesday, December 02, 2015

Penawar stress

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada rakan-rakan, pembaca blog saya.. Terima kasih sudi singgah sini..

Pagi ni cuaca mendung, awan gelap gelita, angin pula bertiup dingin.. Lepas breakfast mata pun layu.. Lately bila masuk bulan Disember terasa mood bercuti tu membuak-buak padahal cuti berbaki hanya 2 hari.. Masa-masa begini banyak pula mesyuarat penting dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan mengikut deadline..

Tak perlu serabut sangat.. Nanti migraine.. So article hari ni tentang stress relief, hihihi

Nah baca, tak pasti betul ker idak :


Tapi saya bukan penggemar makanan manis. Tepek gambar sikit cuci mata contoh dessert pengubat stress ;-)

Sesiapa penggemar makanan manis pula jangan overdose nanti diabetes (minta dijauhkan)..


Saya pun tak berapa suka cake.. Sekadar rasa sikit okaylah.. 


Haaaa ni bukan desserts tapi seafood ala-ala 'Shell Out'.. Sapa pernah makan camni? Macam best.. Ni my favorite.. Termimpi-mimpi ketam tu menari-nari, hihihi


Okay, sekian entry suka-suka yang tak membawa erti..

Jaga diri semua..
Tata..



Monday, November 30, 2015

Rehat minda

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Pagi yang nyaman sebab baru lepas hujan..

Hari ni takde cerita, just article 'Rehat Minda'..


Article ni dipetik dari suratkhabar KOSMO bertarikh 22.11.2015.


Article ni seolah-olah perli saya tau sebab saya suka tunjuk makanan di blog (tapi bukan di Fb).. Motif untuk slot Food Review and Restaurant Review sekadar rujukan kepada pembaca.

Apa pun nawaitu kita, bukan sebab menunjuk makan sedap atau riak okay.. ;-)
Hehehe


Tuesday, November 03, 2015

Cerita di Majlis Konvokesyen UKM Ke-43..

Assalamualaikum  dan Selamat Sejahtera semua.. Didoakan semoga semua baik-baik belaka.. 

Semalam 2.11.2015 aktiviti pertama dalam bulan November 2015, saya dijemput mewakili keluarga menjadi tetamu untuk majlis konvokesyen adik bongsu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selesai sudah pengajiannya dalam Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina selama 4 tahun. Sekejap sungguh masa berlalu, sedangkan masih terasa waktu saya hantar dia mendaftar tahun pertama di UKM dulu.


Majlis bermula jam 2.00 petang di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) manakala tetamu dinasihatkan supaya hadir awal setengah jam sebelum majlis bermula.


Cuaca waktu itu agak panas ditambah pula ramai orang menunggu, setengah jam berada di luar dewan merupakan waktu yang sungguh mencabar kesabaran saya. Tak selesa!


Selepas pintu dewan dibuka, tetamu semua berpusu-pusu masuk dan mengambil tempat masing-masing termasuk saya. Motif utama cari port strategik supaya senang keluar bila habis majlis dan senang untuk ambil gambar.. :-)


Yeayyy dapat tempat duduk..


Bila semua tetamu sudah mengambil tempat maka tibalah giliran graduan diarak masuk ke dewan dan mengambil tempat.


Penuh dewan, berwarna-warni... 
Tak lama selepas itu, pengumuman ketibaan Pro-Canselor UKM, Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid diiring pembawa Cokmar masuk ke dalam dewan.

Untuk makluman, Cokmar UKM adalah kurniaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai lambang kuasa Universiti. Cokmar ini digunakan dalam upacara rasmi Universiti.

Gambar bawah ni rupa Cokmar UKM.



Seterusnya majlis bermula setelah mendapat perkenan Pro-Canselor.


Gambar Pro-Canselor.

Aturcara pertama ialah penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada YBhg. Prof. Dr. Asad M. Madni.



Seterusnya barulah penganugerahan Ijazah Sarjana dan Sarjanamuda..


Majlis penganugerahan dimulakan oleh graduan dari Fakulti Undang-Undang, Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, Fakulti Pendidikan, Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektrik (IMEN), Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Institut Sel Fuel (SELFUEL) dan Institut Perubahan Iklim (IPI).

Majlis diselang-seli dengan persembahan koir, dikir barat dan nyanyian.


Majlis selesai jam 5.45 petang dan tetamu dibenarkan bersurai setelah Naib Canselor dan Rektor IPT keluar dewan.


Majlis gradusi tak meriah kalau takde bunga kannn.. Masa ni lah macam-macam jenis bouquet dijual. Harga pun boleh tahan so kena pandai pilih dan bargain.. ;-)

Dalam banyak-banyak bouquet, cuma 3 kuntum bunga rose Arief hadiahkan untuk Mak Su dia. Sekuntum bunga membawa maksud I LOVE YOU kate dia.. hihihi
Whatever lah anakkk..

Bila bunga layu, simpanlah patung tu sebagai kenangan.. :-)


Lastly, bergambar dengan Mak Su.
Tahniah Mak Su. Mak Su dapat Anugerah Fakulti - Hadiah Senstech iaitu graduan terbaik dalam keseluruhan bidang Akademik & Kokurikulum. Hadiah sijil dan RM1,000.00. Lepas ni Mak Su sambung Master start January 2016 nanti.



Itu sahaja cerita semalam untuk dikongsi bersama. Alhamdulillah berakhir sudah urusanku dengan izinNya..

By the way thanks for reading. 
Have a great day everyone..
Wasalam..


Saturday, October 24, 2015

Masing-masing menunjukkan skill..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua.. Hari minggu yang biasa-biasa.. Takde plan ke mana-mana hujung minggu ini memandangkan minggu depan anak akan menduduki peperiksaan akhir tahun. So betapa dengan keluarga di rumah, monitor anak ulangkaji pelajaran. Itu task paling utama dan 'mencabar' kesabaran..

Anak buat revision duduk sebelah, mama dia update blog sambil mesin basuh berputar, papa dia pula potong rumput kat halaman rumah.. Fair and square.. Masing-masing ada tugas, isi masa lapang.. Whatever lah kannn, asalkan anak tak hilang dari pandangan. Nanti lain disuruh, lain pula dia buat. Itu boleh mendatangkan kemarahan..

Okay, hari ini saya nak cerita tentang #throwback aktiviti Kelab Sukan & Rekreasi syarikat tempat saya bekerja. Semalam Kelab Sukan kami menganjurkan pertandingan memasak ala Master Chef dengan membawa hastag nogori (for sure) #denyangmasakekauyangpaneh. Sambutan sangat menggalakkan.. Tak sangka kakitangan cukup sporting menyahut cabaran ini, alhamdulillah.

Ini banner hasil kreativiti AJK Kelab Sukan untuk menarik perhatian supaya kakitangan menyertai pertandingan seterusnya memberi sokongan kepada para peserta.


Meja juri-juri pertandingan. Ada juri luar dan internal manakala ketua juri ialah our General Manager.


Penonton seperti saya dapat cheese tart ni setiap sorang tanda penghargaan sebab memeriahkan majlis gituuu..


Pertandingan memasak bermula pada pukul 2.30 petang. Amboi sebelum mula memasak, Cik Puan berdua ni sempat lagi berposing bersama kuali dan minyak masak Seri Murni.. :-)
By the way, good luck everyone!



Maka bermulanya para peserta menunjukkan skill memasak masing-masing.



Masing-masing serius, focus menyiapkan juadah manakala juri pula meninjau dari meja ke meja sambil mengajukan soalan kepada peserta berkaitan masakan yang dipertandingkan. Tentu nervous alahai makkk..


Jom kita tengok juadah yang disediakan oleh sebahagian peserta. Gambar juadah di bawah ni belum siap, baru separuh jalan.. Gravvy ayam sedang dimasak..


Manisan..


Haaaa ni pula barisan hidangan yang telah siap dimasak. 

Masa dah tamat dan tiba masa para peserta menghidangkan masakan untuk dinilai oleh para juri.




Below : Pengumuman pemenang.. 


Gambar di bawah : 
Ketika ini pengumuman Johan dan Naib Johan.. Siapakah bakal Johan?
Dup dap.. Dup dap..


Inilah peserta yang dinobatkan sebagai Johan!!! Pn. Ismaliza dan Pn. June.. Cayalah! Terpancar keceriaan di wajah kalian.. ;-)

Pertandingan tamat pada jam 5.30 petang..


Haaaa apa dia???? Siapa tanya kenapa saya tak join pertandingan? Opsss!!!
 Jawapannya : Saya tak cekap sangat memasak. Apatah lagi masak di khalayak ramai.. Nervous lebih, nanti apa pun tak jadi.. Tetiba parkinson.. hihihi Jangan buat naya.. ;-)
Okay ini sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama.. 

Happy weekend everyone..
Have a great day & take care..






Loading...